Friday, 21 October 2016

MENANG DENGAN KEKUATAN SENDIRI



UMNO mesti menang dengan kekuatan sendiri pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya bergantung kepada perpecahan dalam kalangan pembangkang. Justeru, anggota UMNO di setiap peringkat perlu bekerja keras dan melakukan persediaan untuk berdepan pembangkang secara satu lawan satu.

Dalam simulasi perlu dilihat tahap sokongan terhadap UMNO apabila semua undi menentang dicampur. Tapi kalau UMNO masih bergantung kepada perpecahan (pembangkang), UMNO berada dalam keadaan yang tidak berapa selesa. Hari ini mungkin pembangkang berpecah tapi esok mungkin bersatu kembali. 

UMNO kalah di Kelantan pada pilihnraya Umum 1990. Setelah mencuba 5 kali pilihanraya umum untuk merampas kembali Kelantan dari Pas, usaha itu tidak tercapai.

Apakah Pas terlalu kuat di Kelantan?  Tentunya tidak. Tetapi mengapa UMNO tidak menang? Sebab UMNO sendiri tidak kuat. Justeru itu UMNO perlu mencari kekuatan sendiri untuk menang. 

Antara kelemahan UMNO berkaitan dengan tingkah laku sesetengah pemimpin di semua peringkat tidak disukai rakyat, sehingga terpalit pada parti. Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan atas.

Sikap ego, mempamerkan kekayaan, sukar didampingi, buat keputusan tanpa mengambil kira pandangan rakyat, perpecahan sesama sendiri  dan pelbagai sikap lain menjadi punca UMNO ditolak di Kelantan.

Akibat peri laku sesetengah pemimpin bersikap demikian, menyebabkan UMNO rosak. UMNO sebagai institusi rosak disebabkan individu yang memimpin di peringkat Cawangan, Bahagian dan tertinggi.

Seluruh ahli UMNO harus muhasabah dan sedar perlu berubah jika ingin merampas Kelantan dari Pas.  Pemimpin yang selama ini menjadi duri dalam organisasi UMNO perlu ditolak untuk kebaikan UMNO dan seluruh rakyat.

Sikap seperti “cah keting” merasakan diri hebat dan ingin menonjol dengan menjatuhkan orang lain merupakan sikap yang merosakkan parti dan menjadi duri dalam daging.

Sehubungan, sifat merasakan diri hebat perlu dikikis kerana dalam UMNO semua pihak memerlukan antara satu sama lain. Ahli parti perlu menanam kepercayaan antara satu sama lain dengan meletakkan kebersamaan dalam semua perkara.

UMNO akan terus kalah di Kelantan jika pemimpin dan ahlinya berasa hebat sedangkan gerakerja serta penerimaan rakyat sebaliknya. 

No comments:

Post a Comment