Monday 8 October 2018

CINTA JURURAWAT DAN PENOREH GETAH

Gambar ini diambil dari Facebook Yusree Yusohem, seorang jurugambar di Selatan Thai. Gambar ini hanya satu daripada banyak gambar pra perkahwinan untuk pasangan berkenaan.

Tidak dipastikan pekerjaan sebenar pasangan pengantin itu. Tetapi dikata si perempuan adalah jururawat dan lelaki pula penoreh getah. Jika benar, hebatnya nilai percintaan mereka yang tidak melihat status sebagai prasyarat percintaan dan perkahwinan. 

Kekayaan bukan penentu kebahagiaan hidup berpasangan, namun kesediaan untuk saling menerima kebaikan dan kelemahan pasangan adalah paling penting. 

2 comments:

  1. Syabas dan bagus cara saudara melihat keadaan ini. Namun, tidak semua keadaan atau kerjaya boleh diadaptasikan melalui pengajaran aritikel ini. Sebagai contoh, dalam dunia ketenteraan yang begitu rigid, idea-idea yang menongkah arus atau pendapat yang tidak sehaluan dengan pemerintah atasan sering akan kecundang ditengah jalan. Arus terlalu deras dalam dunia ketenteraan...ibarat perahu kecil yang akan terbalik jika cuba menongkah arus yang deras. Justeru, batu karang akan tetap di situ...tetapi perahu yang akan karam.

    ReplyDelete
  2. Terima atas catatan yang diberikan.

    ReplyDelete