Sunday 15 January 2017

Kebaikan tidur dalam gelap

Kebaikan tidur dalam gelap. Nabi Muhammad SAW diberikan Allah SWT kelebihan yang tidak dianugerahkan kepada kepada manusia biasa. Amalan dan kata-kata Rasulullah SAW adalah wahyu yang mempunyai kebenarannya. 

Hal ini termasuk perkara yang berkaitan sains yang pada ketika itu belum diketahui orang lain. Apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW itu kini dikaji oleh para sains dan mereka menemui kebenaran amalan dan kata-kata itu.

Contohnya berkaitan dengan satu hadis dari Jabir bin Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Matikanlah lampu-lampu di waktu malam jika kalian hendak tidur dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rahsia cahaya kegelapan adalah rahsia air manakala rahsia cahaya panas dan terang benderang adalah rahsia kimia yang sebenarnya diserap secara seimbang di dalam tubuh kita. Tidur dalam kegelapan yang hening juga dapat memutuskan gelombang-gelombang elektron (keduniaan) yang tidak seharusnya dibawa bersama dalam tidur.

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung amat-amatlah disarankan agar dapat tidur di dalam kegelapan malam (tanpa cahaya) untuk menjaga kandungannya agar terhindar daripada gelombang yang tidak baik.

Kegelapan sebenarnya mempunyai kelajuan tenaga untuk mengubah sesuatu daripada pelbagai maklumat yang telah terperangkap dalam tubuh kerana di dalam tubuh terdapat memori air. Ini bermakna penyakit boleh bertukar bentuk atau sembuh semasa dalam keadaan tidur yang damai. 

Tidur dalam keadaan terang-benderang atau tidur di waktu siang pula, dalam keadaan yang tidak sedar anda telah mencipta pelbagai penyakit dan dengan disedari atau tidak anda juga telah mencipta penyakit yang berkaitan dengan masalah perasaan (mudah merungut, timbul rasa ragu-ragu dan timbul perasaan mudah ketidakpuasan hati) serta terjadinya lembab kepada alam pemikiran.

Tidur di dalam kegelapan (tanpa adanya cahaya lampu) adalah tidur yang amat menyihatkan. Manakala tidur di waktu siang dan di waktu malam tetapi dengan lampu dan cahaya yang terang atau separuh terang adalah tidur yang amat memenatkan. 


Pelbagai penawar atau ubat dasar yang ada di dalam tubuh kita yang akan dikecapi apabila anda tidur di dalam kegelapan malam. 

Penyembuhan boleh dirasai dengan tanpa adanya sebarang kesan tindak balas. Pastikan anda benar-benar dapat tidur awal dan bilik tidur anda berada di dalam kegelapan. Kegelapan bererti akan berlaku perubahan, pertukaran dan penyerapan bentuk tenaga dengan tanpa kita sedari.

Ingat! Tidur dalam kegelapan bermakna anda sedang merawat diri dan merupakan terapi paling hebat.

No comments:

Post a Comment