Monday, 31 December 2012

PESERTA MOGOK LAPAR MATI


Kumpulan melancarkan mogok lapar 100 jam sebagai bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas hanyalah satu propaganda politik murahan sekadar untuk menarik perhatian umum.

Mereka tidak sedar betapa untungnya menjadi rakyat Malaysia yang cukup makan dan minum.  Cuba bayangkan jika mereka tinggal di negara-negara miskin yang rakyatnya terpaksa berlapar kerana tidak ada bekalan makanan.  Rakyat di negara berkenaan bukannya mogok lapar, tetapi terpaksa berlapar. 

Jadi, disarankan kepada mereka yang melancarkan mogok lapar, elok mengadakan misi ke negara-negara Afrika yang menghadapi masalah kekurangan makanan dan tinggal di sana salama mana mereka mahu.   

Tidak perlu ada sasaran lapar 100 jam, kerana pastinya mereka terpaksa berlapar lebih daripada itu.

Ketika itu rasanya mereka tidak perlu lagi sorok-sorok makan seperti dilakukan oleh peserta mogok lapar 100 jam.  Kononnya peserta tidak akan makan selama 100 jam, melainkan hanya minum sahaja. 

Belajarlah bersyukur dapat hidup di Malaysia yang aman damai ini.  Negara kita milik kita. Jadi, jaga dan sayangilah Malaysia.

No comments:

Post a Comment