Saturday 4 November 2017

Hidup tanpa negara

Hidup tanpa negara. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menganggarkan kira-kira 10 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai kerakyatan, termasuk tiga juta yang dinafikan status identiti, hak dan pekerjaannya secara rasmi.

Muslim Rohingya di Myanmar, merupakan minoriti tanpa kerakyatan terbesar di dunia, dengan kira-kira 600,000 orang melarikan diri daripada penindasan dan kekejaman yang berlaku sejak Ogos 2017.

Sebagai warganegara Malaysia, cinta dan sayanglah negara ini. Lakukan perkara baik untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara. Jauhkan perbuatan yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

Betapa penting ada negara. Ciri negara ada empat unsur iaitu kawasan, rakyat, pemimpin dan kedaulatan. Unsur kawasan, rakyat dan pemimpin biasanya tiada masalah. Perkara yang sering diabaikan rakyat ialah soal kedaulatan. Kedaulatan bermaksud kita mempunyai kuasa dan hak sepenuhnya terhad negara dalam soal kepimpinan yakni apa yang ingin dilakukan tanpa mengikut telunjuk pihak lain.


No comments:

Post a Comment