Thursday 23 May 2019

AK 5 - SELURUH TEMPAT MENGHADAPI GANGGUAN BEKALAN AIR


Setiap kali ambo kemas kini di media sosial masalah gangguan bekalan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) pasti ada yang dengan 'bangganya' memberi tahu di tempatnya tiada masalah air. Kononnya air memancut laju keluar dari paip. Tidak pernah menghadapi masalah gangguan air katanya.

Jika ambo kata AKSB GAGAL, lantas mereka membalas dengan mengatakan AKSB TIDAK GAGAL.

Namun, pada masa sama, banyak juga rakan media sosial yang berkongsi pengalaman dan keadaan masalah gangguan bekalan air di tempat mereka. Masalah ini berlaku di hampir setiap jajahan di Kelantan.

Ini salah satu contoh catatan di komen Facebook:

Ambo dh masuk 2 hari langsung xdok air. Sblm ni, air akan masuk dale tangki dale kul 3 pg. Cepat2 la tadoh, simpan, basuh baju & sebagainya. Lepah kul 6 pg meme air xdok doh. Kul 3 pg plk la air ado.

Xlamo lg kito smua nk sambut hari raya. Rama perantau & anok beranok akan balik Kelate xkiro oghe melayu, cina, india, siam & sebagainya sama2 ambik kesempatan cuti panje. Penggunaan skrg ni pn xleh nk tampung jumlah pengguna. Bayangkan cuti hari raya akan kita sambut.

Mitok tlg AKSB ambik tindakan drastik atasi mslh air yg sdh lama dialami rakyat Kelate. Tu x kecek pasal kualiti air lg sapa ambo ni klu baju warno putih meme trouma sokmo & x basuh doh di rumoh. Terpakso g dobi & harap2 kualiti air x mace di umoh. Loni nk bui ado jah dulu. Kualiti kito KIV kejap.

No comments:

Post a Comment