Wednesday 20 February 2019

DHOB PADANG PASIR KAYA KHASIAT

Dhob atau dhab sejenis haiwan tinggal atau hidup di padang pasir. Rupanya seperti biawak, tetapi mempunyai tabiat yang berbeza. Hukum makan dhob adalah halal.

Fakta menarik mengenai dhob ialah ia tidak meminum air tetapi hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup di padang pasir. Air dari tumbuhan itulah yang menjadi sumber air untuk fungsi organ badan. Dhab tidak makan bangkai.

Dhob sangat laju apabila berlari. Jadi sukar untuk menangkapnya. Dhob akan bertukar jantina setiap 2 tahun sekali. Ada juga mengatakan dhob mempunyai 2 jantina. Warna kulit bertukar mengikut tahap kepanasan.

Daging dhoh dimakan secara goreng atau gulai. Untuk tujuan perubatan dan pelbagai kegunaan, daging dhob diproses menjadi minyak dhab.

Minyak Dhab adalah minyak yang terkenal sejak berkurun lama. Ia digunakan secara meluas oleh masyarakat Arab. Antara khasiat diperkatakan ialah berkesan meningkat tenaga kelakian supaya kuat dan bertenaga.

Selain itu minyak ini digunakan untuk mengubati penyakit lenguh-lenguh sendi, lumpuh, urutan stroke, sakit pinggang dan masaalah urat dan sendi serta kesan luka kemalangan atau pembedahan.

Selain dijadikan minyak, daging dhod juga diproses menjadi kapsul. Ia sesuai diamalkan untuk merawat penyakit kronik seperti seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kolestrol, gout, asthma dan alahan tubuh, selain meningkatkan tenaga lelaki. 


No comments:

Post a Comment