Saturday 31 August 2019

FIL MARSYAL ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau disebut Angkatan Tentera Persekutuan adalah organisasi yang berada terus di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Pemerintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Pangkat yang disandang baginda dalam ATM ialah Fil Marsyal (bahasa Inggeris Field Marshal). Fil Marsyal adalah pangkat tertinggi dalam angkatan tentera yang diamalkan di kebanyakan negara.

Di luar negara, Fil Marsyal adalah pangkat berdasarkan kepada kenaikan pangkat dari jeneral atau pegawai paling kanan dalam perkhidmatan.

Namun, dalam ATM pangkat Fil Marsyal adalah dikhususkan kepada individu yang menjawat gelaran Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM sepertimana peruntukan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.

Lambang pangkat bagi Fil Marsyal adalah lima 'bintang'. Dalam organisasi ATM, pegawai berpangkat jeneral yang memakai lambang pangkat empat 'bintang'.

KHASIAT POKOK BUNGA SEROJA

Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan, seroja juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun, hingga biji.

Tahukah anda yang akar seroja boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain? Bagi kebanyakan masyarakat Cina, sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi seroja, enak dinikmati ketika panas.

Bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi seroja melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan.

Dalam perubatan tradisional Cina, biji seroja yang rasanya manis dikatakan, dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf.

Air rebusan biji seroja lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan.

Dipercayai, biji seroja yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji seroja dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini. 

TANAM SEROJA ATAS TANAH

Pokok bunga seroja adalah tanaman yang hidupnya di air dan berkelembapan tinggi. Seroja biasanya sering terdapat di kolam atau tasik.

Tetapi tahukah anda, seroja juga boleh hidup di atas darat asalkan mendapat bekalan air yang mencukupi untuk tumbuh subur dan berbunga seperti yang tumbuh di dalam air.

Biarpun tumbuh di dalam air, akar seroja sebenarnya terbenam di dalam tanah atau lumpur. Seroja tidak sama dengan kiambang yang tumbuh terampung di atas permukaan air.

Sebab itu, seroja boleh hidup di atas tanah dan tetap subur asalkan mendapat bekalan baja dan air mencukupi.

Bunga seroja disukai kerana bunganya yang indah dengan warna yang cerah.

Selain dimanfaatkan sebagai tanaman hiasan, seroja juga memiliki khasiat sebagai ubat-ubatan. Bahagian tanaman yang boleh dijadikan sebagai ubat herba adalah hampir kesemua bahagiannya seperti akar, daun, hingga biji.

Tahukah anda yang akar seroja boleh dijadikan hidangan bersama lauk yang lain? Bagi kebanyakan masyarakat Cina, sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Antaranya ialah sup ubi seroja, enak dinikmati ketika panas.

Bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi seroja melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan.

Dalam perubatan tradisional Cina, biji seroja yang rasanya manis dikatakan, dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf.

Air rebusan biji seroja lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan.

Dipercayai, biji seroja yang mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji seroja dalam produk antipenuaan untuk kosmetik masa kini. 

KEMPEN MENYOKONG PRODUK MUSLIM


Kempen menyokong atau mengutamakan produk muslim bukan bermaksud mencipta perbalahan atau sengketa dengan kaum lain. Jadi, mengapa perlu ada mengatakan kempen itu bersifat perkauman dan ditegah oleh Islam?

Tentu sekali tidak salah untuk kita membantu sesama muslim. Bahkan, itulah yang digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya setiap muslim bersaudara dengan muslim yang lain.

Jadi, membantu sesama muslim yang menjadi tuntutan agama adalah lambang kepada keimanan seseorang.

Justeru, orang Islam perlu mengutamakan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh orang Islam. Bahkan menjadi fardu kifayah untuk orang Muslim menyediakan keperluan untuk orang Islam.

Kalau menyediakan keperluan halal untuk orang Muslim dikira fardu kifayah, maka fardu kifayah juga bagi orang Islam menyokong produk Islam bagi memastikan ia mampu bertahan di pasaran.

Di Malaysia, penganut Islam adalah yang terbesar. Jadi, kuasa beli umat Islam adalah besar.

Jika orang Islam membeli dan mengutamakan produk orang Islam, maka ia secara langsung akan meningkatkan ekonomi umat Islam.

Perniagaan adalah berkaitan permintaan dan penawaran. Jika orang Islam meningkatkan permintaan terhadap produk Muslim, orang Islam akan meningkatkan pengeluaran.

Peningkatan pengeluaran akan memberi peluang lebih banyak orang Islam terlibat dalam peringkat-peringkat yang berkaitan dengannya. Ia memberi peluang perkerjaan dan meningkatkan sosial ekonomi orang Islam.

Pengusaha Islam akan lebih berjaya dan berdaya saing. Keuntungan yang diperoleh akan meningkat. Pengusaha Islam akan mengeluarkan zakat apabila perniagaannya untung. Zakat itu pula pastinya dapat dimanfaatkan kepada orang Islam.

Jadi, jika ada mengaku orang Islam, utamakan produk dan perkhidmatan disediakan Muslim.

Friday 30 August 2019

LATA BEREMBUN RENGAT ULU CHEKA JERANTUT

Lata Berembun, Rengat Ulu Cheka, Jerantut merupakan antara lokasi amat sesuai untuk istirahat. Lata Berembun turut dikenali dengan Sungai Rengat menjadi destinasi pilihan mereka yang sukakan suasana damai dengan persekitaran hutan masih terpeliharan.

Selain destinasi rekreasi, Sungai Rengat menjadi satu sumber bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk kampung di kawasan tersebut.

Kawasan sesuai dijadikan sebagai kawasan tadahan air memandangkan  terdapatnya kolam tadahan air di bahagian hilir Sungai Rengat.

Pewartaan sebagai kawasan tadahan air penting bagi memastikan sumber air terjamin dan menjaga khazanah alam terutama hutan simpan untuk masa kini dan generasi akan datang.

Thursday 29 August 2019

KENAPA PERLU SOKONG PRODUK MUSLIM


Kempen utamakan produk dan perkhidmatan muslim perlu dipertingkatkan. Tindakan ini tiada kaitan dengan permusuhan antara agama. Sebaliknya, satu usaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam.

Tentu sekali tidak salah untuk kita membantu sesama muslim. Bahkan, itulah yang digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya setiap muslim bersaudara dengan muslim yang lain.

Justeru, orang Islam perlu mengutamakan produk dan perkhidamatan yang disediakan oleh orang Islam.

Di Malaysia, penganut Islam adalah yang terbesar. Jadi, kuaa beli umat Islam adalah besar.

Jika orang Islam membeli dan mengutamakan produk orang Islam, maka ia secara langsung akan meningkatkan ekonomi umat Islam.

Perniagaan adalah berkaitan permintaan dan penawaran. Jika orang Islam meningkatkan permintaan terhadap produk Muslim, orang Islam akan meningkatkan pengeluaran.

Peningkatan pengeluaran akan memberi peluang lebih banyak orang Islam terlibat dalam peringkat-peringkat yang berkaitan dengannya. Ia memberi peluang perkerjaan dan meningkatkan sosial ekonomi orang Islam.

Pengusaha Islam akan lebih berjaya dan berdaya saing. Keuntungan yang diperoleh akan meningkat. Pengusaha Islam akan mengeluarkan zakat apabila perniagaannya untung. Zakat itu pula pastinya dapat dimanfaatkan kepada orang Islam.

Jadi, utamakan produk dan perkhidmatan disediakan Muslim.

CARA TANAM UBI KELEDEK

Ubi keledek atau ubi setelo biasanya dibiakan atau ditanam menggunakan keratan batang. Namun, jika tidak keratan batang, boleh juga digunakan isi ubi keledek.

Cara ini mudah untuk kita tahu baka atau jenis ubi keledek yang bakal tumbuh dan mengeluarkan hasil nanti.

Cara semai keledek menggunakan ubi keledek:
- Potong ubi keledek anggaran 1-2 cm.
- Susun dalam bekas yang diisi tanah.
- Isikan selapis tanah untuk menutup keratan ubi keledek.
- Siram basahkan keseluruhan tanah.
- Letakkan di tempat teduh.
- Selepas 15 hari, anak keledek sudah boleh dipindahkan ke tapak penanaman.

Pokok keledek akan tumbuh menjalar. Pokok keledek memerlukan air untuk tumbuh segar terutama dua bulan pertama penanaman.

Masa kutipan hasil biasanya 3 - 5 bulan selepas menanam. Tanda kematangan ialah apabila daun bahagian bawah bertukar kekuningan dan beransur layu.

Tuesday 27 August 2019

KHASIAT BUNGA TELANG BANYAK KEGUNAAN

Bunga telang atau ada juga menyebut bunga talang. Pokok telang atau kacang telang termasuk jenis yang mendapat perhatian kerana khasiat dan kegunaan bunganya.

Bunga telang diguna kerana kandungan bahan antioksida yang tinggi. Bahan antioksida semula jadi dikenali bioflavonoids ini mampu membantu penyerapan vitamin C dengan lebih berkesan.

Sekiranya air rebusan bunga telang diminum ia dapat membantu membangkitkan kesegaran tubuh.

Jika dijadikan syampu rambut pula, ia dapat membantu membuka folikel rambut supaya pertumbuhannya lebih cepat sekali gus membantu melebatkan rambut. Rambut menjadi hitam berkilat. 

Air rendaman bunga telang untuk mengurangkan sakit-sakit ringan tertentu seperti sakit kepala dan deman.

Bunga dan pucuk telang biasa digunakan sebagai pewarna dalam makanan.

Di Kelantan, bunga telang digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Sebab itu pokok telang juga dikenali pokok nasi kerabu.

Pucuk telang digunakan untuk mewarnakan makanan atau kuih muih menjadi hijau. Ia amat sesuai menggantikan pewarna tiruan.

Pucuk telang boleh dijadikan sayur atau ulam. Kacang telang pula boleh dimasak dan dimakan kerana ia adalah jenis kekacang. 

Bunga telang kering juga boleh dijadikan teh biasa seperti teh chamomile yang popular di AS. Ia mampu memberi manfaat menenangkan.

Teh bunga telang juga berkhasiat untuk kesihatan mata atau mencerahkan penglihatan.

Ia digunakan dengan cara yang sama sebagai minuman selepas makan malam. Ia boleh disajikan secara panas atau sejuk dan biasanya dicampur dengan madu, halia, pudina atau buah markisa.

Selain minuman teh kosong, bunga yang telah dikeringkan juga sering digunakan dalam koktel untuk kelihatan lebih menarik.

Kelopak bunga telang turut digunakan untuk menghias salad, aiskrim dan sup menggantikan bunga orkid yang biasa digunakan di hotel mewah. 

Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Ketinggian pokok ini mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan.

Ia mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat sekiranya ditanam di tanah yang subur dan menerima cahaya matahari yang baik. 

Lazimnya pokok bunga telang ditanam menggunakan biji benih. Biji benihnya boleh didapati daripada ke kacang telang yang telah merekah.

TAYBAH MART PASAR PRODUK MUSLIM

Orang Islam mesti mengutamakan membeli di kedai milik Muslim. Begitu juga, pilihlah produk keluaran orang Islam. Tindakan itu bukan memulau atau memboikot kedai dan produk bukan Islam.

Mengutamakan tidak sama maksud dengan memulau atau memboikot. Mengutamakan bermaksud ketika membuat pilihan, kita memberi keutamaan atau yang pertama dipilih. Sedangkan memulau pula bermaksud langsung tidak memilih produk yang dipulau itu.

Satu rangkaian kedai atau mart yang perlu diutamakan oleh orang islam ialah Taybah Mart.

Taybah adalah merupakan satu model Halal Mart/Taybah Halal Barakah yang dibangunkan dan dilaksanakan untuk usahawan IKS dan pengilang yang mampu bersaing dengan mana-mana produk atau setarafnya bagi memasarkan produk usahawan.
Taybah Mart memberi ruang dan peluang kepada semua usahawan menempatkan produk mereka ke dalam rangkaian taybah seluruh Malaysia.

Taybah Mart menyediakan lebih 1000 produk keluaran Muslim yang mementingkan kualiti dan pastinya halal. Pelbagai produk Taybah seperti bihun, kicap, sos , cocomix, barli pandan, teh bunga dan air logan.

Selain itu tersedia di Taybah Mart ialah pelbagai frozen sejuk beku seperti karipap, keropok lekor, lamp chop, ayam organik, roti canai, roti keramat, samusak,fish ball, meat ball, chiken ball dan bebola ketam.

Di Taybah Mart juga terdapat jenis produk berasaskan susu kambing, susu unta, susu gastrol, ubatan herba, madu asli, kopi, susu bayi dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi. Kunjungi Taybah Mart sebagai tanda mengutamakan produk Muslim. Sokong dan utamakan bukan bermakna boikot.

Jika anda membeli produk Muslim dengan niat membantu sesama Islam dan mencari yang halal, maka itu dikira sebagai satu ibadah.

Produk keperluan dapat, pahala pun boleh. Hendak apa lagi?

Hendak tahu cawangan terdekat Taybah Mart di tempat anda, taip sahaja 'Taybah Mart' dan cari. Semoga ada mendapat maklumat mengenai lokasi yang sepatutnya menjadi pilihan orang Muslim berbelanja.

PANDUAN CARA IKAT MATA KAIL PANCING

Cara mengikat mata kail secara betul sering menjadi masalah kepada mereka yang tidak mahir atau baru berjinak-jinak dengan dunia memancing.

Di sini disertakan gambar-gambar yang berkaitan cara ikat mata kail pancing yang betul.

Semoga bermanfaat. 

Gambar sumber dari internet.





















KHASIAT BUAH DURIAN SAYUR

Mengapa dipanggil durian sayur? Agaknya kerana buah ini semasa muda boleh dibuat sayur. Kenapa dipanggil durian? Itu mudah untuk dibuat justifikasi. Dipanggil durian kerana buah ini ada duri biarpun lembut.

Nama lain durian sayur ialah durian belanda dan durian selat. Durian sayur juga dipanggil sirsak di kalangan penduduk Indonesia. Dalam bahasa Belanda durian sayur dipanggil zuurzak.

Pokok durian sayur merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Durian sayur kini menjadi buruan peminat kerana rasa yang unik di samping kaya dengan nilai perubatan. Durian sayur menjadi pembunuh semulajadi sel kanser yang hebat.

Banyak kajian di peringkat antarabangsa menemui keajaiban kuasa khasiat buah durian sayur membunuh sel kanser.

Selain membunuh sel kanser, buah durian sayur juga buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Jadi, elok ia dijadikan buah pilihan untuk dimakan. Rasanya sedap dan ada manfaat untuk kesihatan. Mencegah adalah lebih baik daripada berubat.

Sunday 25 August 2019

KEBAIKAN KHASIAT MINYAK SACHA INCHI

 
Pokok sacha inchi kaya khasiat. Nilai khasiatnyai telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dahulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik di dunia. 
 
Kini produk daripada sancha inci ini telah dikomersilkan sebagai pemakanan tambahan yang amat memberi kebaikan kepada kesihatan. 
 
Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. 
 
Sacha inchi mempunyai banyak khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya. 
 
Antara kandungan yang terdapat dalam scha inchi adalah omega-3 (48%), omega-6 (35%) dan omega-9 (9%) serta vitamin A dan vitamin E. 
 
Gabungan ketiga-tiga lemak asid itu dapat mengurangkan paras kolestrol jahad dan juga meningkatkan kolestrol baik. Sacha inchi dikenali sebagai makanan terbaik omega. 
 
Secara amnya, omega banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser. 
 
Omega-3 dalam sacha inchi lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis sayuran lain. 
 
Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian. 
 
Kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sakit-sakit sendi adalah masalah yang lazim dihadapi kebanyakan warga Malaysia yang berumur lebih 35 tahun. 
 
Begitu juga dengan masalah daya ingatan yang lemah, mudah lupa, penglihatan yang kabur, masalah berat badan berlebihan dan hilang keremajaan dari segi kecantikan kulit, rambut dan kuku kerap berlaku. 
 
Keadaan ini berlaku disebabkan pengurangan peratusan jumlah omega lengkap dalam tubuh. Justeru, pengambilan omega perlu ditingkatkan untuk mengatasi masalah berkaitan dan menjadikan badan lebih sihat serta minda lebih cerdas. 
 
Sebab itu, amat penting kita mengamalkan pengambilan sumber makanan yang kaya dengan sumber omega.
 
Kebaikan mengamalkan minyak sacha inchi:
- Mencegah dan melawan sel-sel kanser
- Mengurangi risiko serangan jantung
- Menurunkan kolesterol secara semula jadi
-.Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangi risiko strok
- Menurunkan risiko diabetes
- Mengawal kadar gula darah
- Memperlambat penuaan wajah
- Mempertahankan kekenyalan kulit
- Mengatasi masalah pencernaan
- Memperlancar buang air besar
- Mengurangi rasa sakit dan peradangan di seluruh tubuh
- Membantu menurunkan berat badan
- Menguatkan ingatan
- Membantu perkembangan fungsi otak
- Mengurangi gejala menopouse
- Memperbaiki metabolisme tubuh
- Meningkatkan pembakaran lemak
- Mencegah dan membantu memulihkan depresi
- Bermanfaat untuk radang sendi
- Meningkatkan penglihatan
- Meningkatkan kesuburan
- Memperkuat sistem kekebalan tubuh
- Membantu mencegah pelbagai penyakit.


KAMPUNG SUNGAI BATU, DABONG

Kampung Sungai Batu terletak dalam mukim Jelawang, Dabong, Kuala Krai Kelantan. Kemudahan jalan raya ke Kampung Sungai Batu menggunakan Jalan Sungai Sam - Dabong - Jeli.

Pengunjung dari Jeli akan sampai ke Kampung Sungai Batu terlebih dahulu sebelum sampai ke pekan Dabong. Kampung berjiran dengan Kampung Sungai Batu ialah Kampung Bukit Bedak dan Kampung Jelawang.

Dinamakan Kampung Sungai Batu kerana ada sebatang sungai mengalir di kampung itu yang dikenali Sungai Batu.

Jarak Kampung Sungai Batu dengan Kota Bharu kira-kira 130 kilometer. Dari bandar Gua Musang dan Jeli pula masing-masing sekitar 60 kilometer dan 45 kilometer.

Untuk urusan dengan pejabat kerajaan, penduduk Kampung Sungai Batu perlu menempuh perjalanan kira-kira 85 kilometer ke bandar Kuala Krai.

Selain keindahan pemandangan Gunung Stong dan kawasan bukit sekitar yang menghijau lagi mendamaikan, satu tarikan di Kampung Sungai Batu ialah aliran sungai yang jernih dan sejuk.

Sunga itu sesuai untuk dibangunkan sebagai tempat perkelahan.

PERSIMPANGAN BUCU KU SOM, JALAN SULTANAH ZAINAB

Kita biasanya jarang peduli nama simpang atau persimpangan, terutama yang terletak di tengah bandar. Kebanyakan orang lebih mengenali nama persimpangan dikaitkan dengan sesuatu bangunan yang terdapat di situ.

Contohnya satu persimpangan di bandar Kota Bharu yang dikenali Persimpangan Bucu Ku Som. Rasanya ramai tidak mengetahui tentang nama Persimpangan Bucu Ku Som ini.

Tetapi jika dikatakan Simpang Empat Ambank, ramai yang kenal atau tahu di mana letak tempat itu. Atau kalau orang-orang dahulu lebih mengenalinya dengan nama Simpang Empat Bata kerana pada dahulu di situ ada satu kedai Bata yang cukup terkenal.

Persimpanan Bucu Ku Som adalah simpang empat melibatkan Jalan Tok Hakim yang menganjur dari tebing Sungai Kelantan dari barat menuju ke timur sehingga Persimpangan Padang Bas.

Satu lagi jalan yang membentuk Persimpangan Bucu Ku Som ialah Jalan Sultanah Zainab yang bermula di Kubang Pasu di sebelah utara menganjur ke selatan sehingga ke Kampung Sireh.

KHASIAT POKOK SEMALU


Pokok semalu (mimosa pudica L) banyak tumbuh di sekitar tempat tinggal kita. Nama lain semalu ialah kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau dan duri keman.

Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Duri semalu boleh meluka bahagian badan jika terkena, terutama apabila terpijak.

Namum, di sebalik itu, pokok semalu ada khasiat yang boleh dimanfaatkan.

Untuk kegunaan wanita bagi membantu mengecut, menguat dan membersihkan alatsulit kaum wanita terutama selebas bersalin ataupun haid.
- Ambil beberapa batang pokok semalu digunakan bersama akarnya sekali.
- Bersihkan.
- Rebus bersama buah manjakani, garam kasar dan asam keping.
- Rebus sehingga ramuan sebati dan tunggu sehingga air agak suam sebelum digunakan untuk tujuan mandi.

Rawatan gatal akibat 'makan air'.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Rebus
- Rendam kaki ketika air suam.

Merawat luka.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Lumatkan.
- Tampal pada bahagian luka.

Merawat keadaan tidak tenteram atau gelisah.
- Ambil semua bahagian pokok.
- Rebus.
- Gunakana air rebusan itu untuk mandi.

Merawat bisul.
- Ambil daun dan dilumatkan. 
- Tampal bahagian bisul dengan ditinggalkan kosong di bahagian tengah. 
- Rasa berdenyut akan hilang dan nanah akan keluar. 
- Boleh juga guna akar.

Semoga maklumat ini memberi manfaat.

CARA HAPUS POKOK SEMALU

Pokok semalu (mimosa pudica L) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat. Nama lain semalu ialah kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau dan duri keman.

Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Duri semalu boleh meluka bahagian badan jika terkena, terutama apabila terpijak.

Selain itu semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baharu.

Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok semalu juga mampu membiak melalui biji benih yang mudah tersebar.

Pokok semalu mudah hidup subur di mana-mana sahaja kerana pada akar pokok ini terdapat bakteria yang mampu menukarkan nitrogen di dalam udara kepada sebatian yang boleh digunakan oleh tumbuhan.

Ini membantu pokok semalu tetap subur walaupun pokok di sekitarnya kekurangan baja. Hubungan antara bakteria dan pokok ini bukan hanya terdapat pada pokok semalu sahaja malah terdapat pada tumbuhan kekacang yang lain.

Cara terbaik bagi menghapuskan semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baharu.

Saturday 24 August 2019

POKOK SEMALU DURI KEMAN

Pokok semalu (mimosa pudica L) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat. Nama lain semalu ialah kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau dan duri keman.

Daun kupuan semalu kucup ke dalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. 

Pokok semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu semalu juga merupakan rumpai yang tegar.

Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru.

Pokok semalu juga mampu membiak melalui biji benih. Bunga duri keman agak menarik kerana ia unik.

Cara terbaik bagi menghapuskan semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.

Pokok semalu mudah tumbuh di halaman rumah. Bagi yang biasa berkebun atau membersihkan halaman tentu seringkali berhadapan dengan pokok semalu.

Pokok semalu mudah hidup subur di mana-mana sahaja kerana pada akar pokok initerdapat bakteria yang mampu menukarkan nitrogen di dalam udara kepada sebatian yang boleh digunakan oleh tumbuhan.

Ini membantu pokok semalu tetap subur walaupun pokok di sekitarnya kekurangan baja. Hubungan antara bakteria dan pokok ini bukan hanya terdapat pada pokok semalu sahaja malah terdapat pada tumbuhan kekacang yang lain.


BUAH SUKANG ISI SATU ULAS

Durian banyak jenis. Setiap jenis ada kelebihan atau keistimewaan sendiri. Malah setiap jenis durian ada penggemarnya, biarpun mungkin tidak digemari oleh orang lain.

Sejenis buah durian dikenali sebagai sukang di kalangan penduduk Sabah. Buah sukang dianggap sepesies durian eksotik kerana agak berlainan dengan jenis durian lain.

Di tempat lain buah sukang seakan-akan buah durian daun. Terdapat banyak persamaan antara buah sukang dengan durian daun biarpun tidak semuanya.

Buah sukang kelihatan besar, seolah-olah mengandungi banyak isi tetapi jika dikopek, isinya ada yang hanya seulas. Itu antara keunikan sukang.

Sukang berbeza berbanding durian yang lain berikutan bentuk fizikalnya berduri tajam dan panjang menyebabkan buahnya kelihatan besar, namun ruang isi sebenarnya kecil.

Buahnya berwarna hijau terang ketika mentah dan bertukar hijau kekuningan apabila masak sebelum gugur, namun ada juga sesetengah pokok yang buahnya masak masih berwarna hijau terang apabila gugur.

Apabila dikopek, kebiasaannya ada dua atau tiga ulas isi berwarna kuning di dalamnya, namun ada juga yang hanya seulas.

Buahnya bulat dan besar tetapi apabila dibuka isinya hanya ada satu ulas.

Isi sukang agak tebal dan warnanya yang kuning menyebabkan ada penggemar durian menggelarnya 'musang king' eksotik Sabah. 

Monday 19 August 2019

SEJARAH KUDAT SABAH

Kudat adalah sebuah bandar di Sabah. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk Bahagian Kudat yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu dan beberapa pulau luar pesisir seperti Pulau Bangi dan Pulau Balambangan.

Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap Laut Sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55' utara, garis bujur 116°50' timur.

Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra Kadazan. Kira-kira 10 peratus penduduk adalah etnik Cina dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu.

Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan Kepulauan Sulu. Walau bagaimanapun 51 peratus penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama Islam (Bajau Bannaran, Ubian, Sungai, Brunei, Bajau dan Kagayan), diikuti bumiputera etnik Rungus 30 peratus dan etnik Cina 19 peratus.

Bandar Kudat diasaskan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara. Pemilihan Kudat sebagai pusat pentadbiran Bristish Borneo Utara disebabkan lokasi geografi yang strategik.

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "takudat" yang bermakna 'terkejut'.

Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung.

Panglima Untung  atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/Sungai. Beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.

Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan (Kudat).

Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat.

Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini. Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat.

A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British.

Justeru, pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.

 A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu. Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni.

 A H Everett mengulangi kata-kata 'kudat' dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat... Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai Kudat.

Walau bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun, selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.

Kudat kini sepertimana bandar lain di Sabah semakin berkembang maju. Satu yang sinonim dengan Kudat ialah Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.

GAMBAR: KUDAT TAHUN 1890

Sunday 18 August 2019

LALUAN KERETA API TEROWONG BUKIT KOREK

 
Gua Musang merupakan jajahan paling selatan di Kelantan. Sebelum tahun 1982, satu-satunya jalan penghubung Gua Musang dengan jajahan lain di Kelantan ialah melalui kereta api.

Perkhidmatan kereta api amat berjasa kepada Gua Musang dan guru yang berkhidmat di jajahan berkenaan. Ramai guru yang berasal dari jajahan lain menggunakn perkhidmatan kereta api untuk berulang alik.

Pada ketika itu, satu gurauan yang sering diungkapkan mengenai perkhidmatan kereta api dari Stesen Kuala Krai ke Stesen Gua Musang ialah perjalanannya mengambil masa lapan hari lapan malam.

Woi... jauh benar tu. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan kereta api itu pasti akan rasa terkejut. Mana mungkin mengambil masa lapan hari lapan malam sedangkan jarak perjalanan hanya kira-kira 100 kilometer sahaja.

Sebenarnya yang dikatakan masa lapan hari lapan malam itu ialah kereta api akan melalui sebanyak lapan terowong. Setiap kali memasuki terowong yang gelap dikatakan telah masuk malam.

Apabila keluar terowong keadaan cerah dikatakan hari siang. Jadi, lapan kali masuk keluar terowong itu dikatakan telah lapan hari lapan malam.

Terowong bermula antara laluan Stesen Manek Urai, Bukit Abu dan Dabong. Terowong itu dipanggil “Bukit Korek” oleh penduduk tempatan.

Panjang setiap satu terowong itu antara 50 hingga 750 meter melalui  kawasan bukit batu kapur.