Tuesday 9 October 2018

BUKIT BUNGA BERKEMBANG PESAT


Nama Bukit Bunga semakin terkenal dan menjadi tumpuan sebagai pusat membeli belah di Kelantan amnya dan bagi penduduk Jeli dan Tanah Merah khasnya. Jarak pekan Bukit Bunga dari bandar Kota Bharu kira-kira 75 Km dan 25 Km dari bandar Tanah Merah. Manakala dari sempadan Malaysia - Thailand hanya kira-kira 1 Km yang dipisahkan oleh sebatang sungai.

Pekan Bukit Bunga terletak dalam daerah (mukim) Jedok, jajahan (daerah) Tanah Merah. Namun, kebanyakan orang menyangka Bukit Bunga berada dalam jajahan Jeli kerana ia terletak dalam Parlimen Jeli.

Pekan Bukit Bunga mempunyai potensi besar untuk terus membangun selari dengan pembangunan kawasan barat dan selatan Kelantan. Kerajaan tidak mengabaikan kawasan tersebut biarpun kedudukannya agak terpencil dari bandar Kota Bharu dan bandar-bandar utama lain di Kelantan.

Kedudukannya di laluan Jalan raya Timur Barat yang menghubungkan Utara Semenanjung dengan Pantai Timur banyak membantu perkembangan perniagaan di pekan tersebut. Sebahagian besar pembeli di pekan Bukit Bunga adalah mereka dalam perjalanan di antara kedua-dua destinasi tersebut.

Satu lagi faktor membantu pembangunan Bukit Bunga ialah pembukaan laluan menghubungkan Malaysia (Bukit Bunga) - Thailand (Buketa) dan penempatan Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Bunga berhampiran pekan itu.

Melalui laluan tersebut, lebih ramai rakyat dan lebih banyak barangan dari kedua-dua negara dapat keluar masuk dengan secara sah.  

Pembangunan Bukit Bunga dan kawasan Jeli khasnya banyak berlaku pada masa Datuk Mustapa Mohamad menjadi Ahli Parlimen Jeli ketika mewakili Barisan Nasional. 

No comments:

Post a Comment