Sunday 22 September 2019

BUAH KATAK PURU SEMAKIN TIDAK DIKENALI


Nama buah ini pelik, tetapi rasanya sedap. Namun, malang sekali buah ini semakin tidak dikenali kerana semakin jarang ditemui. Tidak banyak lagi pokok ini tumbuh di laman rumah seperti dapat dilihat pada masa dahulu.

Buah ini dipanggil buah katak puru. Nama lain buah ini ialah buah nam nam, buah kopi anjing, buah hima, buah namau-namu, buah amphawa dan buah nang-ai. 

Khasiat buah katak puru dikatakan mujarab merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. 

Buah katak puru diminati ramai kerana kelainan rasanya yang unik serta menyelerakan untuk dimakan. 

Nama buah itu dikenali katak puru mungkin disebabkan kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. 

Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.

Buah katak puru bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm). Buah yang masak dikenali dengan warnanya berubah seakan kuning dan buahnya 'kembang penuh'. Bijinya pula berbentuk leper boleh dibelah dua.  


Buah katak puru sedap kalau makan dicicih dengan kicap dicampur dengan gula dan garam. Elok juga dimasukkan belacan dan lada cili api. Kicap juga boleh diganti dengan cuka. Tidak kisahlah cuka tiruan, cuka nipah atau cuka kelapa. Kalau tidak ada semu itu, boleh dimakan dengan garam atau makan kosong aje.


Buah katak puru boleh juga dicampur dengan buah-buah lain untuk dijadikan rojak. Memang terangkat. 

No comments:

Post a Comment