Sunday 15 January 2017

Sejarah Majlis Agama Islam Kelantan

Sejarah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat  Melayu Kelantan atau ringkasnya MAIK, merupakan satu majlis yang telah ditubuhkan berdasarkan bidangkuasa di bawah peruntukkan undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1996 mengikut seksyen 4(1)  (Sukri Haji Mohamed, 1978).

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini ditubuhkan adalah semata-mata bagi membantu Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang merupakan sebagai Ketua Agama di negeri ini.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini ditadbir oleh tidak melebihi 23 orang Ahli Majlis yang mana mereka ini dilantik dan ditauliahkan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan mengikut kelayakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994. Ianya akan dipengerusikan oleh seorang Yang Dipertua Majlis.

Terdapat juga tidak  lebih daripada 17 orang ahli yang dipanggil ahli jemaah ulama’ yang mana mereka ini adalah dilantik dan ditauliahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan mengikut seksyen 33(1) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.   

Bagi ahli-ahli yang terlibat dengan Dewan Syura adalah mereka yang telah dilantik oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang mana terdiri daripada seorang Pengerusi, Seorang Timbalan Pengerusi, Semua Jemaah Ulama’, tidak lebih 40 orang ahli lain dari golongan Ulama’ serta cendikiawan-cendikiawan yang pakar mengenai agama Islam, 4 orang ahli Majlis yang dipilih dalam mesyuarat Majlis dan tiga orang ahli-ahli ex-officio iaitu Yang Dipertua Majlis, Timbalan Yang Dipertua Majlis dan Setiausaha Majlis (Che Alias bin Harun, 2004).

Di dalam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ini terdapat juga Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap Majlis yang telah dilantik mengikut perwakilan yang mana perlantikan ini adalah mengikut bidangkuasa di bawah seksyen 30 (1) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan 1994.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang dimaksudkan itu adalah sebagaimana berikut:

- Jawatankuasa Kewangan
- Jawatankuasa Perkhidmatan dan Perjawatan
- Jawatankuasa Pusat Anak Yatim Darul Aitam
- Jawatankuasa Pembangunan, Baitulmal dan Pelaburan
- Jawatankuasa Hal Ehwal masjid
- Jawatankuasa Zakat dan Kebajikan
- Jawatankuasa Dakwah
- Jawatankuasa Dakwah Orang Asli dan Orang  Bukan Islam
- Jawatankuasa penyelidikan dan Membasmi Ajaran Sesat
- Jawatankuasa Penerbitan
- Jawatankuasa Temuduga
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
- Jawatankuasa Tatatertib
- Jawatankuasa Ulangbicara
- Jawatankuasa Pengurusan Darulaitam
- Jawatankuasa Pemilihan Iman Muda dan Tua masjid Mukim Negeri Kelantan
- Jawatankuasa Kecil Pelaburan
- Jawatankuasa Kebajikan Masjid dan Tanah Perkuburan
- Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-undang dan Penggubalan Kaedah

Ketua Eksekutif adalah di bawah tanggungjawab Timbalan Yang Dipertua dengan dibantu Ketua-ketua Bahagian.

Dari sudut pentadbiran Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu Bahagian Pembangunan, Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan
Bahagian Agama.

Dari segi pentadbiran atau sumber manusia pula Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ini mempunyai jumlah anggota dan pekerja dalam pelbagai kategori.

1 comment: