Thursday 31 August 2017

Cara dapat pahala pandu kereta

Memandu menempuh perjalanan jauh yang mengambil lama memang amat mencabar. Bagi perantau, setiap musim cuti perayaan dan cuti, mereka berdepan situasi itu dengan perasaan amat membebankan. Bayangkan, masa perjalanan bertambah sehingga sekali ganda, bahkan lebih dari itu apabila masalah kesesakan lalu lintas yang amat teruk.

Disebabkan situasi itu, ada pengguna jalan raya tidak sabar sehingga melakukan perbuatan menyalahi undang-undang jalan raya seperti memasuki lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu merah dan sebagainya.

Umat Islam dinasihat mematuhi peraturan jalan raya bagi menjadikan perjalanan mereka sebagai ibadah yang besar ganjarannya selain mengelakkan berlaku kemalangan. Islam menuntut umatnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang diwujudkan oleh pemerintah termasuk yang berkaitan dengan jalan raya.

Mematuhi peraturan-peraturan jalan raya itu adalah satu daripada rangkaian sifat Ubudiyah (perhambaan diri kepada Allah SWT). Firman Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan taatlah kamu kepada "Uli al-Amri" (pemerintah) dari kalangan kamu." (Surah An Nisa ayat 59).

Pemerintah membuat peraturan berdasarkan kepada kemaslahatan (kepentingan) rakyat dan melanggar peraturan itu sebenarnya melanggar syarak dan melanggar undang-undang akhirat.

Kalau masing-masing menyedari bahawa mereka diawasi oleh Allah SWT, mereka diawasi oleh peraturan-peraturan Allah, salah satu kehendak syarak ialah kita mematuhi dan taat kepada peraturan yang dibuat oleh pemerintah.

Jadi memandulah dengan berhemah, memandulah dengan cermat kerana perbuatan itu adalah dalam bingkai Ubudiyah. Dalam Islam sudah lengkap iaitu ada peraturan dan ada kaedah-kaedahnya untuk umat mematuhinya.

Antara kaedah yang diperkenalkan oleh Islam ialah hadis Rasulullah SAW yang menyebut "Orang Islam yang baik ialah mana-mana muslim yang terselamat daripada lidah dia dan tangan dia".

Manusia yang baik pada pandangan Islam ialah manusia yang dapat menjaga lidah, dapat menjaga tangan dia supaya jangan sampai tangan dia membinasa atau merosakkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kita melakukan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain".

Perkara seumpama ini kita perlu ambil ingatan bahawa memudaratkan diri adalah dilarang dan memudaratkan orang lain juga dilarang.

Kalau kita dapat mematuhinya iaitu menjaga lidah atau menjaga tangan atau kita tidak memudaratkan diri sendiri atau tidak memudaratkan orang lain, kalau kita berjaya melakukannya, kita telah melakukan ibadah kerana menjunjung titah perintah Tuhan.

Apabila menyebut soal pemanduan supaya sentiasa berada dalam bingkai ibadah dan bingkai Ubudiyah, Islam mengajar umatnya supaya berdoa kepada Allah SWT supaya perjalanan itu selamat.

Doa musafir sama ada kita menaiki kenderaan darat, laut dan udara, maka kita diajar oleh agama supaya memulakan perjalanan itu dengan berdoa, sebelum keluar rumah kita disunatkan untuk sembahyang hajat atau sembahyang sunat musafir dua rakaat dengan bacaan-bacaannya yang tertentu.

Dalam Al Quran telah mengingatkan umat Islam bahawa perjalanan ini adalah perjalanan Ubudiyah yang bermaksud perjalanan yang mesti terasa kita diperhatikan oleh Allah SWT.

Pengguna jalan raya tidak boleh menganggap jalan raya sebagai hanya gelanggang mereka tetapi harus ingat ia juga dikongsi dengan orang lain.

Pandulah kenderaan dengan cermat dan berhemah, semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

Nasib lelaki lemah tenaga batin, jangan pandang mudah

Kadar lelaki mengalami sindrom lemah tenaga batin semakin meningkat. Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.  

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.

Antara punca utama kepada masalah lemah tenaga batin ini adalah kencing manis, darah tinggi, sakit belakang dan kandungan kolestrol yang terlalu tinggi.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.

Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Untuk mengatasi masalah tenaga batin, kebanyakan lelaki mengambil langkah mudah dengan menggunakan ubat kuat. Iklan ubat kuat atau ubat tenaga batin paling banyak dikesan di media sosial. Fenomena itu bukti nyata betapa lelaki Malaysia berdepan dengan masalan tenaga batin. 

Pengambilan ubat kuat ada banyak resiko. Ada yang berdepan dengan masalah menyebabkan keadaan kesihatan semakin merosot. Bahkan ada yang menemui maut akibat pengambilan ubat kuat.

Justeru, pengambilan ubat kuat perlu terlebih dahulu dirujuk kepada pakar penyakit tuan. Malangnya, kebanyakan mengambil ubat kuat tanpa nasihat pakar. Malah ada yang membelinya dari penjual di tepi jalan.

Dikesan kebanyakan ubat kuat tanpa kawalan mengandungi kimia yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Kesan serta merta adalah antara tanda-tanda penggunaan kimia terlarang.

Pernahkan anda tertanya-tanya, "Perlu ke aku makan ubat kuat?" Jawapannya tidak perlu memakan ubat kuat. Umur masih muda, penyakit masih belum kronik lagi. Kenapa mahu risikokan diri untuk memakan ubat kuat?

Ya, kebahagiaan rumah tangga adalah sangat penting. Tetapi sanggupkah anda mengorbankan kesihatan anda kepada risiko yang tidak perlu diambil? Anda hanya perlu mencegah atau merawatnya dengan bijak.

Masalah utama setiap lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin, adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan juga keadaan persekitaran yang tidak membantu dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

Isu sebenar adalah pada diri kita sendiri. Jika kita diberi motivasi, sokongan, dan ilmu yang tepat, ia akan menjadi amat mudah untuk kita meneruskan sedikit demi sedikit perubahan dalam gaya hidup kita.

Yang penting, ia mesti dibuat secara berterusan dan konsisten. Lelaki sihat bukan saja hebat tenaga batin, tetapi juga dapat menikmati kehidupan dengan lebih sempurna, ceria dan bekualiti.

Amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit berbahya dan sekaligus tidak berdepan masalah tenaga batin. 

Mengapa umat Islam perlu bersatu

Mengapa kita perlu bersatu? Akibat tidak bersatu dan suka melaga-lagakan sesama sendiri, umat Islam dalam keadaan lemah. Sikap menegakkan benang basah samata-mata ingin menyatakan kononnya hak atau di pihak benar, menyebabkan umat Islam berpecah.

Dalam keadaan umat Islam lemah, pihak lain ambil kesempatan. Tengok saja apa yang berlaku di negara lain. Keadaan tidak aman dan berpecah sesama sendiri. Pihak lain campurtangan yang kononnya untuk mengembalikan keamanan. Ironinya perkara sebaliknya berlaku.

Peristiwa yang berlaku di Palestin itu perlu dijadikan renungan oleh umat Islam. Sebagai umat Islam, peristiwa penyiksaan rakyat Palestin sepatutnya dijadikan satu iktibar yang baik, yang boleh membangkitkan semangat perpaduan di kalangan orang Arab dan seluruh umat Islam.

Israel adalah sebuah negara yang kecil, yang dikelilingi oleh negara-negara Arab dan Islam di Timur Tengah. Persoalannya, kenapa negara kecil itu begitu berkuasa dan berani menunjukkan keganasan terhadap rakyat Palestin, sedangkan mereka dikelilingi oleh negara-negara Arab?

Umat Islam dan negara-negara Arab hanya mampu untuk menunjukkan kemarahan mereka, dan meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah keganasan Yahudi. Kenapa umat Islam begitu lemah dan tidak bermaya untuk menghalang kuasa Yahudi bermaharajalela di tanah suci Baitulmaqdis?

Ini perlu dilihat dan dikaji mengikut perspektif ajaran Islam. Pengabaian terhadap ajaran al-Quran, hadis dan sejarah adalah antara faktor utama di mana umat Islam sering menjadi bahan persendaan masyarakat agama lain.

Faktor utama yang menggalakkan penindasan Yahudi terhadap rakyat Palestin ialah, kegiatan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap rakyat Palestin tidak mendapat tentangan dunia Barat secara serius, malah sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel telah bermula sejak Zionis bertapak di Jerusalem.

Sikap dan mentaliti masyarakat Arab juga merupakan salah satu faktor terpenting yang menyebabkan mereka mudah dipersendakan dan ditindas oleh Yahudi dan Amerika.

Mereka kurang prihatin terhadap firman Allah dalam surah 42 (al-Syura) ayat 13 yang bermaksud; ``Dia (Allah) telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh, dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.''

Perkataan tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah, perlu dijadikan prinsip hidup umat Islam. Usaha untuk menyatupadukan masyarakat itu merupakan satu matlamat perjuangan hidup umat Islam. Tetapi malangnya, firman Allah dalam soal ini, tidak dihiraukan oleh umat Islam keseluruhannya.

Paling menyukarkan keadaan apabila umat Islam saling bertikai dan bermusuhan apabila keadaan keselamatan dan kedudukan mereka terancam. Peristiwa yang berlaku di negara Arab dan Palestin perlu dijadikan satu panduan hidup umat Islam keseluruhannya.

Dalam keadaan mereka ditindas oleh Israel dan Amerika, rakyat Palestin dan Arab berpecah-belah. Pembunuhan sesama sendiri sering berlaku. Perebutan kuasa sesama sendiri, bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan menjadi lemah, malah ia juga menjuruskan kepada sistem perhambaan kepada Barat.

Apa yang berlaku di negara lain kini turut berlaku di Malaysia. Umat Islam tidak bersatu. Akibatnya keadaan menjadi lemah dan mudah diperkudakan oleh puak lain. Lihat saja senario politik negara. Orang Islam berpecah kepada banyak parti. Perbuatan saling melagakan antara satu sama lain semakin menjadi-jadi.

Akibat berada di bawah kawalan pihak lain, orang lain sanggup menafikan peranan atau kuasa yang dimiliki. Mereka sanggup menentang perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat Islam. Perbuatan itu semata-mata kerana tunduk kepada permintaan bukan Islam.

Amat lemah sekali kedudukan orang Islam. Sudahlah tidak memiliki kekayaan, kuasa yang ada pun sanggup dipergunakan oleh pihak lain.

Bersatulah umat Islam tidak kira di mana berada. Itu satu perintah Allah. Sesiapa ingkar dan lebih suka kepada keadaan berpecah belah, maka bermakana telah menolak suruhan agama.

Islam utama ikatan persaudaraan

Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan dikehendaki mengeratkan perpaduan serta diharamkan memutuskannya. Setiap mukmin mestilah saling tolong-menolong dalam segala hal yang mendorong kebaikan umat, kemaslahatan dan kebahagiaan bersama. Memutuskan silatulrahim termasuk dalam perkara pembalasan dosa besar di sisi Allah SWT. 

Mukmin yang bertamadun adalah mereka yang berjaya mentadbir, mengurus dan mengembangkan kehidupannya. Justeru keteguhan dan keutuhan masyarakat bergantung kepada pengurusan kemantapan ekonomi, kestabilan politik, kesejahteraan sosial dan yang terpenting ialah perpaduan di kalangan anggotanya, saling tolong-menolong dan berhubung rapat antara satu sama lain.

Ingatlah, bahawa kejayaan dan kecemerlangan sesebuah negara terletak kepada perpaduan di kalangan rakyatnya. Begitu juga sebaliknya, perpecahan adalah punca kejatuhan dan kemusnahan. 

Sehubungan dengan itu, asas-asas kepada perpaduan mestilah dijana dengan pelbagai gerakan ke arah perpaduan, perlu dirintis supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.

Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai, kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia dimantapkan lagi melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti sayang-menyayangi, bersikap toleransi dan lain-lain lagi.

Dalam menjalinkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam pula, model negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW hendaklah dijadikan contoh. Sebagaimana pada awal-awal hijrah, orang-orang Islam merupakan golongan minoriti berbanding berbanding dengan penganut Kristian dan Yahudi yang mendominasi Madinah ketika itu.

Namun melalui penonjolan akhlak dan moral yang terpancar dalam bentuk teori dan praktikal, ditambah dengan keadilan pemerintahan dan pengurusanIslam yang disesuaikan dengan masyarakat majmuk ketika itu, maka tertegak akhirnya sebuah negara tang kuat, aman dan damai, bersatu padu di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW.

Pendekatan ini diperkukuhkan melalui tindakan, seperti pembinaan masjid sebagai institusi sosial. Masjid Nabawi dan Masjid Quba adalah model institusi terawal Islam dalam menjana perpaduan. 

Masjid bukan setakat berfungsi sebagai tempat menunaikan solat semata-mata, malah berperanan sebagai lokasi strategik untuk baginda menyusun dan membentuk masyarakatnya, membangunkan aqidah umat Islam, melaksanakan urusan syariah dan menjalinkan hubungan sesama rakyat melalui akhlak yang mulia.

Nabi Muhammad SAW juga mengambil langkah mempersaudarakan umat Islam menerusi ikatan ukhwah sesama Islam. Kaum Aus dan Khuzraj yang sekian lama bersengketa telah telah berjaya didamaikan.

Persefahaman ini mampu dipatuhi oleh semua ahli masyarakat tanpa membezakan kaum, bangsa dan agama. Sama-sama berganding bahu mentaatainya sebagai langkah membentuk kesatuan ummah dan perpaduan kaum di Madinah.

Rasulullah SAW memperteguhkan kewajipan memelihara hubungan persaudaraan yang menjana kepada perpaduan dan kesatuan ummah. Ini terbukti apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat tentang amalan dapat memasukkan ke syurga. 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan." 

Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan Islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah SAW mencatatkan bahawa masyarakat Yahudi dan Kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinatul Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam.

Kesan keadilan Islam inilah, kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

Keamanan merupakan hak seluruh warga dunia. Piagam dan cita-cita inginkan keamanan dipegang oleh semua agama dan masyarakat bertamadun. Tidak ada manusia berfikiran waras inginkan kepada suasana tidak aman. Tindakan melancarkan peperangan, pembunuhan dan kekerasan hanya dilakukan manusia zaman kuno untuk merebut sesuatu dikehendaki.  

Sesungguhnya Islam merupakan agama keamanan dan kesejahteraan. Islam menolak sebarang bentuk kekacauan dan keganasan. Seluruh umat Islam perlu menghayati erti persaudaraan sama ada sesama Islam, maupun dengan penganut agama lain. 

Ajaran Islam tetap satu dan sama, biarpun dianuti pelbagai bangsa, warna kulit dan negara. Risalah dibawa Islam tidak membezakan bangsa dan warna kulit. Siapa berpegang kepada ajaran Islam dan benar-benar beriman kepada Allah, maka dia berhak mendapat kemuliaan di sisi Allah. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan; dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Yang lebih mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa.” - (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Justeru itu tiada individu, kumpulan atau bangsa boleh mengaku lebih mulia dan berkuasa berbanding yang lain. Biapun dari bangsa berkuasa, warna kulit menarik, keturunan berdarjat, mewah dengan kekayaan dan ditakuti pihak lain, itu semuanya tiada bezanya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kamu.” - (Hadis riwayat Bukhari).

Islam melarang sebarang perpecahan, biarpun nampak kecil.  Perpecahan kecil yang tidak dikawal akan mengakibatkan perpecahan lebih serius. Justeru itu, jangan memandang mudah kepada bibit-bibit perpecahan. 

Sebab itu Islam mengharamkan perbuatan berselisih faham, biarpun sekadar tidak bertegur sapa atau memalingkan muka melebihi tiga hari. Had tiga hari itu memberi peluang kepada individu yang berselisih faham memikirkan kesannya, mententeramkan fikiran dan mencari titik penyelesaian. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak halal bagi Muslim meninggalkan saudara Muslim yang lain lebih dari tiga hari, (di mana) keduanya berjumpa lalu yang seorang memalingkan dirinya dari yang lain.” - (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim).

Ini membuktikan Islam amat mementingkan ikatan persaudaraan dan menghalang sama sekali sebarang perpecahan. Biarpun perbuatan memaling muka dan tidak bertegur sapa sekadar ‘perang dingin’, ia tetap ditegah. Perbuatan tersebut akan merenggamkan dan lebih teruk lagi memutuskan tali persaudaraan. 

Gambaran daripada hadis tersebut dapat menjelaskan perbuatan pulau memulau, melancarkan tindakan ganas, tidak mengaku seagama dan menyelar dengan kata-kata tidak baik, tentulah amat dilarang sama sekali.

Islam mementingkan perpaduan dan kerjasama erat bagi menjamin kekuatan ummah. Ummah yang kuat akan digerumi oleh musuh-musuh Islam. Sebaliknya, keadaan ummah yang kucar kacir memberi peluang musuh untuk  mengambil kesempatan memusnahkannya dengan pelbagai cara. 

Wednesday 30 August 2017

Khasiat susu kambing kaya nutrisi

Susu kambing pilihan minuman terbaik membantu meningkatkan tumbesaran kerana ia mempunyai khasiat dan kualiti hampir sama dengan susu manusia. Susu kambing banyak nutrisi tinggi serta kaya dengan protein dan asid amino serta khasiat vitamin A, D dan E yang amat sesuai dijadikan makanan tambahan dalam kehidupan seharian.

Kandungan lemak yang rendah juga boleh membantu merawat pelbagai penyakit seperti deman kuning, asma dan gastrik serta sesuai untuk sistem penghadaman yang bermasalah.

Susu ini juga boleh membantu manusia untuk menjaga kesihatan kulit dan pembinaan sel-sel darah dalam badan di samping dapat membantu memulihkan masalah tenaga batin.
Keajaiban Susu Kambing Untuk Kesihatan
- Merawat kencing manis.
- Sakit jantung.
- Sakit darah tinggi.
- Gestrik.
- Asma.
- Akut anemia.
- Tulang belakang reput.
- Angin ahmar.
- Insomnia.
- Kebas kaki dan tangan.
- Migran.
- Semput.
- Masalahan keletihan.
- Masalah kulit.
- Masalah ketika mengandung dan kelahiran.
- Masalah susah buang air besar.
- Merawat buasir.

Jalur Gemilang lambang aspirasi

Bendera negara berkibar dengan penuh penghormatan sejak 1950. Namun, hanya pada 1995 barulah ada satu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Ilham itu dicetuskan bekas pegawai kerajaan, Datuk Hashim Mat Dris.

Menurut pendapatnya pada masa itu, selepas 45 tahun berkibar dengan megah, tetapi tanpa satu nama boleh dibanggakan.

Justeru, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi seperti dimiliki bendera negara tertentu seperti Indonesia yang digelar ‘Sang Saka Merah Putih’, United Kingdom dinamakan ‘Union Jack’, Amerika Syarikat (Star Spangled Banner) dan bendera Perancis (Tricolor).

Hashim ketika mengemukakan ilham itu kepada Jabatan Perdana Menteri, berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama hulubalang Melayu Hang Tuah yang berani, gagah perkasa dan setia kepada Raja.

Nama ‘Si Tuah’ juga melambangkan tuah sebuah negara dikurniakan Tuhan dengan kehidupan aman makmur dengan pemimpin bijaksana yang memerintah dengan adil dan saksama.

Cadangan Hashim itu kemudian dibawa kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada 11 Julai 1995, Dr Mahathir bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama sesuai untuk bendera Malaysia.

Penyertaan bagi peraduan terbabit dihadkan kepada pihak tertentu saja iaitu kementerian dan jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara masa itu, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid.  

Pada mesyuarat 1 April 1996, jawatankuasa itu bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat menerusi peraduan, tetapi memadai dipilih daripada senarai nama dikemukakan oleh ahli jawatankuasa.

Ini turut dipersetujui Dr Mahathir. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia. Jawatankuasa itu menimbang sebanyak 75 cadangan nama.

Selepas penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’.

Cadangan nama itu dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.

Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan Kabinet pada 11 September 1996, nama itu gagal memikat hati Jemaah Menteri.  

Jemaah Menteri kemudian meminta supaya cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan Jemaah Menteri itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama baru.

Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Halim Ali, sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan.

Selepas membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’, dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Ahli mesyuarat sepakat memilih tiga nama itu kerana ia didapati mempunyai ciri emotif yang boleh menggerakkan semangat patriotisme rakyat serta kesetiaan kepada negara, rangkai katanya adalah asli dan menggunakan bahasa kebangsaan yang ringkas, menarik dan mudah dijelaskan maksudnya.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama itu dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997, Jemaah Menteri bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’.

Perisytiharan ‘Jalur Gemilang’ sebagai nama bendera Malaysia dibuat Dr Mahathir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ketika upacara Di Ambang Merdeka sempena Perayaan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

Nama itu dicadangkan Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

Secara ringkasnya, perkataan ‘Jalur’ dalam nama ‘Jalur Gemilang’ melambangkan jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju serta arah sama diikuti oleh rakyat negara ini, manakala ‘Gemilang’ melambangkan keadaan bercahaya, terang benderang dan cemerlang.

Oleh itu, ‘Jalur Gemilang’ adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

Itulah sejarah bermulanya Jalur Gemilang yang menjadi lambang kemegahan negara. Bendera tidak sekadar sehelai kain yang diwarnakan, tetapi menjadi lambang yang menunjukkan kedaulatana sesebuah negeri atau negara. 

Pujangga berkata: "bendera adalah suatu perkara mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Namun, kerananya manusia sanggup bermati-matian."

Bendera lambang negara

Setiap negara merdeka dan berdaulat mempunyai bendera. Bendera menjadi lambang kemegahan setiap rakyat yang cintakan negara. Kita dapat mengenali sesebuah negara berdasarkan benderanya. 

Bendera dikaitkan dengan semangat dan kecintaan terhadap negara. Sebab itu, bendera atau panji-panji dibawa dalam peperangan pada zaman dahulu.  Bendera dibawa oleh tentera paling gagah dan berada di bahagian depan pertempuran.  

Jika sekiranya pembawa bendera maut atau tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab itu, maka cepat-cepat akan diambil oleh tentera lain.  

Ketiadaan bendera boleh dianggap bahawa pasukan itu telah kalah. Sebab itu, usaha menyelamatkan bendera daripada dirampas oleh musuh adalah sesuatu yang wajib dilakukan dalam pertempuran.

Malang sekali di kalangan rakyat yang tidak bertanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang ketika melakukan perkara tidak bermoral seperti menyertai lumba haram.

Tentulah sedih jika melihat Jalur Gemilang tidak dihormati. Contohnya apabila bendera dikibarkan dalam keadaan lusuh warnanya, malah ada yang telah koyak dan sukar dipanggil bendera.   

Jalur Gemilang dibiarkan di kedudukannya sepanjang masa tanpa diturunkan, termasuk waktu malam, hujan dan panas.  Sebab itu keadaan menjadi lusuh dan koyak.   

Sepatutnya, bendera dinaikkan pada waktu pagi dan diturunkan pada waktu malam.  Jika ada Jalur Gemilang terjatuh, tidak ada yang mengangkat kembali di tempat sepatutnya.

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan menetapkan supaya bendera dikibarkan dan diturunkan di bangunan-bangunan kerajaan mengikut waktu pejabat biasa dan di sekolah-sekolah mengikut waktu kelas pertama dan menurunkan selepas kelas terakhir tamat.  

Manakala dalam tradisi tentera di negara kita, Jalur Gemilang dikibarkan mulai pukul 7.00 pagi dan diturunkan pada pukul 7.00 malam.

Menaikan bendara dan menurunkan bendera di kem tentera dilakukan dengan penuh istiadat dan menjadi rutin yang mesti dilaksanakan.

Jika terdapat banyak bendera, seperti bendera negara, bendera negeri dan bendera pasukan-pasukan lain, maka susunan bendera mesti diletakkan berdasarkan kepada kekanannya. Susunannya dapat menentukan negara atau negeri paling kanan dalam kedudukan berkenaan.

Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut hendak dikibarkan atau dihamparkan.

Ia juga bergantung kepada sama ada majlis itu untuk Persekutuan atau Negeri. Susunan juga berbeza sama ada ia dikibarkan di bangunan agensi Persekutuan atau Negeri.

Pengibaran bendera separuh tiang dilakukan sebagai tanda berkabung atas peristiwa-peristiwa tertentu seperti kemangkatan Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong; kemangkatan DYMM Raja-Raja dan DYMM Raja Permaisuri; TYT Yang di-Pertuan Negeri dan isteri-isteri; dan kematian pembesar-pembesar negara asing bagi menunjukkan rasa hormat dan simpati Malaysia kepada negara berkenaan.

Keputusan untuk mengibarkan bendera negeri dan Persekutuan pada separuh tiang adalah hak istimewa yang diberikan kepada ketua-ketua negeri dan negara.Marilah kita bersama-sama memberi penghormatan sewajarnya terhadap Jalur Gemilang.


Beban tambah hutang

Membeli secara sewa beli maupun bayaran ansuran memang telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita.  Dapatkan barang dahulu dan kemudian bayar kemudian.  Bayaran ansuran dibayar secara beransur-ansur pada tempoh masa yang ditetapkan.

Membeli secara tersebut mudahnya disebut hutang.  Berhutang memang tidak ditegah oleh agama.  Bagaimanapun adalah lebih baik jika dapat mengelakkan diri daripada berhutang.  Amalan berhutang banyak mendatangkan keburukan jika tidak dikawal dan tidak berhati-hati.

Apabila telah terlalu banyak berhutang masalah akan timbul untuk menjelaskannya.  Banyak orang yang berhutang terpaksa menanggung beban membayarnya sehingga mendatangkan masalah yang sukar diselesaikan.

Banyak individu dibebani hutang akan terus terjebak dengan hutang.  Apabila ingin membayar sesuatu hutang yang genap tempoh membayarnya, maka dia mencari sumber lain pula untuk berhutang.  Kes ini dipanggil gali lubang timbus lubang.  Lubang yang digali semakin banyak sedangkan yang ditimbus tidak tertutup-tutup.

Dalam konteks perniagaan sekarang, apabila peminjam gagal menjelaskan bayaran yang sepatutnya, tindakan undang-undang boleh dikenakan.  Kes itu akan dirujuk ke mahkamah untuk mendapat perintah pembayaran atau tindakan lain yang sewajarnya.

Orang yang ingin berhutangan perlulah sedar akan tanggungjawab membayar hutang.  Penghutang yang ikhlas dan benar-benar mempunyai niat hendak membayar hutang insya-Allah niatnya akan dimakbulkan Allah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa berhutang daripada orang lain dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan hatinya.  Akan tetapi barang siapa yang mengambil hutang dengan niat akan membinasakannya (tidak ingin membayar), maka Allah akan merosakkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sebab itu, Islam mengharapkan setiap penganutnya gigih bekerja mencari rezeki untuk memenuhi keperluan keluarga.  Sesungguhnya Allah SWT mengasihi sesiapa yang melakukan usaha mencari rezeki dengan tekun.  

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang yang apabila melakukan satu kerja, dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin. (Hadis riwayat Baihaqi).

Berusahalah agar dihindarkan sikap selalu berhutang.  Jikapun perlu berhutang biarlah tujuan membeli sesuatu yang berbentuk harta seperti rumah dan sesuatu yang dijadikan modal.  

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 'Dan orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil (kedekut), dan adalah perbelanjaan (yang sebetulnya) itu di tengah antara yang demikian (membazir dan kedekut)" (Surah al-Furqan, ayat 67)

Tuesday 1 August 2017

Khasiat istimewa ayam selasih

Ayam selasih atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus. Ayam selasih juga dikenali sebagai ayam cemani. Perkataan cemani berasal dari bahasa Jawa kuno yang bermaksud hitam legam. 

Warna hitam menyelimuti seluruh tubuh bermula dari balung, gelambir, paruh, bola mata, rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,dan kuku. Maka, nama mudah untuk ayam selasih adalah ayam hitam. 

Ayam selasih dikatakan berasal daripada Pulau Jawa, Indonesia. Ayam selasih banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19.

Ayam selasih sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga  sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala.

Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan. Memiliki ayam selasih satu kebanggaan.

Sekarang sukar untuk memperoleh ayam selasih. Ada individu cuba membiaknya untuk memenuhi pemintaan yang tinggi terhadap ayam selasih sama ada untuk dipelihan mahupun gunakan untuk perubatan. Ayam selasih dijadikan ramuan untuk produk kesihatan bergred tinggi. 

Ahli perubatan tradisional yakin kepada khasiat ayam selasih yang antara lain berfungsi:
- Melancarkan peredaran darah.
- Memulihkan kelesuan badan.
- Melegakan asma.
- Baik untuk pesakit kencing manis.
- Mengubati penyakit buasir kecil.
- Melegakan sakit pinggang, sendi-sendi dan lutut.
- Melegakan migrain.
- Membuang angin dalam badan.
- Menaikan seri wajah.
- Membantu kesihatan kulit yang baik.
- Wanita selepas bersalin baik untuk pulihkan peranakan.