Monday 21 May 2018

Perokok pasif turut alami kesan bahaya rokok

Orang berada di samping perokok dikenali perokok pasif, yang mana menyedup asap yang dibebaskan oleh perokok. Perokok pasif turut mendapat kesan buruk asap rokok biarpun tidak merokok. 

Asap rokok yang dibebaskan oleh perokok dipanggil asap tembakau persekitaran (ETS). Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati ETS mengandungi 4,000 bahan beracun, di mana termasuk 22 bahan kimia, 12 agen penyebab barah dan 10 logam berat.

ETS memberi kesan rokok kepada perokok pasif lebih tinggi berbanding perokok sendiri. Di mana, perokok pasif mengalami tiga kali ganda kesan tar, sekali ganda jumlah karbon manoksida, tiga kali ganda nikotin dan 50 kali ganda bahan menyebabkan kanser.

Perokok perlu hormati hak bukan perokok. Jangan merokok di tempat ada orang lain yang akan mengganggu dan membahayakan bukan perokok. 

Sikap tidak peduli hak orang tidak merokok bebas asap rokok adalah bukti perokok mengamalkan budaya pentingkan diri sendiri. 

No comments:

Post a Comment