Sunday 30 August 2020

KHASIAT MINUM AIR KELAPA MUDA

 
Air kelapa terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah. 
 
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (k+). 
 
Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman. 
 
Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh. 
 
Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). 
 
Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh. 
 
Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). 
 
Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. 
 
Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Setakat ini tiada maklumat berkaitan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak. 
 
Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini. Ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Saturday 15 August 2020

PENGAJARAN MELIHAT AIR LAUT BIRU



Kita lihat air laut berwarna biru dari sudut pandangan jauh. Tapi bila kita lihat dari dekat airnya berwarna putih.

Selama ini diyakini bahwa birunya laut merupakan bayangan warna langit yang juga biru. Namun ini adalah persepsi yang salah. Menurut National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), laut berwarna biru kerana menyerap cahaya matahari.

Ketika sinar matahari mengenai permukaan laut, air laut menyerap gelombang panjang berwarna merah di spektrum cahaya, selain gelombang pendek, termasuk warna ungu dan ultraviolet. Sedangkan cahaya lain yang terlihat kebanyakan berbentuk gelombang cahaya biru.

Tidak kisahlah apa sebenarnya menyebabkan laut kelihatan biru dari jauh, yang dapat kita mengambil pengajaran ialah jangan kita menilai sesuatu berdasarkan kepada apa yang kita sebenarnya tidak mengetahui secara dekat.

Melihat dan mengetahui secara ‘jauh’ tidak memberi maklumat tepat. Banyak kes kita membuat keputusan hanya berdasarkan berita dengar khabar tanpa mengetahui perkara sebenar.

Jangan cepat membuat andaian, sedangkan andaian adalah buruk sangka. Buruk sangka adalah sikap keji yang akan memberi kesan pada hati. Sikap itu yang dijadikan kebiasaan akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan dalam hal-hal lain.

Jangan membuat andaian atau mudah tertipu dengan pandangan atau mengetahui sesuatu tanpa menyelidiknya. Kesannya amat buruk bukan sahaja kepada orang berkenaan, bahkan banyak orang menerima akibat buruknya.