Sunday, 19 February 2017

UMNO BERSATU DENGAN PAS

Banyak pihak mencadangkan agar UMNO dan PAS bersatu demi Islam.  Kedua-kedua parti yang disertai perlu bersatu bagi memastikan Islam dan Melayu terbela di Malaysia. Sesungguhnya, perpaduan itu adalah teras kepada kekuatan Islam.

Usaha pertama Rasulullah SAW untuk membina masyarakat di Madinah ialah dengan mendirikan masjid sebagai asas perpaduan. Seterusnya Baginda mempersatukan dua golongan yang telah beratus tahun bermusuhan sesama sendiri iaitu golongan Khaus dan Khazraj, lalu dikenali golongan ini sebagai Ansar.

Seterusnya Baginda mempersatukan golongan yang datang daripada Makkah yang diberi nama golongan Muhajirin. Hasilnya, terbentuklah satu masyarakat yang bersatu padu yang disatukan dengan ikataan ukwah Islamiah bercirikan kehendak Allah dan Rasul.

Islam adalah agama yang mendapat keredaan Allah dan penuh dengan hikmah dan keberkatan. Sebagai contoh, perasaan bukanlah sessuatu yang boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta kekayaan. Namun apabila hati manusia tersebut diikat dengan Islam dan iman, ianya akan tertambat dan berpaut menjadi satu.

Mari kita sama-sama fikirkan, kita mempunyai seorang kawan baik yang bukan Islam dan mengajak ke rumahnya untuk menjamu selera. Sudah pasti kita menolaknya. Tetapi jika dia seorang Islam, tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Ini menunjukkan Islam menjadi titik tolak perhubungan sesama manusia.

Manusia yang memusuhi perpaduan adalah mereka yang telah memasuki perangkap syaitan dan kuncu- kuncunya. Perasaan dendam dan taksub tidak mengira tempat menjerumuskan seseorang ke kancah permusuhan dan perpecahan. 

Musuh-musuh Islam sama ada yang boleh dilihat oleh mata seperti orang- orang kafir ataupun yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar iaitulah syaitan, amat suka jika umat Islam berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri.

Untuk memupuk perpaduan sekalipun, bukannya mudah. Namun adalah sesuatu yang tidak mustahil, tidak semestinya pada sudut politik sahaja. Banyak sudut lain atau perkara yang menjadi persamaan di antara kita umat Islam.

Langkah pertama untuk kita memupuk semangat perpaduan ialah, Kedua-dua pihak perlu mengikhlaskan diri kerana menuntut keredhaan Allah, Bukannya ada agenda tersembunyi untuk mendapatkan sesuatu kepentingan samada politik atau lainnya. Dan Insyaallah, niat yang murni akan membuka jalan yang positif.

Langkah kedua, mengkurangkan polemik berpolitik. Kedua-dua pihak hendaklah menjuruskan ke arah isu kepentingan bersama, seperti isu agama. Contohnya isu hak penjagaaan anak, apabila salah seorang ibu bapa yang bukan Islam memeluk Islam, maka hendaklah hak penjagaan anak tersebut diserahkan kepada ibu bapa yang Islam. 

Begitu juga isu murtad. Kedua-dua pihak boleh mengambil pendekatn bersama. Tidak kurang juga isu hak keistimewaan bumiputra yang boleh merapatkan jurang perpecahan.

Langkah ketiga, pihak yang berkuasa memegang tampuk pemerintah hendaklah mengurangkan tekanan kepada pihak yang satu lagi dan tidak menganak-tirikan golongan yang satu lagi samada dari sudut politik mahupun ekonomi.

Langkah keempat, setiap individu muslim hendaklah melihat sesuatu perkara dengan neraca fikiran, berlapang dada dan tidak menggunakaan sentimen kepartian semata- mata.

Islam menetang sebarang bentuk assabiah iaitu semangat perkauman dan menyokong kumpulannya dengan melulu tanpa berfikiran waras. Jika dahulu, assabiah boleh diertikan taksub kepada kaum sendiri, bangsa sendiri, atau kumpulan sendiri. Dan assabiah boleh diertikan juga, mereka yang melulu dan mengunakan sentimen kepartian semata- mata tanpa menilik kepada kesan jangka panjang sesuatu masalah yang dihadapi.

Jika orang Islam bersatu, tidak ada golongan lain sama ada bukan Islam ataupun Islam yang rugi dan terpinggir, kerana umat Islam telah tersohor sebagai manusia yang baik dari dahulu hinggalah sekarang. Terkadang, mereka sanggup melepaskan hak mereka untuk kebaikan bersama. Tetapi, jika umat Islam berpecah, pasti ada golongan yang 'menangguk di air yang keruh' untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kita.

Sesungguhnya.  Bersatulah UMNO dan PAS.  Bersatu tidak semestinya membubarkan mana-mana satu parti.  Bersatu sudah memadai jika tidak saling melemparkan fitnah dan menyalahkan pihak lain. Bersatu dalam hal-hal yang memberi kebaikan kepada Islam.



No comments:

Post a Comment