Thursday 30 January 2020

PENGETAHUAN MANUSIA SANGAT TERBATAS

Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu seperti ditegaskan dalam satu ayat yang bermaksud: ”(Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi setiap sesuatu, tidakkah kamu (insaf) mengambil pelajaran?” (Surah al-An’am: 80)

Pengetahuan Allah meliputi segala aktiviti zahir dan batin. Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. 
 
Bahkan Dia mengetahui segala sesuatu yang akan berlaku sebelum ia berlaku. Demikian luasnya pengetahuan Allah sehingga tidak satu makhluk pun yang boleh mengukur atau mengira ilmu-Nya.

Sebaliknya, pengetahuan yang dimiliki manusia sangat terbatas. Bahkan pengetahuan itu adalah kurnia pemberian Allah SWT. 
 
Kita selalu membaca sebuah ayat yang diucapkan malaikat yang bermaksud: “Maha Suci Engkau (Ya Allah) Kami tidak mempunyai pengetahuan, selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah: 32).

Dengan sifat manusia yang memiliki semua keterbatasan, maka sudah sewajarnya mereka tidak menyombong diri, berasa kuat dan megah bahkan meremehkan ketentuan dan peraturan Allah. 
 
Sebagai manusia, kita mesti reda dengan qada dan qadar Ilahi yang mengetahui baik buruknya apabila ia mengenai kita.

Saidina Umar pernah berkata: “Inilah aku. Tidak pernah aku menuntut, malah aku menikmati apa yang sudah ditetapkan dalam qada.”

Belajar adalah ibadat yang bernilai pahala. Namun, tujuan menuntut ilmu itu mestilah mencari keredaan Allah tanpa sikap sombong kerana menyedari bahawa ilmunya adalah anugerah Allah yang mesti dimanfaatkan.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Siapa yang menuntut ilmu untuk bermegah-megah/menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan ilmuwan atau untuk berbantah-bantahan dengan yang jahil, maka dia di neraka.” (Hadis riwayat Tirmizi);

Menjadi manusia yang bermanfaat dan berguna bagi masyarakat. Dia tidak akan mensesiakan ilmunya melainkan dengan mengamalkannya seperti Baginda Rasulullah dalam doanya yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, dari diri yang tidak kenyang; dan dari doa yang tidak dimakbulkan.” (Hadis riwayat Muslim)

Akhirnya, ketika kita menerima apa jua ketentuan Allah di situlah letaknya keilmuwan kita. Tetapi sebaliknya, ketika kita menolak apa jua ketetapan Allah di situlah letak kejahilan kita. Pythagoras pernah berkata: “Jika engkau tidak sanggup menahan penat belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.”

Tuesday 28 January 2020

CARA MEMBINA KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi biasa terhalang atau terganggu apabila pihak terlibat saling meragui dan cuba mencari kesalahan pihak lain. Akibat situasi itu, mereka tidak menumpukan kepada apa yang dibincangkan. Masing-masing merasakan mereka akan menjadi mangsa kepada pihak lain.

Sebab itu, setiap komunikasi perlu diadakan dengan jujur dan ikhlas. Apa yang dibincangkan itu tidak ada agenda atau maksud yang tersembunyi. Perkara yang dibincangkan adalah secara berfokus dan masing-masing ingin mendapat kebaikan.

Komunikasi tanpa prejudis akan berlaku dengan ikhlas dan ia pasti akan berjalan lancar. Kita tidak perlu memikirkan perkara terselindung yang berniat jahat. Mereka tidak perlu merahsiakan perkara yang tidak sepatutnya dirahsiakan. 

Namun, tidak pula bermaksud semua perkara perlu dipersetujui. Apa yang dibincangkan perlu berdasarkan kepada matlamat yang ingin dicapai. Maka, jika ada perkara tidak patut dipersetujui, perkara itu kena dipertahankan.

Dengan kata lain, berkomunikasi tanpa prejudis bukan bermakna semua boleh dan tidak ada bantahan. Perbincangan memang ada yang tidak sefahaman. Justeru, komunikasi secara bijaksana dan tertib mesti diamalkan selalu. Berilah peluang setiap orang memberi pandangan dan harapan mereka.

Kita jangan mudah tersinggung jika ada apa yang diperkatakan oleh pihak lain tidak menepati apa yang kita inginkan. Jangan mudah membuat penilaian buruk atau menyalahkan pihak lain.

Setiap orang ada pandangan dan pendapat. Raikan dan hargai perbezaan pendapat itu. Perbezaan ini mungkin memberi satu dimensi baru dalam pemikiran dan pendapat kita. Berfikir secara positif dan hasilnya juga akan positif.

Kalau kita bersedia memberi ruang lebih luas dalam minda kita mengenai pendapat orang lain, akan memberi kita kematangan berfikir. Kita akan lebih mempunyai pilihan dalam membuat keputusan. Itu dinamakan pemikiran terbuka dan mengelak perkara jumud.

Sikap hanya menganggap pendapat diri sahaja yang betul tidak patut diamalkan. Itu satu sikap ego dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. Pendapat dan perbuatan orang lain semuanya salah dan tidak menepati kehendak. Inilah punca berlaku krisis dalam hubungan dan pengurusan.

Konflik dan krisis dalam pengurusan organisasi merupakan keadaan yang menyebabkan pertembungan kehendak, matlamat, konsep dan cara-cara untuk mengurus serta membawa organisasi ke hadapan. Untuk mengatasi konflik itu perlu kepada keterbukaan minda. Buangkan sikap prejudis dan berasa hanya diri sendiri betul.

Konflik, dalam maksud yang mudah dapat dihurai sebagai perbezaan pendapat antara dua pihak yang membawa kepada percanggahan. Konflik tidak pernah diselesaikan apabila keputusan yang terhasil tidak mewakili kepentingan pihak-pihak yang terlibat.  

Konflik sebenarnya berlaku dalam kehidupan manusia sama ada dalam institusi formal atau tidak formal. Apabila berlaku pertentangan yang tidak ada kata kesepakatan, hingga menimbulkan konflik kontroversi antara pihak yang terlibat dalam organisasi, maka bermula kisah baru iaitu timbulnya krisis yang tidak dipertimbangkan dengan wajar malahan lebih bersifat emosional.

Maka itu, untuk mengelak konflik berterusan sehingga dikuasai emosi tidak stabil, amalkan sikap tanpa prejudis dalam berkomunikasi. Sikap tanpa prejudis akan memberi kelegaan berfikir dan mencambahkan kematangan. Topik perbicangan lebih terbuka dan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak atau pihak-pihak yang berkaitan.

Thursday 16 January 2020

ONE DROP PERFUME MINYAK WANGI WANITA SET 1

 
One Drop Perfume adalah jenama minyak wangi telah lama terkenal di pasaran negara kita. tanpa alkohol yang paling diminati ramai. 

Kelebihan dan keistimewaan One Drop Perfume adalah:
- Tanpa alkohol
- Wangian yang tahan lama.
- Bau wangian segar
- Wangian lembut.
- Halal
- Bebas bahan haram
- Sesuai dijadikan set hantaran
- Boleh digunakan ketika bersembahyang
- Pek baharu yang lebih menarik.
- Setiap set mempunyai lapan botol minyak wangi yang istimewa. 
- Harga murah tetapi berkualiti.

- Hanya setitik, wangi sepanjang hari

- Diinspirasi dari wangian antarabangsa pati minyak wangi asli,

- Tanpa campuran air dan alkohol

- Botol kecil mudah dibawa ke mana-mana


Terdapat set wangian berbeza.

Klik set yang diminati.




Friday 3 January 2020

SEJARAH HOSPITAL PERMAI TAMPOI PUSAT RAWATAN MENTAL

Tampoi sinonim dengan Hospital Permai sama dengan Tanjung Rambutan yang tidak dapat dipisahkan dengan Hospital Bahagia.

Hospital Permai telah wujud lama di negara kita iaitu sebelum Perang Dunia Kedua. Lebih tepat lagi Hospital Permai telah siap dibina pada tahun 1937 di atas sebidang tanah seluas 110 ekar kawasan hutan di Tampoi. Ia telah dirasmikan pada 30 Oktober 1937.

Luas kawasan diperuntukkan kawasan Hospital Permai sebenarnya 620 ekar, tetapi binaan hospital hanya menggunakan 110 ekar sahaja dan dikelilingi pagar besi perimeter dan pagar dinding konkrit untuk menghalangi para pesakit mental daripada melarikan diri.

Hospital ini terletak kira-kira 16 km dari Bandar Johor Bahru. Pada awalnya hospital ini dinamakan Johor Mental Hospital. Ia adalah salah sebuah hospital sakit jiwa yang termoden ketika itu.

Dalam akhbar Malay Tribune keluaran 1937 menyatakan bahawa hospital ini adalah yang kedua terbaik selain dari yang ada di Australia ketika itu.

Sesuai dengan aspirasi kewujudannya sebagai sebuah institusi rawatan dan pemulihan sakit jiwa, ia telah membina asas yang kukuh dalam melaksanakan fungsi-fungsi rawatan dan pemulihan psikiatri.

Perubahan dan perkembangan dari masa kesemasa dalam dunia psikiatri, menjadikan Hospital Permai mengambil inisiatif, keterlibatan dan bertindak selaras dengan dasar negara.

Perkhidmatan Hospital Permai bukan sahaja meletakkan aspirasi tersebut dalam rangka pemikiran semata-mata, malah berusaha bersama-sama keseluruhan anggotanya, menterjemah kerangka pemikiran itu dalam bentuk pelaksanaan.

Merujuk Akta Kesihatan Mental yang digubal pada 2001, Seksyen 49, menyatakan tiap-tiap hospital psikiatri hendaklah mempunyai rancangan dan kegiatan bagi memastikan kualiti kesesuaian, kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada para pesakit mental tentang penahanan, pengawalan dan perlindungan.