Friday 20 January 2017

Cara hilang bau petai

Terdapat beberapa petua hilangkan bau petai di mulut. Tidak perlu amal semuanya. Boleh pilih satu atau dua mana yang sesuai untuk diamalkan. 
 
Boleh cuba amalkan sebagai satu pilihan agar anda tidak teragak-agak lagi untuk memakan petai disebabkan bau yang tidak menyenangkan. 
 
Petua tersebut ialah:
- Kunyah beras mentah dalam 10 biji. Tidak perlu ditelan.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum.
- Campur masakan petai dengan terung.
- Minum susu segar sebelum atau selepas makan petai.

Bagi mengurangkan bau busuk kencing dan najis, minum air kopi O. Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas. Terung akan serap bau petai.

No comments:

Post a Comment