Monday, 21 May 2018

HARAM JATUHKAN KERAJAAN ISLAM

Haram menjatuhkan kerajaan Islam. Sesiapa menjatuhkan kerajaan Islam samalah merosakkan Islam. Islam mewajibkan kerajaan Islam dipertahankan bagi membuka ruang untuk Islam terus berkembang dan berkuasa.  

Keadaan perpecahan dan saling menjatuhkan sesama Islam yang berterusan akan memberikan kesan buruk kepada umat Islam dan sekali gus meletakkan perkembangan Islam di negara ini dalam keadaan tidak menentu.  

Bukan Islam menjadi keliru adakah benar Islam sukakan keamanan dan perpaduan, sedangkan apa yang ditunjukkan oleh mereka memperjuangankan Islam berlaku sebaliknya.

Jangan disebabkan gila kuasa dan kepentingan sendiri menyebabkan undang-undang tidak dipedulikan. Peraturan agama perlu dipatuhi, bukan dibuat main-main ikut suka suka saja. 

Jika di kalangan pemimpin yang dilihat warak dan alim sanggup melakukan perkara menyalahi agama demi kuasa, maka imej kepimpinan ulama akan tercemar dan tidak dipercayai lagi.  

Kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan dalam membentuk kuasa kepimpinan. Tetapi perlu diingatkan, kuasa kepimpinan mesti di tangan orang Islam yang menguasai untuk mencaturkan urusan pemerintahan. Jangan sekali-kali orang Islam menjadi barua dan belaci kepada bukan Islam.

No comments:

Post a Comment