Friday 20 September 2019

PUSPAHANAS TEMPAT MELATIH PEGAWAI KANAN TENTERA

Pusat Pengajaian Pertahanan Nasionas (Puspahanas) bertempat di Presint 1, Putrajaya merupakan sebuah pusat pengajian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibangunkan sebagai sebuah kolej pengajian yang moden dan kondusif dengan menempatkan tiga pusat pengajian di bawah ATM. Tiga institut berkenaan adalah Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT)

Sebelum ini MPAT dan MTAT beroperasi di Kompleks Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak. Pemindahan kedua-dua maktab ini bagi menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar di maktab berkenaan.

MKN adalah maktab yang baru diwujudkan. Sebelum ini MKN diwar-warkan akan dikenali Maktab Pertahanan Nasional (NDC).

Ketiga-tiga maktab berkenaan menyediakan kursus bagi peningkatan kerjaya pegawai-pegawai tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM.

MTAT menyediakan kursus kepada pegawai berpangkat mejer atau setaraf bagi membolehkan mereka dipertimbangkan kenaikan pangkat kepada Leftenan Kolonel setelah tamat kursus dengan jayanya.

Manakala kursus di MPAT pula mengambil pelajar yang berpangkat Leftenan Kolonel atau setaraf untuk melayakkan mereka dipertimbangkan ke pangkat Kolenel apabila tamat pengajian.

Manakala pengajian di MKN pula khusus untuk pegawai kanan berpangkat Kolenel dan Brigediar Jeneral. 

No comments:

Post a Comment