Tuesday 19 February 2019

HARAM SOROK BARANG


Kegiatan memonopoli dan menyorok sesuatu barangan (ikhtikar), terutama barang makanan tidak dibenarkan dalam Islam. Rasulullah bersabda : "Hanya orang berdosa yang melakukan kegiatan ikhtikari." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dam Ibn Majah). 

Perbuatan itu dilakukan peniaga bertujuan untuk mendapat untung yang lebih tinggi. Mereka mengawal pasaran dan pembeli tidak mempunyai pilihan melainkan membeli barang keperluan dengan harga yang tinggi. 

Begitu juga kegiatan orang tengah yang mengambil kesempatan dalam urusan pemasaran sesuatu barangan, termasuk barang makanan.

Oleh itu, Islam melarang urus niaga yang dinamakan talaqa al-Rukban iaitu kegiatan menemui pengeluar barangan, termasuk petani di luar pekan dan membeli barangan mereka sebelum sampai ke bandar atau pekan dan mengetahui harga pasaran sebenar.


No comments:

Post a Comment