Saturday 7 September 2019

PANTAI TELUK GADUNG DUNGUN

Pantai Teluk Gadung letaknya tidak jauh dari bandar Dungun (dalam 8 KM) dan bersebelahan kampus UiTM Dungun. Pantai ini bersambung dengan Pantai Teluk Lipat. Ada juga sedikit bebatuan di pantai ini.

Pantai Teluk Gadong merupakan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak berhampiran UITM Terengganu Cawangan Dungun,

Pantai Teluk Gadong menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan juga para pelajar khususnya dari UITM untuk berehat pada waktu petang.

Pelbagai kemudahan terdapat di Pantai Teluk Gadong. Antara kemudahan yang ada di sini ialah gerai makan, taman permainan, pondok rehat dan juga tempat letak kereta.

Untuk sampai ke pantai ini, hanya ikut jalan pantai Sura yang melewati UiTM Dungun, terus sampai ke hujungnya (di kampung Sura Hujung).

Malang sekali, pinggir Pantai Teluk Gadung sehingga ke Pantai Teluk Lipat menjadi mangsa hakisan pantai yang berlaku pada setiap tahun. Akibat hakisan itu, terdapat pokok tumbang dan keindahannya terancam.

No comments:

Post a Comment