Wednesday 11 October 2017

Rawatan ferleksi stimulatheraphy

Kesemua pengaliran tenaga di dalam badan  berjalan dengan sendiri secara semula jadi di bawah pentadbiran Allah SWT. Tiada mesin atau alat khusus untuk menjana dan mengalirkan tenaga hayat. Tenaga hayat mengalir mengikut saluran dengan tertib alami berterusan dan bersambungan.

Sistem saling berhubungan dan bersambungan ini memungkinkan prinsip refleksi berlaku. Di mana apabila satu bahagian itu dirangsang ia akan turut merangsang bahagian lain yang bersambungan dengan nya.

Inilah kehebatan sistem Allah yang penuh limpahan kasih sayang untuk hambanya agar hambanya sentiasa dapat menolong dirinya. Contohnya, jika berlaku sesuatu kondisi kekurangan tenaga hayat bahagian otak, ia boleh diikhtiarkan melalui saluran jantung dan pericardium yang terletak di lengan.

Anatomi titik refleksi Stimulatheraphy hampir sama dengan acupoints anatomy dalam Acupuncture dan Acupressure. Beza yang ketara antara keduanya ialah, stimulatherapy tidak mementingkan ukuran tepat bagi setiap titik berbanding terapi Acupuncture.

Justeru kewujudan urutan stimulatherapy banyak memberikan sumbangan kepada kesihatan masyarakat selain menggunakan zikir-zikir ketika urutan dilakukan.

Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’. Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh.

Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pelengkap. Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional. 

Rawatan holistik pula membawa maksud rawatan secara menyeluruh. Ini merangkumi keseluruhan gaya hidup (Pemakanan, pemakaian, senaman) dan juga kesihatan rohani seseorang. 

Intipati ilmu Stimulatherapy terletak pada prinsip pengaliran tenaga ‘Chi’ melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) dalam sistem meridian tubuh.

Setiap masa tubuh manusia menerima tenaga daripada alam semesta dalam pelbagai bentuk. Contoh mudah adalah seperti berikut:
tenaga kimia (makanan) melalui mulut.
- oksigen/bau melalui hidung
- tenaga bunyi melalui telinga
- tenaga cahaya/warna melalui mata dan sebagainya.

Tenaga yang memasuki tubuh akan dibekalkan kepada organ-organ penting seperi jantung, paru-paru, ginjal, hati , limpa dan sebagainya melalui saluran-saluran tenaga (energy channel) tertentu.

Ibarat sebiji lampu perlukan tenaga elektrik untuk menyala, begitulah juga organ-organ penting tubuh perlukan tenaga hayat (life energy) untuk terus berfungsi.

Aliran tenaga dalam tubuh yang sihat adalah seimbang. Aktiviti kehidupan seharian, pemakanan, peningkatan umur, keadaan sekeliling, emosi yang berubah-ubah, bebanan kerja yang meningkat dan sebagainya menyebabkan berlaku gangguan pada kadar aliran tenaga kepada organ-organ penting. 

Ibarat sebatang longkang air lama-kelamaan pun akan tersumbat jua jika tidak diselenggara dengan baik.

Terdapat faktor yang menjejaskan pengaliran tenaga hayat.
- Penyempitan saluran oleh cuaca atau kecederaan atau tekanan emosi.
- Halangan (blockage) pada saluran oleh cuaca atau kecederaan, infeksi atau tekanan emosi.
- Demam atau penyakit seperti darah tinggi, athma, kencing manis, gout, buah pinggang dan lain-lain.
- Peningkatan usia

No comments:

Post a Comment