Wednesday 30 January 2019

KHASIAT BUAH KERDAS

Kerdas atau genuak (nama saintifiknya archidendron bubalinum) merupakan sejenis buah dari pokok kerdas yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Pokok kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.

Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10 mm-15 mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering.

Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan).

Isi buah kerdas agak lembut walau pun sudah tua dan matang. Selain dijadikan ulaman, buah kerdas juga boleh dimasak sambal atau dibuat jeruk. Pucuk daun pokok kerdas juga ada yang memakannya sebagai ulaman.

Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna ungu.

Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. 
 
Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Memakan buah kerdas juga akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan pada mulut dan urin kita. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai dan jering.
 
Buah kerdas matang tidak boleh dimakan mentah terlalu banyak sekali gus kerana ia mengandungi bahan kapur yang boleh menyekat saluran kencing dan akan menyebabkan pemakannya sukar membuang air kecil.

Buah kerdas mengandungi nilai herba yang boleh membersihkan buah pinggang, melawaskan kencing dan dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis. 
 
Ia juga dikaitkan dengan awet muda. Yang pentingnya amalan memakan buah kerdas sebagai ulaman dengan nasi panas menjadi pembuka selera semasa kita menghadapi hidangan.

Kerdas kaya vitamin A, vitamin B dan vitamin C selain daripada kandungan protein (3.5%), karbohiderat (1.7%), lemak (0.3%) dan pelbagai zat galian seperti P, Fe, Ca dan sebagainya. 
 
Kerdas juga didapati mengandungi bahan koloid yang membantu dalam melawaskan sistem perkumuhan terutama membantu dalam ransangan untuk kencing.

Terdapat dakwaan yang menyatakan buah kerdas membantu meneuteralkan kandungan gula dalam darah dan membantu dalam mengawal masaalah darah tinggi.

UNTUNG BIJAK URUS MASA

Janganlah bertangguh lagi untuk melakukan perkara kebaikan. Rebutlah setiap kesempatan masa masih hidup ini untuk mengabdikan diri kepada Allah, melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhkan apa dilarang.

Orang yang tidak bijak menguruskan masa berdepan dengan kegagalan melaksanakan tugas seharian. Tugas yang sepatutnya dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat terpaksa pula dilakukan lebih lama. 

Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mementingkan penggunaan masa. Kita dapat lihat bagaimana bangsa Jepun dapat mencapai kemajuan dan kejayaan disebabkan mereka amat menghargai masa. Orang Jepun memenuhi masa seharian dengan bekerja dan membaca yang dapat menambah ilmu bagi mendapat kehidupan yang lebih baik.

Orang yang mengurus masa dengan baik sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik dalam hidupnya. Setiap masa yang berlalu bermakna semakin banyak perkara kebaikan telah dilakukan dan semakin banyak pula bekalan hidupnya di akhirat. 

Beruntunglah sesiapa berjaya mengurus masa dengan baik kerana dia tidak terjermus dalam melakukan perkara sia-sia. Perbuatan sia-sia bukan saja tidak mendatangkan kebaikan, tetapi menambah lagi beban dosa yang terpaksa ditanggung. 

Sebab itu Syaidina Umar menasihatkan seluruh orang Islam agar mementingkan peningkatan kebaikan dalam kehidupan seharian. Kata-kata beliau yang paling hikmah berkaitan nilai kehidupan berbunyi: “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.”

Imam Hasan al-Bana pula mengungkapkan: “Waktu adalah kehidupan. Kehidupan manusia adalah waktu yang dilaluinya dari mula dia lahir hingga meninggal dunia.” 

Oleh itu sesiapa mensia-siakan masa bermakna dia telah mensia-siakan kehidupannya atau menghabiskan sebahagian daripada nyawanya tanpa mendapat sebarang manfaat. Mereka itulah orang yang rugi hidup di dunia ini, yang menghabiskan masa hidup tidak ubah seperti binatang, hanya memuaskan nafsu semata-mata.  

Sesungguhnya Allah akan mempersoalkan di akhirat nanti masa yang kita habiskan di dunia ini. Jadi, menguruskan masa adalah satu amanah daripada Allah yang perlu dilakukan oleh setiap orang. Allah memberi peringatan agar sentiasa membuat persediaan untuk hari esok.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah bertawakal kepada Allah dan buatlah perhitungan untuk menyahut kedatangan hari esoknya (hari kiamat). Dan (sekali lagi diingatkan) bertakwallah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya segala yang apa kamu kerjakan.” (Surah al-Hasyr, ayat 71).

Sebaik-baik Muslim ialah yang berjaya menguruskan masa dengan baik. Dia beroleh kejayaan hidup di dunia dan akhirat di atas kebijaksanaan menguruskan masa dengan perkara takwa dan keimanan. 

LAYAN PEROKOK MACAM PELACUR


Saya tidak pasti kekuatan politik perokok dalam menentukan menang kalahnya mana-mana parti di negara ini.

Tidak ada satu pun badan pemikir, lebih baik dipanggil “badan statistik” sahaja yang dapat mengukur, apakah kemenangan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands kerana undi protes oleh perokok terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Selalunya badan yang mendakwa mereka “pemikir” hanya mengukur keputusan sesuatu pilihan raya dari sudut isu-isu kaum, maka hasilnya juga berlegar tentang sentimen kaum sahaja.

Sedangkan perokok tak kira kaum. Ia melampaui warna kulit dan agama.

Melayu, Cina, India, orang asli dan lain-lain, semua ada yang merokok. Lantaran itu, undi protes kepada kerajaan PH yang dilihat melaksanakan dengan tergesa-gesa larangan merokok di premis makan, selepas selesai PRK Cameron Highlands, masih jadi misteri. Apakah suara perokok itu cukup kuat untuk mengalahkan calon PH? Wallualaham.

Sehari sebelum tarikh keluar mengundi di Cameron Highlands 26 Januari lalu, sebuah esei saya yang mengecam larangan gopoh itu terbit di Malaysiakini. Tajuknya, 'Kalau perokok tidak undi PH lagi'. 

Saya dapat merasakan yang saya meletakkan diri dalam risiko ketika menulis sebuah karangan yang dilihat sebagai satu pembelaan kepada perokok. Nanti akan ada yang menuduh saya tak faham bahawa merokok membahayakan kesihatan.

Maklumlah, dalam arena politik Malaysia, kejujuran bukan selalunya bagus. Lagi seseorang itu menjadi hipokrit dan munafik, berlagak maksum dan poyo, lagi dia dianggap ‘bijak’ dan selamat.

Namun jangkaan saya sedikit meleset. Rupa-rupanya tulisan pembelaan berkenaan mendapat perhatian.

Bukan sahaja yang mengecam, sepertimana yang diduga, tapi di kalangan yang memahami secara waras menyentuh hujah budaya yang saya bawa.

Lebih memeranjatkan, yang ‘menyokong’ itu bukan sahaja di kalangan perokok, ada juga di kalangan yang tidak merokok.

Maknanya selama ini, menteri kesihatan cuma syok sendiri. Tanpa pemahaman terhadap budaya sesuatu masyarakat, sesuatu undang-undang yang dibuat akan pula menimbulkan satu lagi masalah lain.

Undang-undang bukan penyelesaian kepada semua masalah. Budaya yang melibatkan perokok dan yang tidak merokok di negara ini intinya adalah amalan tolak-ansur dan saling memahami. Kekuatan budaya itu melampaui undang-undang apa pun! Samalah sifat tolak ansur yang harmonis di kalangan penganut-penganut agama yang tidak boleh diatur atau dicapai dengan pemaksaan undang-undang.

Contoh yang saya bawa ialah suasana biasa di restoran mamak dan kedai makan. Sejak puluhan tahun, kehidupan antara perokok dan yang tidak merokok tidak pernah mendatangkan masalah besar, menimbulkan ketegangan dan jauh sekali peperangan.

Kedua kelompok itu saling memahami. Boleh duduk semeja dan berbual-bual dengan mesra. Tanpa mengira bangsa.

Hanya apabila kerajaan dengan terburu-buru nafsu dan angkuh melaksanakan undang-undang larangan merokok, maka rasa tertindas pun timbul. Segelintir yang anti perokok tiba-tiba mendabik dada dan dengan angkuh mahu menggunakan larangan berkenaan untuk menyisihkan golongan yang tidak mereka sukai.

Di sebalik keangkuhan segelintir yang menggunakan alasan “asap dihembus ke muka anak sendiri,” dan seperti yang tidak saya sangka selama ini, ada juga mereka yang tidak merokok telah turut sama menegakkan akal yang sihat. Bagi mereka, perokok yang tidak mahu menghembus asap ke muka anaknya, mengapa dia difitnah hendak menghembus asap ke muka anak orang lain?

Apa yang lebih penting ialah, mengapa harus dihancurkan budaya saling memahami dan bertolak ansur hanya kononnya mahu berlagak sebagai negara maju?

Semua orang yang waras dapat melihat, ketika larangan dibuat, dalam waktu sama duit cukai perokok tetap dikaut! Tidakkah menteri merasa rendah hati bahawa sebahagian duit itu jugalah yang digunakan untuk membayar gaji menteri. Kemunafikan tahap dewa apakah ini?

Hujah yang lebih tajam ialah, sedangkan binatang seperti anjing pun boleh dibawa ke restoran, mengapa manusia hanya kerana dia merokok, dia disisihkan, dikenakan denda, diaibkan dan dihukum penjara.

Lebih membuktikan larangan kerajaan itu bersifat tidak manusiawi dan tidak demokratik ialah dalam waktu sama tidak disediakan pun kawasan khusus bagi perokok sepertimana yang selalunya wujud di negara-negara maju yang selalu diangkat sebagai model sebelumnya.

Ya, Malaysia mahu menjadi negara maju, tapi dengan sifat yang separuh-separuh. Lebih tepat lagi, Malaysia mahu menjadi negara maju, tapi dengan tidak memahami budaya masyarakatnya sendiri. Semua mahu dibaratkan, diamerikakan atau dijepunkan. Kalau dalam perihal agama, semuanya mahu diarabkan.

Oleh itu, apakah pilihan yang ada pada perokok? Sebagai rakyat, bagi saya mereka perlulah akur dan patuh dengan undang-undang. Pergilah jauh tiga meter untuk merokok, dan tunjukkanlah teras moral yang tinggi walaupun dalam peraturan yang menjengkelkan.

Tetapi perokok juga sedar bahawa pilihan lain yang ada ialah pada undi yang menjadi hak dan kuasa mereka. Sifat perokok lazimnya tidaklah sampai perlu menjalankan kempen “ayuh merokok” sepertimana kempen-kempen isu hak asasi lainnya.

Hanya dalam diam, mereka tetap memprotes. Ketika perokok dipaksakan dengan undang-undang, ada saluran lain dan kuasa undi untuk tidak lagi memangkah pihak yang tidak faham dan mahu menghancurkan budaya.

Undi dan protes senyap itu sesungguhnya sangat bahaya. Lebih bahaya daripada semua isu perkauman sama ada yang dimainkan oleh DAP mahupun Umno; sama ada oleh PH mahupun BN.

Apa pun tawaran lain, janji-janji untuk memperbaiki ekonomi negara, melawan rasuah, menegakkan keadilan atau menangkap mereka yang terlibat dengan skandal 1MDB, tidak lagi berguna kepada perokok. Sejuta kali pun Najib Razak dihadap ke mahkamah selepas ini, tidak membawa apa-apa makna lagi.

Saya dapat merasakan bahawa bagi perokok keputusan dalam hati mereka sudah bulat, “PH harus diajar!”

Saya dapat merasakan perasaan itu ketika ditegur perokok yang tidak saya kenal di ceruk-ceruk tempat merokok yang hanya menyediakan tong sampah bercampur tahi gagak. Perokok yang saya temukan itu kelihatan bukan calang-calang orangnya melainkan mungkin di kalangan golongan profesional dan ada kelasnya sendiri.

Betapa perihnya hati mereka yang bersusah-payah menyokong PH tetapi kini mereka diperlakukan ibarat seorang pelacur. Atau mungkin juga lebih hina lagi.

Dan seperti pelacur, mereka hanya boleh makan-minum di restoran atau kedai makan. Untuk menjalankan aktiviti ‘pelacurannya’, mereka harus ke tempat lain yang jauh, tersembunyi dan bercampur tahi gagak. Menghisap rokok secara terang-terangan, ibarat melacur secara terang-terangan. Akan ditangkap dan boleh dihukum.

Dalam tempoh terdekat, ada dua lagi PRK di DUN Semenyih, Selangor dan Rantau, Negeri Sembilan. Saya bimbang berbuih pun pemimpin PH memburukkan Umno, PAS atau BN, perokok hanya ingin menghantar mesej lebih besar dan jelas supaya kerajaan dan pemimpin yang ada jangan jadi poyo, munafik atau biadab.

Poyo kerana PH dipilih untuk melaksanakan manifesto; munafik kerana di kalangan pemimpin PH sendiri ada yang merokok; dan biadab kerana PH tidak memahami budaya.

Kuasa undi itu tiada sesiapa yang mampu mengukurnya—walau sehebat mana pun kononnya sebuah badan pemikir. Perokok kini bergerak dalam sunyi, kerana mereka telah dipaksa tersisih ke tempat yang sepi. Sedangkan pelacur pun tidak diperlakukan sebegitu keji.

Oleh HASMI HASHIM
Penulis juga dikenali Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai komuniti Jalan Telawi.

KONSEP FEDERALISME DI MALAYSIA


Konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral.

Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang.

Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.

Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu.

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).'  

Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'.

Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.

Tuesday 29 January 2019

JUS LEGA SINGKIR KOLESTEROL JAHAT KAWAL

Jus Lega adalah ramuan khas untuk membersihkan kolesterol “jahat” dari sistem tubuh badan manusia. Jus Lega adalah ramuan semulajadi seperti halia, bawang putih, lemon, apple cider vineger dan madu asli. Memang 100%  asli. Tiada bahan pengawet.

JUS LEGA MAMPU MENJADI PENAWAR UNTUK PESAKIT:
- Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- Menurunkan tekanan darah tinggi.
- Membantu merawat sakit stroke (angin ahmar).
- Menurunkan bacaan gula untuk kencing manis.
- Menyingkirkan toksin dalam badan.
- Membersihkan salur darah yang tersumbat.
- Menyembuhkan gout.
- Membuang angin dalam badan.
- Merawat sakit dada akibat masalah jantung.
- Mampu menurunkan berat badan.
- Melawaskan penghadaman.
- Kaya dengan Vitamin C.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Memberi tenaga dan mengurangkan keletihan.
- Membuang kahak dan mencairkan lemak.
- Membantu melegakan sakit kepala dan sakit badan.

Cara minum Jus Lega:-
1 sudu pagi dan 1 sudu malam (Selepas makan)
- Jika ada gastrik minum selepas makan.
- Jika ada makan ubat doktor jarakkan pengambilan dalam sejam.

KHASIAT KISMIS

Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya.

Kismis mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah.

Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh termasuklah otak untuk menggalakkan keupayaan minda, sekaligus meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.

Ia sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan seisi keluarga kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh, malah turut berupaya memelihara sistem saraf, mengawal tekanan darah serta menggalakkan penyerapan nutrien seperti zat besi ke dalam tubuh badan sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.

KHASIAT KISMIS:
- Menajamkan minda.
- Menguatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membekalkan tenaga.
- Mencergas dan mencerdaskan minda para pelajar.
- Membantu memudahkan hafalan.
- Membantu mencerahkan pandangan mata.
- Meredakan tekanan dan gemuruh.
- Meningkatkan tahap kesihatan jasmani.
- Sesuai untuk seisi keluarga terutamanya para pelajar.

KISMIS TOK GURU CERDAS MINDA

Kismis Tok Guru mengandungi kismis import yang terpilih dan bermutu tinggi. Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya.

Kismis mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah.

Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh termasuklah otak untuk menggalakkan keupayaan minda, sekaligus meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.

Ia sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan seisi keluarga kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh, malah turut berupaya memelihara sistem saraf, mengawal tekanan darah serta menggalakkan penyerapan nutrien seperti zat besi ke dalam tubuh badan sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.

KHASIAT KISMIS TOK GURU:
- Menajamkan minda.
- Menguatkan daya ingatan dan tumpuan.
- Membekalkan tenaga.
- Mencergas dan mencerdaskan minda para pelajar.
- Membantu memudahkan hafalan.
- Membantu mencerahkan pandangan mata.
- Meredakan tekanan dan gemuruh.
- Meningkatkan tahap kesihatan jasmani.
- Sesuai untuk seisi keluarga terutamanya para pelajar.

CARA PENGGUNAAN KISMIS TOK GURU:
- Dewasa: Ambil 7 hingga 11 biji setiap hari.
- Kanak-kanak: Ambil 5 hingga 7 biji setiap hari.
- Penghafaz Al-Quran: Ambil 21 biji setiap hari.
- Amalkan pada waktu malam sebelum waktu makan.
- Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang masam seperti jeruk serta kepala ikan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
 

Jus Khasiat Lega V Asia campuran madu halia

Jus Khasiat Lega V’asia merupakan minuman campuran 5 ramuan utama iaitu madu, lemon, bawang putih, halia dan cuka epal serta 12 ramuan tambahan lain yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

KHASIAT JUS KHASIAT LEGA V’ASIA:
- Membuang angin yang terkumpul dalam badan.
- Mencuci dan membuang kolestrol.
- Menurunkan tekanan darah tinggi.
- Merawat sakit dada.
- Menambah tenaga dalam badan.
- Melancarkan peredaran darah.
- Melegakan sakit ulu hati

CARA PENGAMBILAN JUS KHASIAT LEGA V’ASIA:
Amalkan satu hingga dua sudu setiap pagi dan malam serta minum air kosong untuk hasil terbaik.

KHASIAT JUS GAMAX PATI GAMAT

Jus Gamax keluaran V Asia sesuai yang digunakan secara tradisional, untuk kesihatan umum luaran dan dalaman. Diperkayakan dengan pati gamat, buah markisa, peria, demlima, chlorella dan gymnema sylvestre. Setiap satunya mempunyai khasiat yang diperlukan oleh badan. 

Gamat
Kandungan kondroitin sulfat, agen penghalang terbentuknya darah beku sekaligus melancarkan aliran darah. Fungsi anti-rada yang terdapat pada gamat dapat melega dan mengurangkan kesakitan sendi-sendi, menyembuh luka dlaman dan luaran.

Markisa
 Kaya dengan vitamin C, membantu menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan kulit.

Peria
Bertindak seperti insulin untuk membantu mengurangkan tahap gula dalam darah bagi penyakit diebetes dan mempercepatkan pembongkaran glukos dan mengubah glukos yang berlebihan menjadi tenaga.

Delima
Sarat dengan antioksidan berfungsi melawan radikal bebas, membantu menurunkan kadar kolestrol dan darah, membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel, dan memperbaiki teskstur kulit.

Chlorella
Berfungsi untuk mengawal metabolisme manusia, menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.

Gymnema Sylvestre
Tumbuhan berkayu yang tumbuh di Afrika, Australia yang berfungsi dengan mengurangkan keinginan untuk makanan manis, serta mengimbangi tahap dalam darah.

Jus Gamax sesuai untuk lelaki dan wanita.