Sunday, 20 May 2018

KENAPA DILARANG TIDUR DI DALAM MASJID

Kes orang Islam terpaksa mendapat perlindungan atau tempat tinggal di rumah ibadat agama lain amat menyedihkan. Mengapa mereka tidak berteduh sementara waktu di masjid? Mengapa dilarang tidur dalam masjid?
 
Bilangan masjid di negara kita banyak. Keadaan cukup gah. Bangunan besar dan luar. Kawasan sekitar juga luas. Kawasan tandas dibina berasingan yang agak selesa.

Namun, sukar untuk ditemui masjid yang turut menyediakan ruang untuk musafir beristirahat dan bermalam. Jauh sama sekali untuk diadakan tempat untuk tempat tinggal sementara kepada yang memerlukannya.

Malah, kita sering terpandang tulisan 'Dilarang Tidur Dalam Masjid'. Masjid menjadi sunyi tanpa penghuni apabila berakhir waktu sembahyang Isyak atau aktiviti keagamaan yang dilakukan di masjid. Tidak hairan jika masjid jadi sasaran pencuri. 

Tidak ada tegahan di dalam masjid dijadikan tempat tidur, terutama kepada musafir. Lebih elok jika disediakan sudut tempat tidur yang khusus. Manakala bilik dan ruang khusus untuk orang tiada kediaman patut disediakan. Itulah yang disediakan di tempat ibadat agama lain.

Rasulullah SAW pernah menyediakan tempat tinggal sementara di pekarangan masjid bagi sekelompok sahabat yang tidak berwaris dan tidak mempunyai tempat tinggal. 

No comments:

Post a Comment