Monday 16 October 2017

Gout punca batu karang ginjal

Penyakit gout peringkat kronik boleh menyebabkan kandungan asid urik dalam badan yang berlebihan akan mengeras di dalam tisu dan sendi. Sebab itu, bahagian badan akan terasa seperti membeku dan kejang. Keadaan itu boleh menyebabkan pengaliran darah terhalang dan fungsi anggota badan terganggu.

Pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam buah pinggang. 

Keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang menurun dan antara lain boleh menyebabkan pembentukan batu batu karang di dalam ginjal. Namun begitu, ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.

Menurut satu kajian yang meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan yang mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada ujian terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai penyakit buah pinggang.

Gejala penyakit buah pinggan ialah akit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah, kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.

Antara pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing. 

Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.

Lakukan ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman. 

Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis radiolucent.

Jangan pandang mudah soal penyakit gout. Penyakit itu biasanya mula menyerang lelaki umur melebihi 40an atau wanita yang telah monopos. Antara cara terbaik pencegahan penyakit gout ialah minum banyak air kosong.

Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan. 

Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak.

Jika mengambil daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana, hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana. 

Sebenarnya langkah pencegahan terbaik ialah dengan bersederhana. Ia bukan saja baik untuk mengatasi gout, bahkan hampir kepada semua jenis penyakit. Makan berlebaihan adalah punca kepada banyak penyakit. Jadi, ambil bijak dengan mengamalkan pemakanan sihat.

No comments:

Post a Comment