Friday, 21 October 2016

UMNO LEMAH, PAS KUAT?



Bercakap tentang politik, kadang-kadang yang bercakap tidak melihat fakta atau metematik. Bila disebut tentang kerjasama UMNO dan Pas, biasanya sebelah Pas akan kata UMNO hendak berkerjasama kerana UMNO sudah lemah. Sudah hendak kalah dan sebagainya. 

Satu lagi, dinyatakan juga tentang UMNO yang dilabel jahat dan perlu mengubah asas perjuangan jika ingin bersatu dengan Pas.

Kalau berdasarkan kepada kedudukan kerusi di Parlimen sekarang (Okt 2016), UMNO lebih kuat berbanding Pas berdasarkan bilangan kerusi parlimen yang dimiliki.  UMNO ada 86 kerusi, sedangkan Pas ada 14.  

Jelas sekali jauh bezanya kekuatan UMNO berbanding Pas.  Bukan sekadar sekali ganda, bahkan lebih 5 kali ganda.  Jadi, di mana fakta menunjukkan UMNO kini lemah?  Yang lemah ialah kefahaman mereka dalam memahami angka politik.

Pas hilang kerusi apabila perpecahan berlaku yang menyebabkan tertubuhnya Amanah. Pas yang paling kurang kerusi di kalangan Pakatan Rakyat, kini semakin lemah dan tidak lagi bersama Pakatan Harapan yang diterajui DAP.

Pemimpin dan penyokong Pas terus mendakwa kononnya UMNO tidak bercakap tentang penyatuan ketika UMNO dalam keadaan kuat.  Hakikatnya UMNO sentiasa bercakap mengenai perpaduan dan kerjasama sesama Melayu dan Islam. Tidak kiralah semasa kuat mahupun lemah.  Opp.... lemah?  Parti mana paling lemah?   Fikirkan sendiri berdasarkan angka kerusi di parlimen.

No comments:

Post a Comment