Tuesday 12 February 2019

JENIS DOSA TIDAK DIAMPUN

Dosa mengumpat bukan saja besar, tetapi antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Perkara ini sepatutnya menyebabkan kita berfikir banyak kali jika ingin mengumpat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang diumpat. Maknanya, Allah SWT menerima taubat dosa mengumpat bergantung kepada kesediaan orang diumpat mengampunkan perbuatan itu.

Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. 

Jadi, orang soleh yang terlanjur mengumpat akan kekal menanggung dosa itu sehingga ke akhirat biarpun dia telah berulang kali bertaubat. Sedangkan dosa-dosa lain boleh terhapus melalui taubat.   

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Dunya dan Ibnu Habban)

No comments:

Post a Comment