Saturday, 19 May 2018

BAHAGIAN DAN JADUAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kandungan Perlembagaan Persekutuan dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual. Setiap bahagian mengandungi satu atau lebih Perkara yang relevan.

Perlembagaan Persekutuan dibahagikan kepada 15 bahagian: 
-  Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
-  Bahagian 3 - Kewarganegaraan
-  Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Jadual-jadual yang menjadi rujukan kepada perkara-perkara yang berkaitan. 

·        Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian
·        Jadual Kedua [Perkara 39]
·                    Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia
·                    Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia
·                    Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan
·        Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
·        Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
·        Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja
·        Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan Ikrar
·        Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara
·        Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri
·                    Bahagian I - Peruntukan Tetap
·                    Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I
·        Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak kerajaan Persekutuan dan Negeri)
·        Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri
·                    Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala
·                    Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri
·                    Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri
·                    Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak
·                    Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan Sarawak
·        Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.
·        Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)
·        Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

No comments:

Post a Comment