Thursday, 12 January 2017

PERANAN AKHBAR SEBAR BAHASA ARAB

Peranan akhbar bercetak

Akhbar merupakan bahan bacaan yang paling banyak dibaca di seluruh dunia.  Di negara-negara Arab terdapat lebih daripada seribu buah akhbar harian, mingguan dan bulanan. Edaran akhbar tersebut meluas di seluruh negara berkenaan.  Akhbar tersebut dibaca oleh jutaan pembaca setiap hari. Pembacanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan taraf kehidupan. 

Melalui pembacaan itu mereka mendapat maklumat, ilmu dan hiburan.  Pada masa yang sama mereka belajar penguasaan bahasa Arab.  Walaupun, pembaca berketurunan Arab, tidak semestinya mereka menguasai bahasa Arab secara baik. 

Secara perbandingannya, sama seperti orang Melayu yang gagal peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu.  Jadi begitu juga yang terjadi kepada orang Arab dan bangsa lain di dunia.  Dapat bercakap sesuatu bahasa tidak bermakna mereka menguasai bahasa berkenaan dengan baik.

Sebab itu, selain bercakap, cara lain untuk menguasai sesuatu bahasa ialah dengan membaca akhbar.  Ketika membaca kita akan menemui perkataan yang jarang diucapkan ketika bercakap.  Bahkan, kita akan membaca perkataan yang baru kita jumpainya. Inilah peranan yang dapat dilakukan oleh akhbar bahasa Arab dalam penyebaran bahasa arab klasik. 

Biasanya, dalam percakapan orang banyak menggunakan perkataan baru, terutama yang diambil dari bahasa lain. Pengaruh bahasa asing dalam sesuatu bahasa memang tidak dapat disekat.  Ia berlaku dengan meluas.  Ini terutama perkataan atau istilah baru yang digunakan dalam sains dan teknologi. 

Bahasa yang tidak berubah dianggap sebagai bahasa kaku atau bahasa mati.  Maka, semua bahasa terpaksa menerima perkataan baru setiap masa.  Kemasukan perkataan baru dalam bahasa Arab menyebabkan bahasa Arab klasik semakin dilupakan. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan, lama kelamaan bahasa Arab klasik akan hilang.  Apa yang kekal hanyalah perkataan asas dalam perkataan Arab yang terus digunakan. Apa yang berlaku kepada bahasa Arab, juga terjadi kepada bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain. 

Jadi, amat penting bahasa Arab klasik terus dipertahankan.  Cara paling berkesan menyebarkan bahasa Arab klasik ialah melalui akhbar.  Seperti dinyatakan sebelum ini, akhbar dibaca oleh banyak orang. Edarannya meluas ke semua tempat.  Pembacanya meliputi semua peringkat umur. 

Jadi, apa yang terkandung dalam akbar dapat mempengaruhi pembaca untuk menggunakan perkataan yang terdapat di dalam akhbar berkenaan. Tidak dinafikan peranan akhbar Arab menyebar bahasa Arab klasik perlu diperluaskan. 

Editor dan penyunting perlu lebih kerap menggunakan perkataan bahasa Arab klasik untuk membiasakan pembaca dengan perkataan itu. Dalam akhbar juga bisanya terdapat ruangan sastera yang menggunakan perkataan bahasa Arab klasik.  Ruangan itu banyak menggunakan bahasa Arab klasik.  Ruangan itu perlu diteruskan walaupun generasi muda kurang meminati ruangan sastera. 

Usaha ini diharap dapat membantu menyebarkan bahasa Arab klasik dan kekal digunakan sepanjang masa. Jika golongan muda tidak menggunakan bahasa Arab klasik, pada masa hadapan nanti bahasa Arab klasik akan hilang daripada digunakan oleh golongan muda.

Peranan akhbar digital

Kemudahan teknologi maklumat pada hari ini turut melibatkan akhbar.  Sekarang ini, selain akhbar bercetak, terdapat juga akhbar dalam bentuk digital.  Akhbar bentuk ini disiarkan melalui internet.  Kelebihan akhbar bentuk ini ialah ia dapat dibaca oleh orang di seluruh dunia. 

Kandungan berita atau rencana dalam akhbar digital adalah sama dengan akhbar bercetak.  Apa yang berbeza hanyalah bentuk medium cetakan saja.  Akhbar bercetak dicetak di atas kerta.  Manakala akhbar digital paparan gambar dan tulisan dapat dilihat di atas skrin komputer atau alatan komunikasi lain.

Hakikatnya, peranan akhbar digital dalam menyebarkan bahasa Arab klasik tetap sama.  Malah, dari satu sudut, akhbar digital lebih berkesan menyebarkan bahasa Arab klasik.  Sebabnya, akhbar digital dibaca oleh masyarakat seluruh dunia.  Akhbar digital turut dibaca oleh pembaca bukan bangsa Arab.

Pembaca bukan daripada kalangan bangsa Arab akan mengharapkan sepenuhnya perkataan yang terdapat di dalam akhbar berkenaan untuk mempelajari bahasa Arab. Biasanya, mereka yang belajar bahasa Arab di negara bukan Arab menggunakan buku rujukan bahasa Arab klasik.

Jadi, amat tepat jika mereka membaca akhbar yang menggunakan bahasa Arab klasik.  Bahkan, pengguna bahasa Arab di negara bukan Arab lebih mahir menggunakan bahasa Arab klasik berbanding kebanyakan orang Arab sendiri.

Perkara ini tidak pelik.  Banyak orang bukan Melayu lebih mahir berbahasa Melayu berbanding orang Melayu sendiri.  Di sini, amat jelas peranan yang dapat dilakukan oleh akhbar untuk menyebarkan penggunaan bahasa Arab klasik. 

Sebab itu, editor dan penulis akhbar perlu mengekalkan penggunaan bahasa Arab klasik, selain menggunakan perkataan baru mengikut yang sesuai dengan perubahan semasa. Walaupun akhbar perlu mengikut perubahan semasa, tidak semestinya mengikut semuanya. 

Akhbar mesti berperanan mempertahankan bahasa Arab klasik.  Bahkan, akhbar mesti mempromosikan penggunaan bahasa Arab klasik secara betul.  Ini amat penting untuk membantu pembaca bukan bangsa Arab untuk mendapat sumber tepat mengenai penggunaan bahasa Arab klasik. 

Memang terdapat cara lain untuk belajar memahirkan penggunaan bahasa Arab, contohnya melalui menonton siaran televisyen.  Namun, kebanyakan siaran televisyen menggunakan bahasa yang bercampur.  Bahasa Arab yang digunakan turut dicampur dengan pengaruh bahasa lain, terutamanya bahasa Inggeris.

Penyampai berita atau rancangan yang disiarkan di televisyen terpengaruh menggunakan bahasa Arab yang digunakan seharian ketika perbualan biasa.  Bahasa Arab yang digunakan itu tidak lagi asal.  Sebaliknya banyak mengambil perkataan asing.

Memang sukar untuk mengawal rakyat daripada menggunakan bahasa asing.  Rakyat terpengaruh dengan budaya asing yang diterima melalui media dan televisyen. Bagi rakyat yang pernah tinggal di luar negara, mereka terikut-ikut apa yang diamalkan ketika tingga di luar negara.  Maka, di sinilah peranan besar akhbar untuk penyebaran dan mengekalkan penggunaan bahasa Arab klasik. 

Bagi pengguna akhbar digital, mereka akan merasa seperti tinggal di negara Arab yang menggunakan bahasa Arab. Mereka mendapat maklumat dan merasakan hidup seperti di negara Arab.

Masyarakat di seluruh dunia akan merujuk kepada akhbar digital Arab untuk penggunaan bahasa Arab klasik.  Sekarang ini penduduk bukan di negara Arab tidak sukar untuk membaca akhbar digital berbahasa Arab.  Jika menghadapi masalah memahaminya, mereka boleh menggunakan aplikasi terjemahan. Caranya mudah dan berkesan. 

Jadi, amat penting akhbar bahasa Arab terus kekal menggunakan bahasa Arab klasik, termasuk akhbar dalam bentuk digital.  Jika digunakan bahasa Arab klasik secara berterusan, pembaca akan lebih memahami.

Seluruh dunia menggunakan bahasa Arab klasik secara betul.  Dengan cara itu juga dapat mengelak berlaku bahasa Arab yang berbeza mengikut kawasan. Perkara ini berlaku kepada banyak bahasa lain. Ini termasuk bahasa Melayu.  Percakapan bahasa Melayu berbeza mengikut kawasan tertentu disebabkan pengaruh setempat.  Keadaan ini menyukarkan orang untuk mempelajari bahasa Melayu.

Jadi, amat penting akhbar bahasa Arab menggunakan bahasa Arab klasik yang sedia ada.  Amalan itu akan menambah minat orang bukan bangsa Arab mempelajari bahasa Arab.  Bahasa Arab berpotensi menjadi bahasa utama dunia.

Jelas sekali betapa besar peranan akhbar bahasa Arab untuk penyebaran bahasa Arab klasik.  Akhbar mempunyai pengaruh besar di kalangan pembaca.  Pembaca akan menerima atau mengamalkan apa yang mereka baca di dalam akhbar.  Ini termasuk dalam soal penggunaan bahasa Arab klasik. 

Pembacaan bahasa Arab klasik di dalam akhbar membantu rakyat untuk mengamalkan semasa percakapan.  Begitu juga ketika mereka menulis. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan akan terus kekal diamalkan. 

Sebab itu, amat penting galakan diberikan kepada rakyat untuk membaca akhbar.  Selain mendapat ilmu, maklumat dan hiburan melalui pembacaan akhbar, ia juga dapat membantu rakyat mengekalkan penggunaan bahasa Arab klasik.  Perkara ini tidak boleh dipandang mudah. 

Cabaran dunia teknologi maklumat menyebabkan penggunaan bahasa yang bercampur dengan bahasa lain.  Jika keadan itu terjadi, ia merosakkan bahasa Arab.  Keaslian bahasa Arab perlu dipertahankan. Tanggungjawab ini mesti dilakukan oleh akhbar berbahasa Arab.  Tidak ada ertinya kita mencapai kehidupan lebih baik, sedangkan bahasa sendiri dilupakan dan rosak.

No comments:

Post a Comment