Tuesday 9 October 2018

MASJID MUKIM BUKIT BUNGA

Masjid Mukim Bukit Bunga tersergam indah yang menjadi kebanggaan anak mukim. Pengasas masjid ini dikenali sebagai Pak Teh Lah. Imam yang pertama masjid ini dikenali dengan panggilan Che Pa.

Tanah ataupun tapak masjid ini dipercayai telah diwakafkan oleh seseorang. Masjid ini digunakan untuk para jemaah bukan sahaja oleh penduduk Bukit Bunga tetapi digunakan oleh penduduk beberapa kampung bersebelahan 

Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai dua kubah dan satu menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.Terdapat juga tulisan kalimah Allah dan juga ayat-ayat suci Al-Quran di dinding depan ruang solat.

Selain kegunaan penduduk setempat untuk menunaikan solat dan aktiviti keagamaan, masjid ini jadi tumpuan pengguna Lebuh Raya Timur Barat untuk berhenti sembahayang dan berehat.

Kedudukan masjid berhampiran jalan dan tempat letak kenderaan yang luas menarik minat musafir singgah sekejap di itu. Malah masjid itu menjadi tempat pertemuan atau perhentian apabila berkenderaan berkumpulan. 

No comments:

Post a Comment