Friday 24 May 2019

AK 10: SEJARAH PENUBUHAN DAN KEGAGALAN

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70% (Thames Water) dalam KWSB.
KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.
Pada 29 April 1999, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli keseluruhan saham Thames Water PLC dalm KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB.
Penstrukturan semula AKSB telah dibuat pada Disember 2007 dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai syarikat induk kepada AKSB dan beberapa anak syarikat yang lain. Manakala KUM pula merupakan anak syarikat kepada PMBK.
Biarpun telah berlaku penstrukturan semula yang dianggap satu usaha untuk menambahbaik perkhidmatan, namun ia sekadar impian kosong. AKSB terus dibelenggu dengan masalah untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Isu air keruh dan berkarat, serta gangguan bekalan air tidak dapat dipisahkan dengan AKSB. Sebab itu AKSB digelarkan Air Keruh Sokmo Boh atau Air Karat Sendirian Berhad.

No comments:

Post a Comment