Tuesday 17 October 2017

Bahaya kasut tumit tinggi

Banyak wanita suka pakai kasut tumit tinggi. Ada memberi alasan dengan memakainya akan mendapat keyakinan diri. Tampil bergaya dan kelihatan anggun. Justeru, mereka sanggup berdepan kesan bahaya memakai kasut tumit tinggi.

Pakar kesihatan banyak memperkatakan tentang keburukan memakai kasut tumit tinggi.

Kesan buruk penggunaan kasut tumit tinggi:
- Masalah kesihatan pada kaki dan keseluruhan badan.
- Menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala.
- Mengganggu kitaran haid yang membawa kepada masalah kesuburan.
- Tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
- Meletakkan tekanan berlebihan pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.
- Masalah neuroma akibat sarat ditekan sehingga tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan.
- Berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
- Pergelangan kaki terseliuh di bahagian buku lali kerana sukar mengimbang badan.
- Ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki
- Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul.
- Betis memendek dan tegang.
- Kerap mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit.
- Kulit pada bahagian kaki mengeras.
- Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil.
- Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma.
- Pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund).
- Jari bengkok (claw hammer)
- Sakit tulang belakang.
- Pinggul condong ke depan dan menambahkan lengkungan pada tulang belakang.
- Bahaya untuk wanita mengandung.
- Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti mengubah cara seseorang wanita yang hamil berjalan.

No comments:

Post a Comment