Sunday 28 April 2019

CONTOH TERBAIK SJKC YUK TZE TUMPAT


Perpaduan kaum subur di Kelantan. Berlainan agama dan bangsa tidak memisahkan mereka dalam kehidupan seharian. Perasaan kasih sayang dan saling menghormati menjadi teras kepada hubungan dalam masyarakat.

Gambar di atas adalah majlis sembahyang hajat sempena siapnya pembinaan dewan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze, Tumpat.

Bangunan tambahan ini dibina dengan bantuan kerajaan Pusat pada zaman pemerintahan BN dan sumbangan orang ramai.

Bermula dari permulaan perletakan batu asas sehingga bangunan ini siap, semua kaum bersatu untuk menyiapkannya. Derma dan sumbangan dibuat oleh semua kaum.

Untuk melancarkan proses pembinaan, semua agama melakukan kaedah masing-masing untuk memohon kepada Yang Maha Esa agar ia berjalan lancar dan selamat dari sebarang bala.

Ketika penganut sesuatu agama melakukan amalan mereka, penganut agama lain turut hadir. Mereka saling menghormati dan tidak sekali-kali timbul perasaan prejudis terhadap amalan agama lain.

Semoga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah diri sebagai warganegara yang menghormati Rukun Negara.

Friday 26 April 2019

ORANGE FIBER XTRA V ASIA KAYA SERAT VITAMIN C

Orange Fiber Xtra V’Asia adalah campuran pati oren dengan psyllium husk yang dirumus khas dengan serat fiber, kolagen dan vitamin C.

KEBAIKAN ORANGE FIBER XTRA V’ASIA:
- Untuk memiliki berat ideal
- Mengekalkan kecantikan kulit.
- Dapat dilihat dan dirasai seawal 4-8 jam dimana lebihan lemak, lendir dan minyak akan disingkirkan dari badan
- Disyorkan untuk berat lebih dari 70kg.
- Menurunkan berat badan dengan membakar lemak
- Membantu mengatasi masalah perut buncit
- Memberi rasa kenyang
- Merangsang sistem penghadaman serta mempermudahkan sistem pelawasan
- Meningkatkan kadar metabolisme
- Mengawal paras kolestrol
- Membuang lebihan angin
- Mengurangkan kesan stretchmark
- Antioksida yang membantu mengekalkan kecantikan, kelembapan dan keanjalan kulit.

Cara penggunaan:
- Campurkan kandungan ke dalam suku cawan air suam
- Kacau sehingga larut
- Tambahkan dengan air biasa atau sejuk.
- Minum dengan segera.

SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC

Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic mengandungi khasiat air mawar, susu dan beras. Ianya membantu untuk membersihkan kulit wajah dengan mendalam dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. 
 
Mampu membersihkan kulit sehingga ke dalam dengan partikel nano, ianya mampu mengatasi masalah jerawat, jeragat, kulit gelap dan berminyak.

KEBAIKAN SABUN PEMBERSIH MUKA DEEJA COSMETIC:
- Membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah.
- Mengatasi lebam bawah mata.
- Memberi kesegaran berpanjangan kepada muka kita.
- Merawat masalah berjeragat.
- Merawat kulit kusam
- Memulihkan masalah tona kulit tidak sekata.
- Merawat masalah berparut.

Cara Pengunaan Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic:
- Gunakan 2 hari sekali
- Lepas cuci muka dan bilas dengan air.
- Satu buku sabun ni boleh potong dua.
- Guna dulu sebelah.
- Selebihnya boleh simpan. 
- Sabun ni guna air sikit dah berbuih banyak.

Thursday 25 April 2019

Khasiat Pearl White Pinky Plus Jamu Jelita

Pearl White Pinky Plus Jamu Jelita merupakan formulasi istimewa yang menggabungkan khasiat kolagen bersama adunan buah-buahan seperti sel stem epal, goji, maquiberi dan acerola yang dapat membantu anda memiliki kulit yang tampil lebih cerah, anjal, mulus dan menawan sekaligus membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.

KHASIAT PEARL WHITE PINKY PLUS JAMU JELITA:
- Menjadikan anda tampil lebih anggun dan awet muda dari dalam
- Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
- Mencerahkan kulit wajah dan seluruh tubuh badan
- Mengatasi masalah pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata
- Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
- Mengatasi masalah kulit kering, kasar dan kusam
- Memudarkan kesan parut
- Membantu mempercepatkan pemulihan luka
- Mengecilkan liang pori agar kulit anda tampil lebih halus dan sempurna
- Mengatasi masalah radang, jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam serta kesan rekahan
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran ultraviolet (UV)
- Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh
- Menguatkan tulang dan otot.
- Boleh diamalkan seisi keluarga, ibu hamil menyusui bayi

CARA PENGAMBILAN PEARL WHITE PINKY PLUS JAMU JELITA:
- Campurkan 1 sudu Pearl White Pinky Plus bersama 150 ml air.
- Kacau dengan sudu atau goncang menggunakan shaker yang disediakan.
- Amalkan 15 minit sebelum sarapan pagi dan waktu tidur.

BERCAKAP DENGAN MONYET SELAMAT HASIL KEBUN

Bercakap dengan monyet. Gila apa ni? Itu anggapan kebanyakan orang jika dikatakan ingin bercakap dengan monyet. Sebenarnya, jika kita fahami erti hubungan manusia dengan hidupan lain, perkara itu tidak termasuk dalam perbuatan gila.

Kita sering melihat orang bercakap dengan kucing dan binatang peliharan lain. Mengapa tidak pula dikatakan gila. Memang binatang tidak akan memahami bahasa percakapan manusia. Seperti mana manusia tidak faham bahasa komunikasi haiwan.

Namun, tidak dapat dinafikan bagaimana manusia boleh berkomunikasi dengan haiwan, bahkan juga dengan tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan yang dijaga dengan baik dan 'dibelai' dengan 'kasih sayang' akan mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding pokok lain.

Kembali soal bercakap dengan monyet. Monyet hidupan liar yang sering mendatangkan masalah kepada pengusaha buah-buahan. Tentu sekali pekebun berputih mata jika hasil kebun yang bernilai tinggi tidak dapat dipetik dan dijual seperti yang diharapkan.    

Contohnya, masalah serangan monyet dan kera menjadikan pemilik kebun harum manis di Perlis menahan sebak dalam hati. Walaupun sudah dapat menerima takdir ini, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

Siapa yang tidak rasa sedih, kalau balut buah 500 biji, cuma tinggal tidak sampai 20 biji yang tersisa. Monyet bukan makan sangat pun, gigit sikit-sikit dan buang.

Pelbagai cara telah digunakan untuk menghalau mereka namun tidak berjaya. Tembak sudah, racunpun sudah. Hemmmm..kesian pulak rasanya.

Jika kita buat musuh dengan haiwan, lagi mereka akan membuat hal. Mereka akan melawan dan membuat sesuatu yang kita benci itu. Haiwan juga ada perasaan dendam dan membenci. Dendam haiwan lagi teruk berbanding manusia kerana mereka tidak takut mati.

Jadi, apa kata guna cari komunikasi dengan monyet. Bercakap dan memujuk monyet agar tidak melakukan apa yang merugikan kita. Berikan juga mereka merasai apa yang sepatutnya.

Cuba bercakap dengan monyet begini: "Hai monyet, kau jangan kacau kebun aku ni. Kalau kau nak, kau minta. Ada bahagian rezeki kau yang aku boleh kongsikan".

Sediakan sedikit makanan atau buah-buahan untuk mereka. Gunakan sikap lebih tolerasi dan mesra dengan haiwan.

Semoga cara ini berjaya.

SHAMPOO SUPER LEBAT BERHERBA DHERBS

Shampoo Super Lebat Berherba D'Herbs dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, khusus bagi masalah rambut bercabang, kering, gugur dan kelemur dapat diatasi.

Untuk lebih kesan berganda gunakan bersama Super Lebat Cream untuk kekal hitam,gelap dan harum.

Sesuai untuk semua jenis rambut kering, normal dan berminyak dan boleh digunakan oleh lelaki atau pun perempuan.

KEBAIKAN SHAMPOO SUPER LEBAT BERHERBA D’HERBS:
- Mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman
- Digunakan sebagai shampoo harian
- Membekalkan oksigen kepada rambut untuk pertumbuhan dan menguatkan akar.
- Mengatasi masalah gugur, beruban dan kelemumur
- Melebatkan rambut
- Mengatasi rambut bercabang.
- Menyegarkan kulit kepala.  

KANDUNGAN SHAMPOO SUPER LEBAT BERHERBA D’HERBS:
- Extract of hisbicus
- Virgin coconut
- Oil Oive oil
- Spirulina
- Mengkudu
- Vitamin dan mineral
- Citrus hystrix
- Delonized

Kandungan: 180ml


KRIM SUPER LEBAT DHERBS.

Masalah rambut gugur dan mudah putus serta kelihatan tidak menarik? Anda perlukan krim rambut yang benar-benar berkesan mengatasi masalah rambut yang merungsingkan anda selama ini?

Cubalah, Krim Super Lebat Dherbs. Peluang untuk anda mengubah imej dan keyakinan diri.

Krim Super Lebat Dherbs mampu mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman. Ia sesuai dijadikan sebagai krim harian rambut. Fungsi Krim Super Lebat Dherbs membekalkan oksigen yang mencukupi kepada akar-akar rambut untuk melahirkan rambut yang sihat.

Krim Super Lebat Dherbs digunakan untuk menguatkan akar rambut agar tidak mudah putus. Selain itu, Krim Super Lebat Dherbs mampu mengatasi masalah rambut gugur.

Lebih menarik lagi, Krim Super Lebat Dherbs juga dapat melambatkan rambut hitam bertukar jadi uban, mengatasi kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Kesannya dapat dilihat seawal 7 hari. Istimewanya super lebat bukan sahaja dapat melebatkan rambut malah dapat melebatkan janggut, misai, kening dan bulu dada.

Krim Super Lebat Dherbs dirumus khas daripada herba Melayu turun temurun yang diperkaya dengan vitamin dan protien untuk penjagaan rambut agar kekal cantik dan sihat. Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.

Cara penggunaan:
- Sapukan krim super lebat dan urut diserata kulit kepala.
- Guna 1 - 2 kali sehari selepas mandi.



JAMBU AIR BERSAIZ KECIL

Jambu air atau di Kelantan lebih dikenali jambu nawar. Jambu nawar memang banyak jenis, sama juga dengan banyaknya jenis atau varieti jambu batu.

Salah satu varieti jambu nawar yang ada ialah jenis kecil berwarna merah. Penulis tidak pasti namanya, tetapi ada yang memanggilnya jambu air kancing atau jambu nawar kancing. Nama kacing digunakan mungkin kerana bentuknya berupa seperti kancing baju perempuan.

Kali pertama penulis melihat dan makan buah jambu nawar kancing, yang juga dipanggil jambu nawar kecil ini ialah sekitar tahun 1984. Ukuran buahnya lebih kecil berbanding kebanyakan varieti jambu air lain.

Masa itu, ayah penulis ada menanam anak pokok itu yang diberikan anak benih tut oleh kawannya. Rasanya pada masa itu jambu nawar jenis ini belum banyak lagi.

Pokok jambu nawar yang ditanam ayah penulis cepat berbuah, kira-kira setahun setelah ditanam. Mungkin kerana menggunakan anak tut. Pokoknya terus membesar, namun paling tinggipun sekitar lima meter sahaja.

Pokok nawar kancing atau kecil ini memang lebat berbuah. Buahnya boleh dikongsi atau diagih-agihkan kepada jiran. Ia tidak ada musim. Dalam setahun berbuah beberapa kali.

Rasa buahnya masam manis. Memang sedap dimakan terus atau dicicih dangan perisa seperti cuka, kicap dan sebagainya.

Pokok asal yang ditanam oleh ayah penulis telah ditebang. Namun bakanya masa masih ada dipindahkan di tempat lain. Malah, seorang adik penulis yang bertugas di Sabah ada membawa baka ini ditanam di rumahnya di Ranau, Sabah.

SUNAT BERBOHONG?

Benarkah ada ‘bohong sunat’ sepertimana istilah yang biasa digunakan di kalangan khalayak. Bohong sama erti dengan tipu atau menipu. Ramai orang mengaku dirinya berbohong atas dasar ia sunat untuk mendapat kebaikan atau mengelak daripada sesuatu yang buruk. 

Konsep bohong sunat hampir sama dilakukan oleh penganut fahaman Syiah yang disebut Taqiyah, iaitu menyembunyikan sesuatu untuk menyelamatkan sesuatu perkara. Di kalangan Syiah, amalan bohong menjadi satu perkara yang dianggap mendatangkan pahala.  

Dalam fahaman Ahli Sunah Waljamaah, tidak ada konsep bohong sunat. Bohong atau dalam bahasa Arab disebut al-kazib amat ditegah sama sekali. Berbohong adalah perbuatan dosa besar yang disebut dalam hadis sebagai salah satu perbuatan orang munafik. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tanda-tanda seseorang munafik itu adalah tiga perkara iaitu apabila berjanji tidak ditunaikan, apa bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianati.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Munafik bermakna tidak sepenuhnya beriman kepada Allah. Orang munafik mengaku beriman, tetapi tidak dengan sesungguhnya.  

Manakala itu firman Allah bermaksud: “Bahawa orang-orang yang suka melakukan pembohongan adalah orang tidak beriman kepada Allah, mereka itulah pendusta.” - (Surah an-Nahl, ayat 105). 

Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis, jelas sekali berbohong amat ditegah. Jadi, tidak benar jika dikatakan ada bohong sunat. Jangan sebut bohong sunat atas alasan untuk membenarkan berbohong.

Jika ada bohong sunat, bermakna sesiapa berbohong akan mendapat pahala. Maksud sunat adalah sesuatu yang jika dilakukan akan mendapat pahala lebih berbanding perbuatan harus lain. Maknanya ia perbuatan yang dituntut.

Jika, ada bohong sunat, maka akan berleluasalah perbuatan bohong. Masing-masing akan berbohong atas alasan mengaku melakukan perbuatan sunat untuk mendapat pahala. Jika perbuatan bohong berlaku secara berleluasa, maka akan hancur hidup bermasyarakat. Tiada lagi sikap saling mempercayai dan keikhlasan. Tiada akan lahir lagi kesetiaan dan perkataan yang boleh dipercayai.

Betapa buruknya kesan perbuatan berbohong. Jadi, jangan lagi ada orang mengatakan dia melakukan tipu atau bohong sunat. 

Tuesday 23 April 2019

APA MAKSUD CINA BUTA

Apa maksud cina buta? Siapa jadi atau dianggap cina buta? Cina buta adalah lelaki yang berkahwin dengan janda atau isteri yang diceraikan suami dengan talak tiga. 
 
Perkahwinan itu hanya untuk tempoh singkat atau ditetapkan masa. Juga dipanggil nikah kontrak atau nikah muhallil.

Mengapa perlu ada cina buta atau dibuat perkahwinan cara cina buta?

Mengikut hukum syarak, suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semua dengan bekas isterinya. 
 
Bagaimanpun, tegahan itu terbatal jika setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan kemudian mereka bercerai atau suami meninggal. Satu lagi syarat ialah bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya dan telah tamat edah perceraian dengan suami baru.

Untuk melunaskan kehendak hukum agama itu, maka wujudlah apa yang dinamakan cina buta atau di Indonesia dikenali sebagai “Chindor Buta”. 
 
Cina buta diupah untuk menjadi suami sementara dan melakukan syarat ditetapkan oleh syarak itu bersetubuh dengan isteri dan kemudianya menceraikan bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. 

Memandangkan bukan mudah untuk mencari lelaki yang sanggup menjadi cina buta, tambah lagi dalam keadaan terdesak, maka ada individu yang menjadikan cina buta sebagai satu kerjaya.

Mereka menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di kalangan ulama berkaitan dengan cina buta. Mereka membahaskan sama ada nikah cina buta itu sah atau sebaliknya. Jika tidak sah, maka implikasinya ialah persetubuhan pasangan bercina buta itu adalah haram.  

Begitu juga perkahwinan dengan bekas suami juga tidak sah kerana tidak menepati peraturan atau syarat bahawa bekas isteri itu perlu kahwin dan bersetubuh dengan suami barunya.

Cara terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam melafazkan talak. Perkara itu bukan boleh dibuat main. 

NOUR AIN FACIAL TONER


Fungsi toner adalah untuk membersihkan kulit wajah dan ianya dapat meresap jauh ke dalam epidermis kulit, menutupkan kembali pori-pori kulit dan mengembalikan kelembapan kulit wajah.

Nour Ain Facial Toner dirumus untuk membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegarkan dan menghaluskan kuit wajah.

Nour Ain Facial Toner juga dirumus untuk menutup kembali liang pori dan mendinginkan kulit wajah.

CARA PENGGUNAAN NOUR AIN FACIAL TONER:
- Bersih muka dengan Nour Ain Beauty Soap.
- Semburkan toner pada keseluruhan kulit wajah.
- Ratakan dengan kapas muka sebelum penggunaan Night cream (malam) ataupun UV Foundation (siang)

KANDUNGAN: R.O Water, Propylene Glycol, Algae Extract,  Cucumber, Aloe Extract


Serbuk arang gigi Dherbs

Penjagaan gigi amat penting. Semua orang inginkan gigi yang putih, bersih dan sihat. Gigi menjadi aset penting penyeri wajah. Orang lain pasti akan ternampak gigi kita ketika bercakap atau senyum. Amat memalukan jika gigi yang dilihat orang dalam keadaan kuning, berkarat atau rosak. Antara produk pembersih dan pemutih gigi ialah Serbuk Arang Gigi Dherbs.

KEBAIKAN SERBUK ARANG GIGI DHERBS:
- Memutihkan gigi.
- Mmencegah pembiakan bakteria dalam mulut dan gusi.
- Menanggalkan plak @ karat gigi.
- Menyegarkan nafas.
- Mencegah masalah kaviti.
- Meneutralkan bau nafas.
- Membuang kotoran di celahan gigi

Cara penggunaan:
- Letakkan sebuk arang pada berus gigi yang bersih dan lembap
- Berus gigi sehingga bersih
- Berkumur sehingga bersih
- Untuk kesan yang lebih baik, gunakan dua kali sehari.

SERBUK ARANG GIGI YUSMIRA


Penjagaan gigi amat penting. Semua orang inginkan gigi yang putih, bersih dan sihat. Gigi menjadi aset penting penyeri wajah. Orang lain pasti akan ternampak gigi kita ketika bercakap atau senyum. Amat memalukan jika gigi yang dilihat orang dalam keadaan kuning, berkarat atau rosak. Antara produk pembersih dan pemutih gigi ialah Serbuk Arang Gigi Yusmira.

Cara penggunaan:
- Letakkan sebuk arang pada berus gigi yang bersih dan lembap
- Berus gigi sehingga bersih
- Berkumur sehingga bersih
- Untuk kesan yang lebih baik, gunakan dua kali sehari. 


GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D'HERBS


Gel Mandian Aura 7 Bunga menghimpunkan 7 jenis bunga-bungaan seperti orkid, bunga raya, bunga matahari, kenanga, melati, lavender dan bunga mawar yang bukan sahaja mampu memelihara kehalusan dan keremajaan kulit, malah mampu membangkitkan aura positif di dalam diri anda serta memberikan keharuman dan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan anda.

KEBAIKAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D'HERBS:
- Menyingkirkan kesan kotoran dan sel kulit mati
- Membantu menyegarkan lagi tubuh badan anda
- Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
- Mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda
- Mengatasi masalah pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata
- Mengurangkan kesan parut, jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan regangan
- Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
- Mengecilkan liang pori
- Membantu meredakan masalah radang
- Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
- Membangkitkan aura positif dan keyakinan di dalam diri anda
- Membantu meredakan tekanan
- Mengharumkan tubuh badan anda sepanjang hari

KANDUNGAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA:
- Aloe Vera
- Minyak Kelapa
- Daun Pudina
- Bunga Matahari
- Bunga Raya
- Mawar
- Melati (Jasmine)
- Orkid 9
- Lavender
- Kenanga

CARA PENGGUNAAN GEL MANDIAN AURA 7 BUNGA D'HERBS :
- Buihkan sedikit Gel Mandian Aura 7 Bunga pada tapak tangan.
- Sapu dan gosokkan pada seluruh tubuh badan.
- Bilas sehingga bersih.
- Gunakan 2 kali sehari untuk kesegaran yang berpanjangan.



Monday 22 April 2019

KRIM JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK

Krim Jambang & Rambut Wak Doyok bukan sahaja dapat melebatkan jambang, malah, ia juga mampu melebatkan bulu di bahagian kening, rambut, misai, janggut, bulu dada, ketiak dan juga beberapa bahagian lain.

Krim ini bukan sahaja untuk lelaki, perempuan pun boleh pakai krim ini dan seeloknya dipakai pagi dan malam.

Dihasilkan di GMP (Good Manufacture Product) untuk menjaga penghasilan produk yang bermutu.  Produk ini telah memasuki pasaran antarabangsa.

KELEBIHAN KRIM JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK:
- Membantu penumbuhan bulu di wajah
- Boleh digunakan di kening
- Mewangikan jambang dan janggut
- Melembutkan jambang dan janggut
- Mengelakkan kegatalan pada wajah
- Dihasilkan dari ramuan terpilih rahsia turun temurun Embah Lanang

KANDUNGAN JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK
-  Air
- Minyak Zaitun
- Minyak Kelapa (Cocos Nucifera)
- Bunga Raya (Hibiscus Rosa-Sinensis)
- Pewangi
- Triethanolamine
- Spirulina Maxima
- Mentho
- Asid Stearik
- Noni (Morinda Citrifolia
- Habbatus Sauda (Nigela Sativa)
- Biji Betik (Carica Papaya)
- Buah Keras (Aleurites Moluccana)

KEISTIMEWAAN KRIM JAMBANG & RAMBUT WAK DOYOK
- Ini krim dan bukan minyak
- Krim ini sangat wangi
- Krim ini sangat sejuk
- Krim ini tidak melekit

CARA PENGGUNAAN
- Sapu di tempat yang hendak dilebatkan sebanyak 2 kali sehari.

Saiz : 75ML

Sunday 21 April 2019

MANUSIA TERTINGGI DI MALAYSIA

Lelaki berasal dari Raancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 3, Gua Musang, Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar (lahir 1994) yang berketinggian 220 sentimeter (7 kaki 2 inci), disahkah sebagai lelaki tertinggi di Malaysia.

Pengiktirafan beliau sebagai manusia tertinggi di Malaysia disahkan oleh Malaysia Book Of Records dan telah menerima sijil pengesahan tersebut pada 2012.

Azli mengakui dia sentiasa menarik perhatian orang ramai sejak zaman sekolah lagi kerana ketinggiannya luar biasa daripada remaja seusianya.  

Malah kini beliau terus menarik perhatian orang ramai, dan kebanyakan orang menemuinya akan mengajak bergambar. Dan setiap individu yang bergambar dengannya akan kelihatan 'pendek'.

Lihat sahaja orang yang bergambar dengannya yang berketinggian 172 sentimeter yang tergolongan tinggi, kelihatan rendah apabila bergambar dengan Azli.

Menurut Azli, keperluan pakaian dan kasutnya perlu ditempah dengan tukang jahit. Biarpun bajunya bersaiz 4XL, tetapi perlu labuh. Saiz kasutnya pula ialah 16.

Dia sebenarnya seperti manusia normal lain, tetapi keperluan harianya berbeza dengan orang lain. 

Azli menghidapi masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung. Pergerakannya semakin terbatas berikutan masalah tulang belakang melengkung sejak berusia 14 tahun.

ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI WANITA SET 3


One Drop Perfume adalah minyak wangi tanpa alkohol yang paling diminati ramai. Menariknya, setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 
 
Beli satu set dapat lapan botol. Bau wangian yang tahan lama. Guna tanpa ragu-ragu. 

Harga murah tetapi berkualiti. 

ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI WANITA SET 4


One Drop Perfume adalah minyak wangi tanpa alkohol yang paling diminati ramai. 
 
Menariknya, setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 

Beli satu set dapat lapan botol. Bau wangian yang tahan lama. Guna tanpa ragu-ragu. 

Harga murah tetapi berkualiti. 

ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI WANITA SET 2

One Drop Perfume adalah minyak wangi tanpa alkohol yang paling diminati ramai. Menariknya, setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 
 
Beli satu set dapat lapan botol. Bau wangian yang tahan lama. Guna tanpa ragu-ragu. 

Harga murah tetapi berkualiti.