Tuesday, 4 July 2017

DAGANGAN KREDIT KARBON KELANTAN

Kelantan menjadi peneraju dagangan Kredit Karbon (Carbon Credit Trading) yang pertama di Malaysia di bawah program jalinan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal di negeri-negeri membangun.

Memorandum Perjanjian (MOA) di antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat tempatan, Climate Protector Sdn Bhd telah ditandatangani pada 9 Jan 2017. Menteri Besar Kelantan mewakili Kerajaan Negeri manakala syarikat Climate Protector diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Mr. Tan Too Siah.

Matlamat jangka panjang projek ini adalah untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan dan untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan sambil menyumbang kepada pembangunan mapan.

Inisiatif Kerajaan Negeri ini adalah untuk memelihara hutan dan alam sekitar. Ia adalah projek pertama di Malaysia dan Kelantan satu-satunya Kerajaan Negeri yang melakukannya. Projek Pengurangan Perlepasan daripada Penebangan Hutan dan Pensusutan Hutan (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation - REDD). 

REDD ini akan mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh para saintis bertauliah untuk mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang dikenal pasti Kerajaan Negeri.
Syarikat itu diperuntukkan 396,000 hektar (1 juta ekar) kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) atau 25 peratus kawasan tanah di negeri itu untuk dilindungi serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2)

Mekanisme REDD dilaksanakan di peringkat nasional dan dipantau Jawatankuasa Kebangsaan REDD yang dianggotai wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri.

REDD merupakan inisiatif yang diiktiraf sepenuhnya oleh UNFCCC dan amat berharap agar ia tidak terjejas disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak beretika oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui projek ini, dalam tempoh 30 tahun tidak akan ada sebarang aktiviti sama ada pembalakan atau perlombongan dalam kawasan yang ditetapkan. Ia akan dipantau dengan ketat supaya tidak akan ada pembalakan haram dan dipastikan agar hasrat tersebut tercapai. Bagi rakyat Kelantan, projek ini akan mencetuskan kesedaran terhadap aktiviti konservasi dan menjana pekerjaan buat rakyat tempatan.

Bagaimanapun, perjanjian itu menjadi polimik apabila perjanjian yang ditandatangani itu tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).

Perjanjian itu juga bercanggah dengan syarat-syarat yang ditetapkan pertubuhan dunia tersebut.

Mekanisme ini adalah berasaskan prinsip pembiayaan bagi jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan tidak melibatkan mekanisme pasaran.

Polimik ini semakin mendapat perhatian apabila dijadikan isu politik di kalangan pemimpin Amanah. Sejauh mana kebenaran tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin Amanah mengenai isu ini mendapat perhatian ramai.

No comments:

Post a Comment