Tuesday 30 October 2018

CHAMPS M KENAPA ANAK PERLU MULTIVITAMIN TAMBAHAN


Adakah anda perlu memberikan makanan tambahan vitamin kepada anak anda atau menggalakkannya mengambil makanan berkhasiat semulajadi?

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting bagi membina pertumbuhan si kecil. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk makanan yang di jual di pasaran. 

Sesetengah produk menawarkan makanan yang berkhasiat semulajadi dan ada
sesetengahnya yang menawarkan produk yang diperkaya dengan khasiat makanan. Namun begitu terdapat juga makanan yang tidak mempunyai beberapa khasiat penting buat si kecil. Pemilihan makanan kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada
ibu bapa mereka sendiri.

Pada masa kini terdapat juga makanan tambahan iaitu dalam bentuk kapsul mahupun cecair yang dijual bagi memenuhi tuntutan dan kehendak para pengguna. Persoalannya, adalah kanak- kanak juga memerlukan makanan tambahan ini. Tidak di nafikan makanan tambahan seperti vitamin C, vitamin B kompleks, Taurina dan lain-lain lagi turut dijual bagi kegunaan kanak-kanak. Namun sejauh manakah anak kecil memerlukan atau bergantung kepada makanan tambahan ini?

Di sini terdapat sedikit panduan buat ibu bapa dalam menggunakan makanan tambahan atau juga dikenali sebagai suplemen oleh Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics:
- Sekiranya kanak-kanak itu hanya mengambil makanan sayur-sayuran sahaja sebagai sumber makanan, maka dia perlu mengambil suplemen vitamin B12
- Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai kurang selera makan, maka boleh diberikan makanan tambahan yang terdiri daripada multivitamin. (harus diingat bahawa sukatan makanan tambahan ini adalah tidak melebihi dari sukatan yang disyorkan (RDA)

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terdahulu sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk tersebut. Malahan membeli bahan makanan yang semulajadi berkhasiat juga adalah jauh lebih baik buat si kecil.

Di antara jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah:
Jenis vitamin: Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin

Jenis vitamin: Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu

Jenis vitamin: Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan

Jenis vitamin: Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: sayuran warna hijau dan buah ? buahan sitrus

Jenis mineral: Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu

Jenis mineral: Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Piramid makanan memberikan banyak maklumat mengenai 5 kelas makanan utama. Setiap kelas makanan ini mempunyai jumlah hidangan tertentu yang perlu dinikmati oleh setiap kanak-kanak. Ini penting bagi perkembangan minda dan tubuh mereka.


Semua keperluan multivitamin untuk kanak-kanak mampu dipenuhi dengan pengambilan produk Champs M. 

KLIK DI SINI MAKLUMAT LANJUT  
www.wasap.my/60139395917

Monday 29 October 2018

MENU KAMPUNG MESTI ADA ULAM DAN SAMBAL

Menu selera kampung mempunyai ramai peminat. Biarpun menu dan resipi luar negara semakin merasap menyerah lidah dan citarasa rakyat Malaysia, namun menu selera kampung tetap masih menjadi pilihan.

Menu selera kampung biasanya menampilkan resipi yang menggunakan daun atau pucuk ulam, sayur kampung dan buah ulam. Penggunaan ikan air tawar juga menjadi sebahagian menu selera kampung. Ikan digoreng kunyit.

Bila ada ulam maka adalah pencicahnya sama ada sambal lada, sambal hitam buah belimbing buluh, sambal kecupu, budu, cencaluk dan perisa lain untuk dimakan bersama ulam.

Penggunaan santan kelapa mahupun sayur air sebagai kuah menjadikan nasi rasa sekata. Penggunaan lada cili padi turut menjadi tarikan dan cabaran yang tidak pernah ditolak oleh penggemarnya. Kata pepatah, mertua lalu di belakang pun tidak sedar.

Menu selera kampung wajar terus diperkenalkan di hotel dan restoran terkemuka agar turut menjadi hidangan kepada tetamu asing. Mereka pasti merasai pengalaman makan yang paling menarik. 

Sunday 28 October 2018

TIADA TOLERANSI APABILA ISLAM DICABAR

Islam mengamalkan toleransi untuk mewujudkan hubungan baik dengan pihak lain. Namun, tiada toleransi apabila kedudukan Islam dicabar. Umat Islam perlu bangkit dan bertindak mempertahankan Islam dengan jiwa raga.

Toleransi berasal dari bahasa Inggeris “tolerance” (to endure without protest) maknanya: menahan perasaan tanpa bantahan. Amalan toleransi bertepatan konsep utama Islam ialah tidak ada paksaan dalam beragama. Tiada siapa boleh dipaksa menerima Islam. Hubungan dengan penganut agama lain disandarkan kepada hubungan yang baik dan membuktikan kepada penganut agama lain tentang kebenaran ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam).”  (Surah al-Baqarah, ayat 256).

Perlu difahami, toleransi ini tidak bermakna berdiam diri dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama, maruah diri dan keselamatan. Kita tidak boleh berlembut atau menyokong perbuatan yang membawa kepada dosa dan memesongkan akidah.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bertolong menolong dalam berbuat dosa dan pemusuhan dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Keras dalam menjatuhkan hukuman.”

Mentafsir ayat ini, Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk tolong menolong dalam kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan melarangnya untuk saling bantu menbantu dalam kebatilan dan dosa. Meniru atau terikut-ikut cara  ibadat bukan Islam adalah batil dan dosa, hukumnya adalah haram.

Sikap toleransi sehingga menerima fahaman pluralisme agama yang menyamaratakan semua agama perlu ditolak. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’.

Aliran atau  manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.

 Allah SWT berfirman dalam surah al- Baqarah ayat 42 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui.”

Sedangkan dalam aktiviti kehidupan seharian, Islam mewajibkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam apalagi kepada sesama Islam. Ketika ada yang memerlukan bantuan, haruslah dibantu dengan termampu. Jika ada pihak lain membuat ancaman, maka hendaklah membantu mempertahankan hak yang sepatutnya dirasai. Itulah adab umat Islam dalam membangun tolerannya.

Rasulullah SAW  malah mengancam umat Islam yang berbuat zalim kepada zimmi dengan ancaman tidak masuk syurga.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Barangsiapa yang membunuh bukan Islam yang terikat perjanjian dengan umat Islam, maka ia tidak akan mencium keharuman syurga, meskipun keharumannya itu dapat dicium dari jarak empat puluh tahun perjalanan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jika toleransi dituntut dalam ajaran Islam, maka perbuatan ekstrem yang berlawanan dengan toleransi sudah tentu amat ditegah atau dibenci. Sesungguhnya, Islam tidak pernah meletakkan tindakan ekstrem sebagai cara untuk mencapai apa-apa maksud atau tujuan.

Ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mengamalkan perbuatan ekstrem, bahkan tidak menyokong sebarang bentuk penindasan dan ketidakadilan. Umat Islam ditegah mendatangkan sebarang bencana atau kesusahan kepada pihak lain. Mana-mana individu Islam yang melakukan perbuatan ekstrem tidak patut mengaku melakukan perbuatan itu atas dasar memperjuangkan Islam.

Justeru itu, sebaranga tuduhan yang dilemparkan kepada umat Islam sebagai pengganas, ekstrem, militan, radikal dan kejam adalah dakyah yang dilakukan oleh pihak berniat jahat terhadap umat Islam. Mereka sebenarnya tidak mengetahui mengenai ajaran Islam yang sebenar. 

Media Barat sentiasa melancarkan propaganda untuk menggambarkan Islam sebagai paksi segala kejahatan. Berita yang melibatkan umat Islam yang digambarkan sebagai pengganas mendapat ruang utama di media massa Barat. Malah berita itu diperbesar-besarkan dengan penambahan yang sengaja direka-reka.

Sedangkan hakikat sebenarnya, keganasan berlaku di serata dunia yang dilakukan dalam mana-mana masyarakat dan agama. Penganut agama lain juga melakukan perbuatan ekstrem yang ditujukan kepada penganut Islam. 

Namun, perbuatan ekstrem penganut agama lain cuba disembunyikan seperti tidak berlaku langsung. Sebaliknya, orang Islam sahaja yang digambarkan melakukan perbuatan ekstrem. Mereka mengaitkan bahawa ajaran Islam mengajar umatnya melakukan keganasan.

Antara fakta salah yang digunakan untuk menyokong dakwan mereka ialah sejarah pengembangan agama Islam pada masa lalu yang dilakukan secara peperangan. Mereka menyembunyikan fakta sebenar dan hanya menilai secara luaran sahaja.

Gambaran itu menjadikan seluruh masyarakat dunia menjadi fobia terhadap umat Islam. Sedangkan hakikat sebenarnya Islam amat benci sebarang bentuk keganasan. Islam amat mencintai keamanan dan kesejahteraan untuk dinikmati seluruh penghuni dunia ini.

Prinsip toleransi dan menolak sikap melampau menjadi tulang belakang kepada penerimaan Islam dalam masyarakat Arab ketika Islam mula disebarkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak melakukan paksaan kepada mana-mana individu atau kaum untuk menerima Islam. Agama Islam digambarkan mudah dan indah tanpa amalan yang membebankan umatnya.

LELAKI BERPOLIGAMI DIPANGGIL MENGANDAR


Lelaki berkahwin lebih daripada satu dipanggil poligami. Namun di Kelantan satu istilah lain digunakan iaitu mengandar atau ngadar sebagai merujuk kepada lelaki berpoligami. Biarpun istilah itu kini semakin jarang digunakan, ia masih difahami di kalangan orang tua.

Mengapa berpoligami dikatakan mengandar? Perkataan itu sebagai merujuk kepada perlunya suami berpoligami perlu berlaku adil kepada isteri-isteri. Jadi, mengapa pula berlaku adil itu dikaitkan dengan mengandar?

Mengandar ialah membawa barang yang diletakkan tergatung pada batang kayu. Batang kayu itu dipanggil kandar atau kandaran. Ketika membawa bawa atau meletakkan barang di atas kandaran, berat barang itu mesti sama berat atau lebih kurang sama berat.

Tentu sekali agak sukar untuk meletakkan berat barang sama pada setiap bahagian. Jadi, untuk menjadikan imbang, pembawa kandaran perlu melaraskan jarak barang dengan bahagian bahu yang menjadi tempat memikul kandar.

Jika di bahagian depan lebih berat, maka jarak kandar di bahagian depan perlu 'dipendekkan'. Cara lain untuk mengimbangkan kandaran ialah dengan satu tangan akan menampung sebelah yang berat itu.

Mengambil kepada analogi atau perumpamaan perbuatan mengandar yang perlu kepada perimbangan yang betul, maka lelaki yang berpoligami dipanggil atau disebut sebagai mengandar atau ngadar.

ASAL NAMA NASI KANDAR

Mengandar ialah membawa barang yang diletakkan tergatung pada batang kayu. Batang kayu itu dipanggil kandar atau kandaran. Untuk membawa barang yang tidak diletakkan di dalam bekas atau diikat, kandaran akan dibuat dalam bentuk yang mana ada tempat untuk melekatkan barang itu.

Perbuatan mengandar menggunakan kandar telah memberi nama kepada nasi kandar. Pada masa dahulu, peniaga nasi kandar akan mengandarkan bekas nasi dan lauk berjaja dari satu tempat ke satu tempat keliling kampung. Maka itu ia dinamakan nasi kandar.

Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular. Menu nasi kandar berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur biasanya adalah seperti terung, bendi dan peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan memberi satu rasa pelbagai pada nasi.

Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan.

GUNA KANDARAN BAWA BARANG

Mengandar ialah membawa barang yang diletakkan tergatung pada batang kayu. Batang kayu itu dipanggil kandar atau kandaran. Untuk membawa barang yang tidak diletakkan di dalam bekas atau diikat, kandaran akan dibuat dalam bentuk yang mana ada tempat untuk melekatkan barang itu.

Perbuatan mengandar menggunakan kandar telah memberi nama kepada nasi kandar. Pada masa dahulu, peniaga nasi kandar akan mengandarkan bekas nasi dan lauk berjaja dari satu tempat ke satu tempat keliling kampung. Maka itu ia dinamakan nasi kandar.

Kandaran bisanya digunakan oleh petani yang juga menjadi penternak lembu dan kambing. Rumput biasanya akan disabit atau dicerut untuk berikan makan kepada lembu pada waktu malam ketika berada di kandang.

Kandaran juga digunakan untuk membawa uting anak padi dari tapak sementara ke tapak sawah kekal. Kandaran biasanya dibuat daripada batang buluh dan batang kayu. Kandaran itu ringan tetapi lasak atau tahan untuk menampung bebanan.  

CARA IKAT ANAK PADI

Sekarang anak benih padi ditebur terus di petak sawah dan membesar sehingga berbuah dan dituai. Namun, pada masa dahulu, kaedah tabur terus ini tidak diamalkan atas sebab tertentu.

Pada masa dahulu benih padi ditaburkan di tempat atau petak sawah sementara. Apabila anak padi telah membesar kira-kira setinggi kira-kira 30cm hingga 40cm, ia perlu dicabut untuk dipindahkan ke tempat lain.

Benih padi yang dicabut akan diikat menjadi 'uting' atau 'uti' atau 'cap'. Benih padi yang dikat akan kelihatan seperti bentuk kon. Bahagian bawah lebih besar kerana mengandungi akar dan mengecil di bahagian atas. Satu uting biasanya berukuran kira-kira bergaris pusat kira-kira 30 cm. Tali untuk mengikat biasanya dibuat dari kulit batang bemban.

Benih padi yang telah dicabut dan ikat menjadi uting akan dipindahkan tapak sawah. Uting anak padi akan diletakkan di atas kandaran untuk dibawa ke bendang baru. Selain kandaran, batang buluh atau kayu juga dijugakan untuk membawa anak benih itu. 

SERONOK CABUT ANAK BENIH PADI

Masa dahulu, kanak-kanak membesar secara mesra alam. Hidup dalam lingkungan budaya dan pekerjaan masyarakat setempat. Anak-anak akan turut membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja mengikut kemampuan masing-masing.

Kalau ayah menjadi pesawah, maka anak juga akan turut turun ke sawah. Mempelajari apa yang dilakukan oleh ayah dan ibu di bendang. Penglibatan anak bukan semata-mata untuk menjadikan atau mewarisi pekerjaan sebagai petani, tetapi lebih kepada membantu dan melatih anak erti kehidupan.

Antara kerja di bendang yang biasa turut dilakukan anak ialah mencabut anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) yang akan dipindahkan ke tempat lain. Pada masa dahulu, benih padi diletakkan di dalam guni dan kemudian direndam selama tiga hari di dalam air agar cepat bercambah.

Benih padi yang telah 'pecah' bercambah akan ditaburkan di tempat atau petak sawah yang berhampiran dengan rumah. Apabila anak padi telah membesar kira-kira setinggi kira-kira 30cm hingga 40cm, ia perlu dicabut untuk dipindahkan ke tempat lain.

Yang melakukan tugas mencabut benih padi biasa dilakukan oleh wanita kerana tidak memerlukan banyak tenaga dan kedudukan hampir dengan rumah. Maka sebab itu, kanak-kanak juga turut membantu. Mereka sebenarnya bukan serius sangat hendak mencabut benih padi, tetapi lebih kepada suka-suka untuk bermain selut dan lumpur.

Benih padi yang dicabut akan diikat menjadi 'uting' atau 'uti' atau 'cap'. Benih padi yang dikat akan kelihatan seperti bentuk kon. Bahagian bawah lebih besar kerana mengandungi akar dan mengecil di bahagian atas. Satu uting biasanya berukuran kira-kira bergaris pusat kira-kira 30 cm. Tali untuk mengikat biasanya dibuat dari kulit batang bemban.

Benih padi yang telah dicabut dan ikat menjadi uting akan dipindahkan tapak sawah. Di sinilah pula aktiviti mencedung dilakukan. Bahagian akar anak padi akan dicedung atau dibenamkan ke dalam lumpur atau selut yang lembut.

Proses mencedung biasanya menggunakan kaki kambing bagi memudahkan akar anak padi dimasukkan ke dalam tanah. Namun, dalam keadaan tanah yang sudah lembut atau berlumpur tebal, biasanya hanya hanya menggunakan tangan. Anak benih padi akan ditanam mengikut baris lurus dengan jarak kira-kira 20 cm hingga 30 cm di antara baris.

JENIS PENYU SEMAKIN PUPUS

Penyu merupakan antara spesies haiwan yang terancam kepupusan sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Perkara penting untuk pemuliharaan penyu ialah memberikan pendidikan kepada masyarakat dunia, menjaga habitatnya daripada terganggu dan ancaman semasa penghijrahan mereka.

Ada dua kumpulan spesies penyu terancam ini iaitu yang dipanggil sebagai tuntung dan penyu. Kumpulan tuntung hidup di kawasan sungai, manakala penyu di laut. Selalunya apabila kita berbicara tentang penyu kita selalu merujuk kepada penyu laut yang berhijrah jauh dari negara lain dan bertelur di beberapa tempat di Malaysia.

Terdapat banyak jenis penyu. Namun yang terkenal di Malaysia terdapat empat jenis.

Penyu Belimbing
Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. 

Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. 

Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. 

Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.

Penyu Agar
Penyu Agar juga dikenali sebagai " penyu hijau " mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. 

Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik
Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. 

Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas
Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. 

Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

DITEGAH BERSELISIH

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah kamu berselisih! Sesungguhnya kaum sebelum kamu telah berselisih lalu mereka binasa.” (Hadis riwayat Bukhari no. 2410).

Islam memerintahkan umatnya bersatu padu. Perintah bersatu ditujukan kepada setiap muslim di seluruh dunia, tidak hanya antara umat muslim di satu tempat atau negara saja. Perpecahan di antara umat Islam adalah sumber malapetaka dan bencana.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.” (Surah Ali Imran, ayat 102-103)

Sesungguhnya umat Islam yang beriman itu bersaudara, kerana persaudaraan  merupakan anugerah yang agung dan mahal dari Allah SWT. Dan ini merupakan nikmat dari Allah SWT kepada para hamba-Nya yang mukmin.

Perkara ini ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud: “Dan ingatlah nikmat Allah kepada kalian ketika kamu dahulu (pada masa Jahiliyah) saling bermusuhan, maka Allah mempersatukan hati kamu,sehingga dengan kurniaan- Nya kamu menjadi bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya.” (Surah Ali Imran, ayat  103)

Bahkan Rasulullah SAW menegaskan bahawa rasa ukhuwah dan mahabbah pada diri seorang mukmin haruslah benar-benar ditanamkan kerana itu adalah salah satu ciri dari kesempurnaan iman seorang muslim sejati. 

Fahami hadis berikut ini yang bermaksud: “Belum dianggap sempurna iman seseorang di antara kamu, sehingga dia menyintai saudara sesama muslim seperti ia mencintai dirinya sendiri.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang muslim itu diharamkan darah, harta dan kehormatannya. Nabi SAW pernah bersabda pada waktu haji Wada yang disaksikan oleh sebagian besar sahabatnya. Di antara pesan baginda adalah: "Sesungguhnya harta, darah dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti kemuliaan harimu ini dalam bulanmu ini di negerimu ini." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa darah, harta dan kehormatan seorang muslim tidak boleh diganggu. Banyak sekali nas yang menunjukkan tentang larangan ini dan tidak terbatas pada waktu dan tempat. Allah SWT telah menjadikan orang-orang mukmin itu bersaudara agar mereka saling kasih mengasihi dan sayang-menyayangi.

Sabda Rasulullah SAW dari Abu Musa yang bermaksud: “Kehidupan orang-orang mukmin, satu dengan yang lainnya seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan yang satu dengan yang lainnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menggambarkan hakikat antara hubungan sesama kaum muslimin yang begitu eratnya. Hubungan antara seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling melengkapi. Bangunan tidak akan berdiri kalau salah satu komponennya tidak ada ataupun rosak. Hal itu menggambarkan betapa kukuhnya hubungan antara sesama umat Islam.

KEGANASAN RUMAH TANGGA


Saban hari banyak kes dera dan keganasan rumah tangga terpampang di dada akhbar khususnya kes membabitkan orang terdekat termasuk suami, dan keluarga pertalian darah seperti saudara mara.

Mereka mengalamai isu keganasan dan penderaan mangsa menjadi trauma dan mereka sepatutnya memerlukan sokongan dan semangat untuk mengembalikan kehidupan normal.

Akta keganasan rumah tangga yang diwujudkan dilihat sebagai pintu kebal yang melindungi wanita daripada terus menjadi mangsa keganasan lelaki yang mendera dari aspek emosi, psikologi, mental dan fizikal golongan Hawa.

Kejadian dera adalah masalah sosial yang membengkak dalam masyarakat bukan saja menular dalam masyarakat negara ini malah turut menular di negara luar.  

Istilah penderaan itu sendiri begitu luas dan konsepnya tidak mengenal jantina dan ia boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu penderaan fizikal dan mental.

Penderaan fizikal lazimnya menggunakan tangan atau objek manakala penderaan mental menjurus kepada kata-kata atau perbuatan yang boleh mendatangkan tekanan mental kepada mangsa. Penderaan jenis ini membuatkan seseorang menjadi murung, tidak lalu makan dan rasa tertekan.  

Dera emosi pula, ia membuatkan mangsa menjadi tidak tenteram dan lebih membabitkan perasaan. Sebagai contoh, jika isteri melakukan perkara yang tidak disukai suami seperti keluar rumah tanpa keizinan dan memakai pakaian yang tidak disukai, ia dianggap satu penderaan emosi terhadap suami.

Penderaan ekonomi pula, apa saja yang menggugat kesejahteraan rumah tangga seperti kekurangan dalam memberi nilai kebendaan kepada isteri boleh dianggap penderaan ekonomi. Sebagai contoh, suami tidak membeli pakaian ia dianggap boleh menyebabkan penderaan ekonomi.

Oleh itu, apa saja yang memberi kesan kepada seseorang menyebabkan rasa sengsara dari segi emosi, psikologi dan ekonomi, ia jelas adalah salah satu bentuk penderaan.

Apa saja situasi yang berlaku, ia adalah titik permulaan kepada penderaan atau keganasan. Paling tenat atau membimbangkan, penderaan emosi atau psikologi bertukar kepada penderaan fizikal. Sebagai contoh, contohnya, kes simbah asid kepada mangsa, menyebabkan mereka menjadi trauma.

Apabila melihat cermin mangsa akan mengingati kejadian itu. Bukan kesan simbahan itu menyebab parut yang buruk malah paling teruk ialah ia mengganggu emosi mangsa.  

Penderaan fizikal, emosi dan psikologi sebenarnya mempunyai hubungan. Ini kerana penderaan fizikal itu berlaku hasil daripada penderaan emosi dan psikologi juga.

Lebih mengecewakan, kes penderaan yang tinggi jumlahnya ini kebanyakannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa menyebabkan pihak terbabit sukar mengambil tindakan atas dasar kasih sayang, pujukan pasangan dan perasaan trauma dan takut kejadian dera berulang kembali atau lebih teruk.

PELAKU DERA LAYAK DIGELAR BINATANG

Kejadian penderaan terhadap kanak-kanak adalah di luar batasan kemanusiaan, lebih-lebih lagi dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Islam mementingkan ikatan kasih sayang dan belas kasihan.  Sebarang bentuk  penderaan sama ada fizikal maupun emosi dilarang. Penderaan meninggalkan kesan buruk yang berpanjangan yang melibatkan emosi, dendam dan membentuk diri yang negatif.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan menanggung kesan emosi yang lebih panjang berbanding kesan fizikal. Ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak melakukan perbuatan sama kepada orang lain. Mereka turut menyimpan dendam terhadap pelakunya. 

Ibu, bapa dan orang dewasa yang mempunyai tanggungjawab terhadap kanak-kanak wajar memikirkan nasibnya pada masa depan. Dirinya tidak sepanjang masa muda dan sihat. Tiba saat masa tua dan segala kekuatan telah berkurangan. Ketika itulah mengharapkan bantuan dan perhatian daripada orang muda, iaitu kanak-kanak yang pernah diabaikannya dulu.

Dalam kes penderaan lain, berlaku berasaskan hubungan pelaku merasakan dirinya lebih berkuasa, lebih kuat, lebih berpengaruh atau lebih kaya berbanding mangsa. Manakala mangsa pula tidak mampu mempertahankan hak disebabkan kekurangan pada diri sendiri.

Orang melakukan penganiayaan menunjukkan lagak berkuasa. Sedangkan sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan apa yang dipinjamkan Allah SWT kepadanya. Allah SWT  memberi kelebihan dan kekuatan untuk tujauan membuat kebaikan. 

Allah SWT amat murka kepada orang yang merasa dirinya lebih berkuasa dan bertindak sesuka hati. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-gunung.” (Surah al-Isra, ayat 37).

Sikap menggunakan kekuasaan bukan pada tempatnya tidak akan menonjolkan diri seseorang menjadi lebih hebat. Sebaliknya, perbuatan zalim yang dilakukan lambat laun akan menerima pembalasan yang setimpal. 

Sesiapa melakukan penderaan menyalahi undang-undang negara yang jika sabit kesalahan di mahkamah boleh dikenakan hukuman berat. Khalayak sering membaca atau menonton laporan kes penganiayaan ibu bapa atau keluarga terhadap kanak-kanak, suami mendera isteri, ibu atau bapa menjadi mangsa sikap anak-anak, orang gaji diperlakukan seperti hamba oleh majikan.  
  
Hukuman terhadap pesalah melakukan penderaan tidak hanya diterima setakat di dunia. Bahkan, Rasulullah SAW telah menjelaskan perbuatan itu bakal menerima pembalasaan siksaan daripada Allah SWT di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah akan menyeksa orang yang menyeksa (sesama) manusia di dunia.” (Hadis riwayat Muslim).

Perbuatan penderaan yang semakin merebak adalah tanda kepincangan dan krisis kemelut sosial yang semakin menular dalam masyarakat. Kehidupan tidak lagi berlandaskan kepada perasaan kasih sayang dan saling menghormati.
 
Allah SWT mencipta manusia yang berlainan jantina, paras rupa, kekayaan dan kebolehan dengan tujuan agar manusia dapat berhubungan dalam suasana harmoni dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai manusia!  Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Yang lebih mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa.” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Penerapan amalan beragama dan perasaan kasih sayang adalah cara paling berkesan untuk mengatasi masalah kepincangan sosial ini. Agama Islam mengajar manusia melakukan kebaikan dan mencegah perbuatan mendatangkan keburukan. 

Salah satu elemen penting dalam ajaran Islam ialah mewujudkan perasaan kasih sayang melibatkan sesama manusia, terhadap binatang, tumbuhan dan alam semesta. Kasih sayang mengikat memperkuatkan hubungan agar tidak melakukan perbuatan mendatangkan keburukan kepada pihak lain.

USAHA CEGAH MASALAH BULI DI SEKOLAH PERLU DIPANDANG SERIUS

Kes buli di sekolah masih berlaku, biarpun dianggap kes terpinggir atau dalam peratusan yang kecil. Besar atau kecil peratusan kes tidak harus dipandang mudah kerana telah banyak berlaku kes akibat buli menyebabkan kematian, kecacatan dan kecederaan serius. 

Umumnya pihak sekolah berusaha bersungguh-sungguh mencegah dan menangani buli. Apa yang menjadi persoalan ialah sejauh manakah kecekapan dan keberkesanan sekolah dalam melaksanakannya. Ada beberapa kes buli memerlukan pemerhatian lebih teliti iaitu sebelum ia merebak menjadi wabak.

Sebenarnya, buli di sekolah adalah masalah yang agak signifikan. Tetapi, oleh kerana ia jarang dilaporkan, kecuali apabila membabitkan kes besar, maka belum wujud kefahaman mendalam mengenai makna, jumlah dan jenisnya serta kaedah pencegahannya.

Dari segi definisi, seseorang pelajar dikira dibuli apabila dia secara berulang kali terdedah kepada perlakuan negatif oleh seorang atau lebih, pelajar lain. Perlakuan negatif itu boleh jadi dalam bentuk keganasan fizikal, kekasaran lisan, perbuatan kasar, peras ugut, suruhan atau arahan tidak wajar, penyebaran khabar angin atau fitnah dan penyisihan yang disengajakan daripada kumpulan rakan sebaya.

Bagi mangsa, ketakutan, kepedihan dan kesakitan bukan saja dirasai ketika dibuli, malah juga apabila diancam untuk dibuli atau kemungkinan dibuli lagi pada masa akan datang. Selepas dibuli, mangsa menghadapi beberapa masalah besar, terutama dari segi psikologi, nilai diri, akademik dan perhubungan dengan orang lain.

Kajian di Ireland, Belanda, United Kingdom, Kanada, Norway, Amerika Syarikat dan Australia  menganggarkan kejadian dibuli berulang kali (sekali seminggu atau lebih) membabitkan empat hingga 13 peratus daripada pelajar sekolah, manakala anggaran pelajar membuli berulang kali ialah antara satu hingga 17 peratus.

Tetapi, apabila dikira kejadian buli yang berlaku sekali atau sesekali saja, maka angkanya agak besar, iaitu didapati 35 peratus daripada pelajar pernah dibuli, manakala 26 peratus pula pernah membuli.

Berdasarkan kes buli dilaporkan dan diceritakan di sekolah, dapat dirumuskan tiga komponen faktor menyebabkannya berlaku. Faktor itu ialah ciri peribadi pembuli dan mangsa, ciri keluarga pembuli dan mangsa, serta persekitaran dan budaya sekolah.

Disebabkan itu, pendekatan bagi pencegahan buli perlu menggariskan strategi yang memfokus kepada ketiga-tiga komponen faktor berkenaan.

Strategi yang memfokus kepada pembuli perlu menghukum pembuli; menggalakkan rakan sebaya, guru dan ibu bapa menunjukkan penolakan terhadap perlakuan buli; memberi maklum balas mengenai masalah ditanggung mangsa dan membantu pembuli mengembangkan empati terhadap mangsa; mengadakan penyelesaian konflik antara pembuli dan mangsa; dan memotivasi pembuli supaya berubah.

Strategi yang memfokus kepada mangsa pula perlu mengingatkan mengenai kemungkinan dibuli; latihan mengelakkan daripada keadaan kemungkinan dibuli; menggunakan pelbagai kaedah, termasuk drama, mengenai cara menangani buli; menggalakkan pelajar memantau dan melaporkan kes buli; meningkatkan kemahiran, keyakinan dan nilai diri; mewujudkan kumpulan penyokong bagi mangsa; dan mendidik ibu bapa tentang buli.

Bagi strategi memfokus kepada persekitaran dan budaya sekolah perlu meningkatkan pemantauan disiplin oleh sekolah; menubuhkan mahkamah buli dan melaksanakan program bersepadu pencegahan buli di sekolah.

Program bersepadu pencegahan buli di sekolah terdiri daripada pelbagai aspek. Tetapi, satu aspek selalu dipinggirkan ialah peranan pengawas yang sebenar. Ada sekolah menengah pernah mempunyai sistem pengawas yang amat baik pada satu masa dulu, tetapi tiada lagi pada hari ini. Sistem pengawas yang kuat adalah satu cara berkesan bagi mencegah buli di sekolah.

ISLAM JANJI AMAN DAN DAMAI

Islam menjanjikan keamanan mutlak kepada umatnya dan juga manusia sejagat. Islam tidak mendatangkan sebarang bencana atau kesusahan seperti tuduhan dilempar pihak tidak menyenangi Islam. Malah, Islamlah yang menganjurkan keamanan ketika manusia sedang menuju perpecahan.   

Ajaran Islam penuh dengan toleransi. Islam disebarkan atas dasar sukarela dan menghormati kedudukan penganut agama lain. Konsep utama Islam ialah tidak ada paksaan dalam beragama. 

Firman Allah bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya sudah nyata kebenaran (Islam)”  (Surah al-Baqarah, ayat 256).

Prinsip toleransi dan menolak sikap melampau menjadi tulang belakang kepada penerimaan Islam dalam masyarakat Arab ketika Islam mula disebarkan oleh Rasulullah. Rasulullah tidak melakukan paksaan kepada mana-mana individu atau kaum untuk menerima Islam. 

Peristiwa pembukaan kota Makkah memperlihatkan betapa murni dan halusnya ajaran Islam, di mana Rasulullah memberi kebebasan sepenuhnya kepada penduduk membuat pilihan apa diingini. 

Rasulullah tidak menyimpan perasaan dendam terhadap golongan Quraisy yang pernah menyiksa baginda dan para sahabat. Sedangkan pada ketika itu baginda mampu melakukan apa saja terhadap golongan Quraisy.   

Rasulullah tidak mengambil kesempatan menyeru golongan Quraisy memeluk Islam ketika mana golongan itu masih dalam ketakutan. Sebaliknya, apa yang dijelaskan Rasulullah ialah mengenai kebebasan, menyeru meninggalkan amalan jahiliyah dan menghubungkan tali persaudaraan tanpa membezakan taraf kaum.

Sifat toleransi Rasulullah telah menawan hampir keseluruhan golongan Quraisy memeluk Islam. Jelas sekali Islam tidak disebarkan dengan kekerasan atau paksaan. Keindahan dan kemurnian ajaran Islam menjadi daya penarik ramai memeluk Islam.

Dengan kata lain, soal mengenai hak asasi dan kebebasan beragama yang diperjuangkan masyarakat Barat sekarang sebenarnya telah lama diamalkan dalam ajaran Islam. Islam membawa sinar kebenaran dalam semua aspek kehidupan seperti mana diingini naluri manusia. 

Sifat ganas dan melampau yang ditonjolkan oleh segelintir umat Islam sekarang, bukan dari ajaran Islam. Islam melarang penganutnya melakukan sebarang kerosakan di bumi ini, baik terhadap manusia, tumbuhan, binatang dan alam.

Firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi selepas Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan”  (Surah al-Araf, ayat 56).

Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang perempuan masuk neraka dengan sebab seekor kucing yang diikatnya tanpa memberinya makanan dan tidak pula membiarkannya mencari makanan daripada serangga yang melata di bumi”  (Hadis riwayat Bukhari).

Sekiranya menyiksa binatang menyebabkan seseorang masuk neraka, apatah lagi perbuatan kejam terhadap manusia. Perbuatan melampau melibatkan pembunuhan, kerugian harta benda dan menganggu ketenteraman awam amat ditegah dilakukan walau apa tujuan sekalipun. 

Islam membenarkan peperangan bertujuan mempertahankan hak dan menjamin keselamatan. Istilah peperangan merujuk kepada pertempuran tentera dengan tentera menggunakan kekuatan tenaga manusia dan persenjataan.

Tindakan mengebom tempat awam tidak termasuk istilah peperangan yang dibenarkan oleh Islam. Sebarang bentuk kematian dan kemusnahan akibat tindakan itu adalah satu jenayah. 

Orang awam tidak terlibat secara langsung dalam usaha memerangi Islam.  Oleh itu ia tidak termasuk golongan yang dibenarkan diperangi. Malah, jika termasuk golongan yang dibenarkan diperangi, ia sekadar untuk mempertahankan hak dan menegakkan kebenaran. Ia sekadar dilakukan pada tahap mencapai matlamat dan bukan melampaui batasan.

Firman Allah bermaksud: “Berperanglah kamu semua di jalan Allah demi memerangi orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak sukakan orang yang melampau batas”  (Surah al-Baqarah, ayat 190).

Tindakan ekstrem menambah lagi parah tekanan dan diskriminasi yang dikenakan terhadap orang Islam. Musuh Islam menggunakan alasan tindakan ekstrem dilakukan individu Islam untuk menghukum seluruh umat Islam. Tindak balas itu memberi lesen untuk musuh Islam menghancurkan Islam atas alasan memerangi keganasan.

Dalam menghadapi cabaran umat Islam kini, cara peperangan tidak sesuai untuk dipraktikkan. Sebaliknya, kita perlu melihat dalam diri sendiri apakah punca kelemahan yang dihadapi. Umat Islam perlu bersatu membina kekuatan dalam diri dan mengamalkan ajaran Islam sebenar adalah cara terbaik menghadapi cabaran dihadapi sekarang. 

Islam mengajar sifat toleransi dan mengutamakan pembentukan sifat saling berbuat baik, termasuk di kalangan bukan Islam. Ajaran Islam perlu ditonjolkan sebagai cara hidup terbaik untuk manusia. Cara itu dapat menarik lebih ramai orang memeluk Islam.  

Komando rest paling hebat

Komando pasukan elit. Kebolehan mereka memang luar biasa hebat dalam menjalankan operasi atau tugas khas. Untuk menjadi komando memang memerlukan latihan yang juga luar biasa.

Jadi, sesuatu yang hebat sering dikaitkan dengan komando. Satu yang dikaitkan dengan latihan komando ialah komando rest atau rehat komando. Bunyinya rehat, tetapi sebenrnya satu latihan yang jika orang lain buat akan dikenang sebagai sesuatu yang sukar dilakukan.

Kalau letak kepala atas rumput atau tanah tu sudah dikira bernasib baik. Yang teruknya kena letak kepala di atas tar. Kena pula masa tengah panas. Gelegak otak  woi. 

Komando rest ni sebenarnya turut menjadi satu latihan dan juga denda dalam latihan ketenteraan. Maknanya, bukan anggota komando sahaja yang kena. Mereka yang mengikuti latihan lasak biasanya akan melalui pengalaman komando rest.

Latihan dan denda yang dilalui cara komando rest sebenarnya banyak mengajar jiwa menjadi kental dan fizikal yang lebih mantap.

Friday 26 October 2018

LARANG AMAL SIKAP EKSTRIM


Sebahagian masyarakat bukan Islam menganggap Islam agama yang mengajar keganasan, peperangan dan tindakan ekstrim. Sebab itu jika berlaku sesuatu tindakan keganasan di negara bukan Islam, maka masyarakat dunia terus menuduh perbuatan itu dilakukan oleh penganut Islam. 

Manakala itu, beberapa buah negara Islam telah dilabelkan oleh Barat sebagai paksi kejahatan yang dikenakan pelbagai sekatan dalam perniagaan global, bantuan ekonomi dan sebagainya.

Gambaran negatif terhadap umat Islam bertentangan dengan hakikat ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya, Islam mementingkan kehidupan sejahtera dan selamat yang menjadi teras keindahan Islam. 

Malah maksud perkataan Islam itu sendiri bermakna sejahtera dan selamat untuk seluruh manusia dan isi alam ini. Piagam Islam menolak sebarang bentuk tindakan atau perbuatan yang mendatangkan kesan buruk. Ajaran Islam diturunkan kepada manusia bertujuan membawa rahmat ke seluruh alam.   

Sejarah telah membuktikan betapa Islam telah berjaya mengubah cara hidup manusia yang suka berperang kepada cintakan perdamaian. Nabi Muhammad telah berjaya menyatukan manusia di bawah satu bumbung akidah, keimanan dan matlamat hidup yang satu iaitu mencari keredaan Allah.

Islam menetapkan agar setiap penganutnya saling berkasih sayang, menghormati, tolong menolong dan mengelak sebarang bentuk perpecahan. Justeru, sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan sentiasa mementingkan usaha mewujudkan keamanan dan perpaduan.

Sikap bermusuhan mendatangkan banyak keburukan kepada pihak yang terlibat dan kesannya turut terkena kepada pihak lain yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung. Sebab itu perbuatan itu amat ditegah dalam ajaran Islam. 

Pihak yang terlibat dalam kancah permusuhan akan menggunakan banyak masa, tenaga dan fikiran kepada hal-hal yang bersangkutan dengan permusuhan itu. Ini secara tidak langsung mencetuskan konflik jiwa yang menjadi bebanan hidup sehingga tidak mampu lagi membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.    

Memandangkan betapa buruknya kesan permusuhan, maka Islam menegah perbuatan yang bolah menimbulkan huru hara dan ekstrim daripada dilakukan oleh individu yang mengaku sebagai muslim.

Secara konsepnya, perbuatan yang tidak baik ditegah sama sekali dilakukan biarpun didakwa untuk kebaikan. Sesungguhnya sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan hendaklah dilakukan secara yang hak.   

Ajaran Islam menetapkan setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah secara tertib, berhemah dan bebas daripada kesan keburukan. Amalan ekstrim yang tidak terkawal mudah membawa kepada kesan buruk.  

Wednesday 24 October 2018

KES PENDERAAN KANAK-KANAK


Setiap hari ada sahaja kes-kes kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab tersiar di media elektronik mahupun cetak. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam membendung fenomena ini daripada terus menular menjadi barah dalam masyarakat, sekali gus merosakkan masa depan generasi muda negara ini.

Faktor utama berlakunya gejala ini secara berleluasa adalah kerana ibu bapa kurang kefahaman agama, yang mana setiap agama di atas dunia ini amat melarang penganiayaan terhadap orang yang lemah seperti kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Selain itu, berkemungkinan daripada masalah dalaman keluarga tersebut seperti masalah keretakan rumah tangga dan ketiadaan persefahaman antara ibu dan bapa yang membawa impak kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa dan menjadi mangsa keadaan.

Masalah ekonomi juga merupakan penyumbang besar terhadap perlakuan ini. Pendapatan terlalu rendah ditambah pula tanggungan yang ramai serta pengurusan kewangan yang lemah, menyebabkan anak-anak menjadi tempat untuk melepaskan tekanan.

Faktor persekitaran yang tidak stabil atau suasana yang boleh mendatangkan mudarat kepada masa depan kanak-kanak juga antara penyebab perlakuan tidak bermoral seperti; persekitaran yang dilingkungi penagih dadah, pencuri, peragut dan pelacuran.

Di samping itu, ibu bapa yang bekerja mungkin menghadapi tekanan di tempat kerja dan dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa.

Sebagai manusia kita perlulah menghormati hak-hak kanak-kanak di semua negara, khususnya Malaysia. Antara hak kanak-kanak adalah hak berkenaan dengan pendidikan mereka yang mana pihak yang bertanggungjawab haruslah memastikan hak ini terjaga.

Jika didapati kanak-kanak itu tidak mendapat hak ini dengan sempurna maka pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang berautoriti termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bolehlah memainkan peranan masing-masing.

Selain itu, hak kesihatan di mana kanak-kanak berhak untuk mendapat rawatan jika berada dalam keadaan yang kurang sihat dan mengalami kecederaan.

Kanak-kanak juga mempunyai hak psikologi yang harus dihormati. Hakikatnya, ramai yang tidak mengerti hal ini dan mengambil mudah hak tersebut. Psikologi dan emosi kanak-kanak haruslah dijaga seperti iklan yang berunsur lucah di media massa kerana dikhuatiri akan mengganggu emosi kanak-kanak yang fitrahnya mudah terpengaruh.

Selain itu, perbuatan membawa keluar kanak-kanak dari rumah lebih dari pukul 10 malam juga merupakan salah satu pelanggaran hak kanak-kanak kerana pada waktu tersebut mereka sepatutnya sudah tidur.  

Penyelesaian bagi masalah ini telah dicadangkan sekian lama yang mana antaranya perlindungan yang sempurna kepada kanak-kanak. Cuma ada beberapa perkara sahaja yang telah dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah ini dan sebahagian lagi masih dalam proses penelitian yang tidak tahu di mana penghujungnya dan bila akan dilaksanakan.

Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam soal ini, yang kita mahukan adalah hak kanak-kanak terjamin dan terjaga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika dikaji dengan teliti dan mendalam.

Kita perlulah kembali melihat kebertanggungjawaban terhadap masalah ini yang mana ibu bapalah yang paling berperanan penting dalam soal ini. Ibu bapa perlu sedar anak-anak adalah untuk disayangi kerana ia penyambung zuriat dan bukannya tempat untuk melepaskan nafsu amarah.

Kesanggupan jiran tetangga yang mengetahui masalah penderaan ini untuk membuat laporan kepada polis atau pihak yang bertanggungjawab, juga bertepatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Begitu juga dengan peranan guru di pelbagai peringkat sekolah.

Paling memberi kesan adalah pengaruh media massa dalam usaha menyampaikan maklumat tepat tentang masalah atau isu penderaan ini. Media haruslah memberi maklumat kepada masyarakat berkenaan dengan masalah ini dan kesannya jika ia diambil mudah serta kepentingan mendepani hal ini berlandaskan perspektif agama dan undang-undang.

Kanak-kanak haruslah juga didedahkan tentang penderaan ini, yang mana di peringkat sekolah sendiri seharusnya meletakkan satu bab dalam subjek-subjek tertentu untuk menyatakan apakah kewajaran yang harus dilakukan oleh kanak-kanak yang didera.

Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan program atau kempen bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap ibu bapa serta penjaga agar mereka sedar permasalahan ini.

Pada masa sama, institusi keagamaan di setiap negeri haruslah meletakkan tajuk berkaitan pendidikan anak-anak di dalam kursus pra perkahwinan kepada bakal-bakal pengantin. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga.  

Di dalam Islam, anak-anak yang dilahirkan haruslah dijaga dan dipelihara dengan kasih sayang bukannya untuk didera. Tidak wujud istilah penderaan kanak-kanak, yang ada cuma istilah mendidik dengan kaedah yang digariskan oleh hukum syarak.

Pengisytiharan tugas yang dipikul sebagai khalifah dalam surah al-Baqarah ayat 30 menjelaskan secara khususnya tugas ibu bapa iaitu mentadbir keluarga yang terkandung di dalamnya anak-anak dengan sabar dan berhemah agar mereka kelak mendoakan kita.

Al-Quran dan sunah merupakan sumber terpenting dalam mencari penyelesaiannya. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak dan banyak lagi.

AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Muhammad Al-Hajjar dalam buku, Wahai Ibu Ajarkan Aku Solat Yang Benar, menjelaskan bagaimana cara seorang ibu menegur anaknya yang bernama Hasan apabila melakukan kesalahan, dan teguran ini wajarlah diaplikasikan terhadap anak-anak bukannya dengan cara mendera.

Manakala dalam buku Muhammad Hassan, Seorang Ibu Bukan Sebarangan Ibu, terbitan Dewan Pustaka Fajar menceritakan watak Rabiah iaitu seorang anak yang dididik sehingga dikagumi masyarakat. Antara tip yang diselitkan dalam kisah ini adalah ibu bapa haruslah bersabar dalam mendidik anak-anak dan melaksanakan pendidikan berlandaskan hukum yang ditetapkan oleh Islam.

Muhammad Abdul Rauf dalam buku, Wanita Dan Keluarga Dari Pandangan Islam, menekankan aspek kepimpinan suami atau bapa sebagai pelindung bukannya sebagai pendera, dan isteri atau ibu sebagai pembantu yang menyokong suami serta mendidik anak-anak. Kebajikan anak-anak juga adalah tanggungjawab ibu dan bapa serta penjaga agar mereka kelak melakukan perkara yang sedemikian kerana melihat contoh yang baik.

Kesimpulannya, cuba kita menghayati serta mendalami sepotong ayat dari surah Al-Nisa ayat 9 bermaksud: Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

Kita fikirkanlah dengan mendalam semoga ayat ini tersemat di dalam hati sanubari setiap insan di atas muka bumi ini.