Friday 31 May 2019

Pasar Tok Guru Pengkalan Chepa

Pasar Pengkalan Chepa kini menjadi mercu tanda baru di Cabang Tiga Pengkalan Chepa setelah siap dibina dan beroperasi sejak 01 September 2018.

Pasar Pengkalan Chepa yang baharu dibina bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak mampu menampung bilangan peniaga yang beroperasi di bangunan tersebut.

Pasar Pengkalan Chepa yang baharu kini dikenali Pasar Tok Guru, sesuai dengan kedudukannya di Jalan Tok Guru yang dahulunya dikenali Jalan Pengkalan Chepa.

Pasar Tok Guru menjadi lokasi peniaga menjual keperluan harian seperti sayur, ikan, daging dan bahan kering lain.

Pembinaan Pasar Tok Guru dua tingkat itu memberi keselesaan dan peluang yang lebih luas kepada peniaga yang berniaga di situ. Selain itu, pembeli juga mendapat keselesaan membeli belah di situ.


PLURALISME AGAMA YANG MAKIN MEMBARAH


Serangan pemikiran bertali arus semakin senang dilakukan musuh Islam apabila orang Islam sendiri menyokong tindakan mereka. Musuh Islam mendapat pertolongan dari orang Islam liberal yang telah terpesong pemikiran mereka dari landasan Islam sebenar.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berlapang dada dengan penyelewengan ini. Antara cabaran yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai keadaan.

Seperti bala sedang menghempap tanah leluhur apabila fahaman neo muktazilah, Islam Inklusif atau Islam liberal sedang merayap dan mengukuhkan akarnya.

Pluralisme agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang antara kaum adalah racun yang membunuh akidah. Simptom ini makin mencolek mata dan nurani kita semua yang beriman.

Berdoa beramai-ramai dengan pelbagai fahaman agama diperkuburan bukan Islam, berbuka puasa di rumah sembahan bukan Islam, kongsi raya bahkan meletakkan semua agama menuju ke arah syurga dan semua agama menuju ke arah kebenaran adalah fahaman jamak agama yang membaham kemuliaan Islam.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka.

Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Lelaki hentak cermin kereta dipenjara 12 bulan

Tindakan seorang penunggang motosikal yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta sehingga retak menerima padah apabila  Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan kepadanya.

Hukuman tersebut dijatuhkan kepada Danial Abdullah Tan, 31, berikutan tindakannya yang berlaku di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan pada 28 Mei. Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman tersebut bermula semalam, iaitu pada tarikh dia ditangkap.

Dia dijatuhi hukuman atas kesalahan melakukan khianat. Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman tersebut selepas pesalah mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Danial didakwa melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58, dengan cara mengetuk menggunakan topi keledar di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, pada 5.30 petang 28 Mei lepas.

Dia dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Apabila disoal atas tujuan apa yang menyebabkan tertuduh melakukan perbuatan tersebut, lelaki tersebut memaklumkan dia bertindak sedemikian selepas motosikalnya dihimpit dan hampir dilanggar.

Danial: Sebab itu saya himpit kereta dia (mangsa) untuk berbicara tapi dia tunjuk jari pada saya. Tindakannya itu menyebabkan saya terus bertindak bodoh dengan menghentak cermin keretanya.

Tindakan tertuduh telah dirakam oleh mangsa menggunakan kamera ‘dashcam’ dan rakaman tersebut telah tular di laman sosial sejak Rabu lepas. Kesan daripada itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

Sumber: BERNAMA

Kerabu kulat gelam cicih air asam


Kulat gelam atau cendawan gelam adalah sejenis cendawan yang tumbuh selepas hujan di tanah beris atau berpasir di kawasan pokok gelam. Kulat gelam tumbuh sendiri secara meliar. Biasanya ia akan tumbuh di tempat sama pada setiap musim.

Musim cendawan gelam bukan setiap kali selepas hujan, tetapi musim hujan selepas kemarau atau musim panas. Kalau hujan musim tengkujuh memang tidak terdapat kulat gelam.

Rasa kulat gelam sedikit kelat pahit. Sebab itu, kulat gelam selalu dijadikan kerabu atau dicicah bersama air asam. Peminat kulat gelam pasti tidak melepas peluang untuk mencarinya apabila tiba musimnya.

Selain itu, kulat gelam ada dijual di pasar sama ada yang mentah atau telah direbus.

Resepi kerabu kulat gelam boleh ikut citarasa masing-masing. Yang penting sedap dan habis tidak berbaki. 

Begitu juga buat air asam boleh ikut cara tersendiri. Tidak ada cara atau resepi khusus. 

Selamat menikmati kulat gelam yang pasti sekali cuba hendak lagi. 

AK 16 - PENCINTA AIR KARAT

Kisah air karat dan berkelodak di Kelantan tidak pernah sunyi. Namun, bagi pentaksub parti pemerintah Kelantan, mereka kata itu hanya fitnah dan sengaja diadakan untuk memperlihatkan keburukan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Hari ini ambo salin dan tampal cerita dari wall FB seorang yang dahulunya pentaksub parti pemerintah Kelantan, kini bertukar parti yang berlawan dengan bekas parti yang pernah beliau berjuang habis-habisan mempertahankannya.

Posting di wall beliau bertajuk: SEMUA PENCINTA AIR KARAT DIPERSILAKAN SCRENSHOOT DAN SEBAR

Ni kisah Air terkini.. Rumoh saing ambo sendiri... Lokasi Kadok.. Kalau hak mana kata ambo fitnah, cakap bila.. . Jam berapa kita pergi rumah dia.. Tak jauh Kadok jah.. Dalam parlimen ketereh.. Negeri kelantan. ...

Jangan bacul, messenger ambo segera, kita gi ramai2 terutama Pemuda Pas Kelantan dan gamuda dun pasir tumboh dan semua pencinta air karat kelantan... Mulai hari ini ambo akan bongkarkan cerita air karat kelantan...

Walaupun ada Alat Penapis, ia ada 2 Saluran, iaitu saluran direct dr Paip Air Kelantan, dan 1 lg Saluran yg melalui penapis.

Setiap hari selama setengah jam terpaksa dibuka Saluran direct baru boleh guna saluran penapis utk pastikan air bleh bersihkan.. Kalu lalu penapis dgn kualiti air hitam gini, x sampai sebulan kena tukar Pasir Penapis..

Tuan rumah ni terpaksa mencuci setiap hari dan x sampai Setahun kena tukar alat penapis dalam tangki penapis tu.

Bila cuci, Bil Air menjadi Tinggi disebabkan kena buka Lebih Setengah Jam barulah air jadi bersih utk salur ke dalam rumah.
Bil Air Tinggi weh kalu hari2 kena cuci dahulu...

Thursday 30 May 2019

TUGAS AGIH ZAKAT DISERAH KEPADA BUKAN ISLAM


Hukumnya harus bagi orang bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf. Ini kerana tiada nas yang menjelaskan haram perbuatan itu dilakukan. Mengikut hukum fikah, semua perkara adalah harus, melainkan ada nas mengatakan sebaliknya.

Justeru, dari sudut feqah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.

Ini hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kaffarah.

Ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat badaniyah) seperti solat dan puasa, tidak harus diwakilkan kepada orang lain.

Persoalan yang timbul ialah mengapa perlu urusan berkaitan orang Islam perlu diwakilkan kepada orang Islam. Tiadakah orang Islam yang boleh diwakilkan melakukan tugas menyerahkan zakat itu?

Persoalan ini nampak remah, tetapi jika dibiarkan berterusan, mempamerkan kelemahan orang Islam dalam urusan orang Islam sendiri. Ia menampakkan seperti tiada orang Islam lain yang mampu melakukan tugas mengagihkan zakat sehingga 'terpaksa' menggunakan khidmat orang bukan Islam.

Kalaupun, ada pemimpin di kalangan kafir yang ingin turut serta dalam program pengagihan zakat, cukuplah dia hadir bersama. Jika ada ingin menyerahkan milik diri sendiri atau sumbangan lain, maka itu baru sesuai diserahkan oleh pemimpin kafir yang dianggap satu 'keuntungan' politik untuk diraih.

Jika tujuan penyampaian itu untuk meraih keuntungan politik, mengapa tidak diberikan kepada pemimpin Islam untuk meraih atau mendapat perkara itu. Mengapa kita memberi peluang kepada pemimpin kafir untuk mendapatkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

DJ DAVE PELUK ISLAM SELEPAS RAKAM LAGU MENJELANG HARI RAYA

Penyanyi Datuk DJ Dave mengakui, lagu Menjelang Hari Raya yang mendapat sentuhan komposer S Atan menyimpan nostalgia yang tersendiri.

Beberapa bulan selepas merakamkan lagu itu, dia tertarik untuk memeluk Islam kerana terpesona dengan keistimewaan agama Islam.

Lagu itu memberi ilham, malah menjadi pendorong untuk Dave memeluk Islam. Dia bertuah mendapat sokongan keluarga angkat di Kampung Baru, selain bergaul dengan jiran untuk lebih mendalami agama Islam. 

DJ Dave ada nama glamor sebagai penyanyi. Nama asalnya Dhammi Jagjit a/l Sukhde, sebelum ditukar kepada Irwan Shah Abdullah apabila memeluk Islam. Beliau dilahirkan pada 14 Februari 1948

Kerjaya Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Pada tahun 1973, DJ Dave telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan. 

 

MENJELANG HARI RAYA

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa
Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba
Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa
Oh cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira
Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

 

 

Khasiat guarana baik untuk lelaki

 
Pokok guarana berasal di Lembah Amazon, Amerika Selatan. Biji guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. 
 
Ekstrak biji guarana digunakan dalam produk kesihatan, terutama untuk lelaki. Ia digunakan dalam bentuk kapsul, serbuk mahupun dicampur dalam produk minuman. Banyak kajian mendapati ia mampu menambahkan kesuburan lelaki. 
 
Pengambilan guarana ialah berkesan membersihkan saluran darah daripada plag kolestrol. 
 
Guarana terbukti sebagai pemberi tenaga. mencetuskan mekanisme badan untuk mengeluarkan tenaga dan menghindarkan rasa kepenatan. 
 
Untuk ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin. 
 
Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim. 
 
Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, bengkak dan lain-lain lagi. 
 
Guarana mempunyai kesan ke atas platlet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan. 
 
Radikal bebas dihasilkan dalam sistem saraf, sistem imun dan sistem aliran darah. Radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel. 
 
Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. 
 
Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optik yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain. 
 
Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit. 
 
Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alkohol, pengerasan hati, asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas. 
 
Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang plak berlemak melekat di saluran darah, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. 
 
Sistem penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut. 
 
Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari cepat tua. 
 
Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat. 
 
Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak. 
 
Unsur awet muda dalam guarana sangat hebat.  Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin. 
 
Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut. 
 
Guarana memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks. 
 
Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 

Dapatkan produk berasaskan guarana. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

Tuesday 28 May 2019

DAHLAN ZAINUDDIN MENINGGAL DUNIA

Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada puku 9.48 malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana diserang angin ahmar, Sabtu lalu.

Sekitar empat tahun lalu, beliau diserang strok kali pertama mengakibatkan lumpuh sebelah kiri. Serangan strok kali kedua pula di sebelah kanan. 

Kali pertama penyanyi itu diserang strok adalah pada 2016 ketika sedang berada di sebuah majlis berbuka puasa di Perlis.

Tahun sebelumnya, Allahyarham juga pernah dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor selama seminggu kerana jangkitan paru-paru.

Dahlan merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Beliau memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM pada tahun 1975.

Pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Selain menyanyi beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.

Tarikh berita - KUALA LUMPUR 28 Mei 2019