Thursday 15 November 2018

PELAJAR BUKAN BUMIPUTERA DI MRSM


Kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukan perkara baru. Ia telah dilakukan sejak tahun 2003 dengan peruntukan kuota sebanyak 10 peratus.

Dasar itu, yang turut membuka Program Matrikulasi kepada bukan bumiputera, adalah bagi membolehkan pelajar bumiputera mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain.

Tindakan itu tidak bercanggah dengan Akta Mara 1966 yang menggariskan matlamat penubuhan maktab itu untuk membantu penduduk luar bandar yang miskin.

Dengan kata lain, kemasukan pelajar bukan bumiputera ke MRSM bukanlah sesuatu yang baru seperti tular diperkatakan sekarang. Malah, telah terdapat pelajar bukan bumiputera di MRSM sejak 1972 tanpa ditetapkan kuota.

Kehadiran pelajar bukan bumiputera boleh membantu meningkatkan daya saing pelajar bumiputera sekali gus menjadikan mereka lebih berkualiti.

Kedua-dua kelompok pelajar ini pula akan lebih saling faham memahami budaya hidup masing-masing yang akhirnya mewujudkan sifat toleransi, tolak ansur dan perpaduan yang lebih kukuh di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

No comments:

Post a Comment