Wednesday 29 August 2018

MAKLUMAT MENGENAI BEKAM

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu. Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim.

Istilah pembekam membawa maksud orang yang melakukan kerja membekam atau alat untuk membekam. Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.

Hijamah, bekam, cupping, blood letting, kop, chantuk dan banyak istilah lainnya sudah dikenal sejak ribuan tahun lalu. 

Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak yakni sel-sel yang telah mati, bertoksid, berasid, berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah. Darah yang rosak ini berada kira-kira 3mm di bawah epidermis mengikut anatomi kulit badan manusia. Darah yang dikeluarkan bukanya dari pembuluh darah sama ada vena atau arteri. 

BEKAM GUNA LINTAH

Pada zaman China kuno mereka menyebut bekam sebagai “perawatan tanduk” kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18, orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam yang dikenali Leech Therapy. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila diletakkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah tadi dengan berkesan. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh.

Seorang pakar herba Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya A Handbook of Prescriptions for Emergencies menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut tehnik “jiaofa”.

Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam artikel Management of Urinary tract Infections: historical perspective and current strategies: Part 1-before antibiotics. Journal of Urology. 173(1):21-26, January 2005. Bahwa catatan Textbook Kedokteran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1550 SM di Mesir kuno menyebutkan berkaitan bekam.

Hippocrates (460-377 SM), Celsus (53 SM-7 M), Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk pengubatan di zamannya. Dalam melakukan tehnik pengubatan tersebut, jumlah darah yang keluar cukup banyak. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Romawi, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan keberhasilan dan khasiatnya.

BEKAM AMALAN RASULULLAH

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.  Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Perut dan usus kecil  pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis, air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan. Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit di seluruh tubuh badan manusia.

Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath: Jumhur para ulama mengatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam. Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

Sandaran hadis dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum, disebutkan: Bakir berkata dari Ummu Alqomah, "Dahulu kami pernah berbekam di hadapan Aisyah bersama anak-anak saudara Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".

BEKAM MASUK NUSANTARA

Tidak ada catatan resmi mengenai bila kaedah ini masuk ke Nusantara. Namun, banyak pendapat mengatakan ia mula diperkenalkan oleh pedagang Gujarat dan Arab yang menyebarkan agama Islam.

Kini berbekam dilakukan dengan dengan sempurna dan mudah pemakaiannya sesuai dengan kaedah-kaedah ilmiah dengan menggunakan suatu alat yang praktis dan efektif.

BEKAM IKUT PROSUDER KKM

Rawatan Bekam Kaedah Moden Mengikut Standard Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Menggunakan cup (bekas bekam) lutsinar yang dicuci dengan antiseptik dan disteril.
 Menggunakan lancet (jarum) pakai buang (untuk seorang patient sahaja)
 Menggunakan sarung tangan.
 Darah dikumpul dan lap dengan tisu lembut kemudian dikumpul dlm bekas plastik.
 Jurubekam muslimah untuk kaum wanita.
 Tidak sakit dan tidak berparut.

Kaedah Mencuci Cup/Mangkuk Vakum
 Cup vakum direndam dengan antiseptik dan bahan pencuci
 Cup vakum disteril dengan ultra-violet
 Cup vakum diozone

KEBAIKAN BERBEKAN

Berbekan dapat mengubati, melegakan dan mengatasi masalah kesihatan yang umum dialami oleh kebanyakan orang, seperti penyakit:

- Migrain
- Pening Kepala
- Darah Tinggi
- Gout
- Alergi terhadap makanan tertentu.
- Gatal-gatal badan
- Kencing Manis
- Sakit Badan
- Sakit pinggang
- Kebas-kebas badan
- Meredakan serangan angin ahmar.
- Melancarkan pengaliran darah
- Membantu proses perkumuhan
- Mengatasi penglihatan kabur
- Mengatasi masalah jerawat
- Memecahkan lemak
- Sakit Saraf

JENIS BEKAM 

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

LARANGAN BERBEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

 KHIDMAT JURUBEKAM PROFESIONAL BERTAULIAH:
- Mohd Azmi Ismail - 01110945152 (Taiping, Perak)
- Mohd Shahrudin Ismail - 019-9212030 (Taiping, Perak dan Kota Bharu, Kelantan)
- Mohd Jurik Ismail - 0199823735 (Bachok, Kelantan)

No comments:

Post a Comment