Saturday, 24 June 2017

MAJLIS KAHWIN KENA KECAM

Oleh: Emyliana nukman
Assalamualaikum buat semua admin page yang berkenaan serta keyboard warrior yang berkomen negatif mahupun positif berkenaan video majlis adik perempuan saya yang berlangsung di Melbourne, Australia.
.
Di sini, saya ingin memberi sedikit penjelasan berkaitan dengan video telah diviralkan. Pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan,bersama saksi & kadi. Kadi tersebut adalah orang Islam yg tinggal di australia lebih 20 tahun.

Selesai upacara akad nikah,kedua pengantin diminta untuk duduk berhadapan dan menyarungkan cincin antara mereka sambil kadi membacakan ikrar perjanjian/lafaz ikrar yang mana di Malaysia kita guna perkataan "taklik" manakala di sana menggunakan perkataan "vow exchange" yang dilafazkan dalam Bahasa Inggeris.Apa yang difahamkan,itu adalah prosedur perkahwinan di sana.Video yg menjadi viral tu separuh sahaja. Mungkin itu yang menyebabkan salah faham orang diluar sana.
.
Utk pengetahuan admin & pengkritik,itu tidak ada kena mengena dengan syiah..saya dan ahli keluarga masih berpegang pada ajaran yang betul dan golongan ahli sunnah wal jamaah..saya tidak pasti apakah tujuan org yg upload video tersebut sehingga menjadi fitnah..Wallahua'lam..
.
Kita dibulan Ramadhan wahai saudara seagamaku. Jangan cepat melatah, jangan cepat menghukum..mampukah saudara semua utk memohon maaf pada ahli keluarga kami? Sesungguhnya dipihak saya,saya ampunkan dosa kalian sekiranya kalian memohon maaf dari kami.Ramadhan Kareem...
Salin dan tampal dari  FB

No comments:

Post a Comment