Thursday, 12 April 2018

Pondan kena kerahan tenaga


Thailand mengamalkan dasar kerahan tenaga atau National Service yang memaksa setiap rakyat yang terpilih perlu berkhidmat sebagai anggota tentera untuk tempoh tertentu, kecuali mereka yang telah diketegorikan sebagai tidak layak atau dikecualikan.

Pemilihan dilakukan secara rawak melalui kaedah yang ditetapkan. Di mana semua lelaki yang dalam kategori umur ditetapkan akan melalui proses pemilihan tersebut. Sesiapa yang namanya terpilih diwajibkan melalui kerahan tenaga untuk tempoh masa tertentu. 

Menariknya, golongan pondan walaupun dilihat secara fizikalnya telah menampakkan wajah dan sifat ciri-ciri kewanitaan, tetap perlu menjalani khidmat kerahan tenaga jika nama terpilih semasa proses pemilihan. 

Golongan pondan itu akan ditempatkan bersama anggota lelaki dan menjalani latihan sepertimana lelaki kerana walaupun wajah dan ciri-ciri kewanitaan menguasai diri, hakikatnya mereka dianggap sebagai lelaki. 

Kategori jantina tidak ada yang mencatatkan pondan sebagai satu jantina. Kategori jantina hanya sama ada lelaki atau wanita sahaja. 

No comments:

Post a Comment