Friday 18 May 2018

Ambil deposit haram

Skim cepat kaya merujuk aktiviti pengambilan deposit secara haram. Aktiviti mereka tidak mendapat kelulusan Bank Negara untuk beroperasi. Mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing.


Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.


Nasihat kepada pelabur:
 Berurusan hanya dengan institusi kewangan dan peniaga mata wang asing yang berlesen
 Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan
 Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur
 Berhati-hati dengan pelaburan yang dibuat melalui internet
 Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis
 Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen berkaitan sebagai rujukan. 

No comments:

Post a Comment