Thursday, 30 March 2017

PINDAAN AKTA 355 - HADI BENTANG

KUALA LUMPUR 06 April 2017 - Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, hari ini.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan kesemua ahli parlimen terlibat untuk duduk atau mereka bakal berdepan hukuman keluar dewan ekoran daripada kekecoha yang timbul.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

"Sejarah telah membuktikan bahawa sejak 52 tahun dulu belum ada orang bukan Islam dikenakan hukuman mahkamah syariah.

"Oleh  itu, kita mohon orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tiada kaitan dengan pindaan ini," katanya.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah yang bidang kuasanya amat terhad pada waktu ini.

Beliau berkata, hukuman sedia ada adalah amat ketinggalan memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 1984.

"Sebagai contoh, pada masa kini, sekiranya seorang suami Muslim yang meninggalkan anak serta isteri tanpa nafkah hanya perlu membayar denda tidak lebih RM5,000 sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan.

"Ia amat rendah (hukuman mahkamah syariah) jika dibanding dengan mahkamah sivil.
"Di manakah kaum wanita nak mendapat pembelaan jika ia (RUU 355) tidak dipinda," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa sebatan di dalam Islam juga adalah berbeza dengan undang-undang sivil.

Ujar beliau, alat sebatan yang digunakan di dalam Islam seharusnya sederhana dan hukuman akan dijalankan dengan tidak boleh mengangkat tangan lebih tinggi daripada kepala.

"Sebatan dalam Islam tidak boleh mencederakan kerana ia hanya bertujuan untuk memalukan dan bukannya menyeksa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/usul-ruu355-dibentang-kali-ketiga-1.655088


Artikel sebelumnya

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 13  dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya.

2. Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan.

3. Pada 17 March 2017 yang lalu, YAB TPM Dato' Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasional lah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut.

4. Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini.

5. Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula "take over".

6. Semalam 29 March 2017, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya.

7. Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen.

8. Hanya beza jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan.

9. Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras  kononnya PAS menjadi mangsa "game" UMNO dan BN. Entahlah, mana satu yang betul ?

i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen ? Bukankah UMNO menyokong ?, maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS.

ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh UMNO. Pada mereka, serba tidak kena.

10. Sikap PAS tidak berubah. Persediaan PAS tidak terjejas. Kedua-dua menjadi option yang boleh dipertimbangkan. PAS sejak awal memperjuangkannya.

i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda.

ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang.

iii- Maka PAS sedia untuk bentang Pindaan Akta 355 dan terus bersedia untuk membentang dan membahaskannya pada bila - bila masa.

Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera

Sekian.


No comments:

Post a Comment