Wednesday 3 October 2018

JUAL TAWAS DALAM TALIAN

 Kebaikan, manfaat dan kegunaan batu tawas semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Tawas merupakan sejenis garam berbentuk batu bening atau menyerupai kristal. Sebab itu ia dikenali batu tawas. Sekarang ada batu tawas diproses menjadi serbuk tawas menjadi seperti serbuk garam halus. 

Dalam Kitab Al-Qanun Fit Tibb (The Canon of Medicine), Ibnu Sina telah menyatakan pelbagai kegunaan tawas. Antara kegunaan adalah untuk menghentikan pendarahan, merawat luka dan mencuci mulut melalui perkumuran.

Tawas juga telah lama digunakan sebagai ubat oleh tamadun-tamadun terdahulu seperti yang terlihat dalam Perubatan Tradisional Cina dan Perubatan Ayurveda.

Dalam Perubatan Ayurveda, tawas dikenali sebagai phitkari, manakala dalam Perubatan Tradisional Cina ia dikenali dengan nama bai fan. Begitu juga dengan Perubatan Melayu yang turut menjadikan tawas sebagai bahan untuk merawat penyakit. 

Tawas adalah sebatian kimia semulajadi. Ia tidak datangkan bahaya kepada kesihatan. Sebab itu, ia digunakan untuk dimasukkan ke dalam makanan bagi mengelak cepat basi atau membuatkan tekstur makanan lebih kenyal dan cantik. 

Tawas turut digunakan untuk mengawet makanan menggantikan garam. Ia juga digunakan untuk samak atau membersihkan belulang atau kulit haiwan sebelum dikeringkan. 
 
KEBAIKAN TAWAS:
- Anti bakteria.
- Menghilangkan bau ketiak.
- Mencerah kembali warna hitam ketiak.
- Boleh juga digunakan pada bahagian badan lain.
- Membersih luka kecil atau calar (sedikit rasa pedih).
- Merawat masalah ruam dan kegatalan kulit.
- Menghilangkan rasa tidak selesa selepas bercukur.
- Bebas bahan kimia dan selamat dari kesan sampingan.
- Menghilangkan bau air yang tidak menyenangkan.
- Mengatasi masalah air keruh.
- Guna untuk campuran bahan pengawet makanan dan sayuran.
- Dimasukkan sedikit di dalam kuah untuk elak cepat basi. 
 
CARA PENGGUNAAN TAWAS:
 
Cara pertama (guna tawas bentuk batu):
- Basahkan ketiak atau bahagian yang ingin 'dirawat'.
- Sapu atau sentuhkan batu tawas di bahagian berkenaan.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap.  

Cara kedua (guna tawas bentuk serbuk):
- Ambil sedikit serbuk tawas
- Kemudian dicampurkan dengan air.
- Gunakan air campuran itu untuk disapu di bahagian berkenaan.
- Boleh juga menggunakan penyembur air atau bekas spray.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap. 
 
Cara ketiga (guna tawas bentuk serbuk - cara guna seperti bedak)
- Ambil sedikit tawas dan terus dilumur atau disapu pada bahagian berkenaan.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 

Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.


Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 


Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 


Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment