Thursday 28 January 2021

ISMAIL SABRI BERTINDAK PANTAS

Dalam menangai sesuatu masalah rakyat, kepantas amat dipentingkan. Ini yang dibuktikan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila terus menyatakan kesanggupan untuk menanggung bayaran sewa rumah Koperal Azizon yang berdepan kesempitan hidup.

Ismail Sabri memberi sumbangan peribadi membayar rumah sewa Azizon sehingga rumah anggota tentera yang bertugas di Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA), Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur itu siap dibina di Machang, Kelantan.

Menteri mesti bertindak pantas menangani masalah rakyat mengikut kemampuan atau keadaan semasa. Memang tidak semua boleh diselesaikan, tetapi bertindak pantas untuk menyelesaikannya adalah penting.

Tiada manusia yang sempurna, namun usaha ke arah itu perlu dilakukan. Salah satu usaha ialah tidak menangguhkan perkara yang baik.

Satu perkara yang perlu difahami, jangan salahkan orang lain. Kita buat kerja kita.

Ismail Sabri meneruskan tradisi pemimpin UMNO yang berkhidmat untuk rakyat.

Gambar: Ismail Sabri ketika melawat pembinaan jambatan sementara di Raub. 

Monday 18 January 2021

Darurat terpaksa tubuh cawangan baharu

 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin mengalami darurat atau keadaan kecemasan yang amat sangat. Sebab itu, usaha untuk memperkuatkan parti, termasuk menubuhkan cawangan baharu perlu dilakukan segera.

Tidak kisah dalam keadaan perintah apa pun, parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu digerakan tidak kira ketika tempoh ‘perintah pergerakan’ apa sekali pun.

Asal dapat buat aktiviti parti, tidak kisahla kalau tidak ikut SOP pun. ini parti pemerintah. Siapa berani tegah atau ambil tindakan.

Tidak perlu cakap panjang. Baca apa yang tertampang di dinding Helaian Bersatu Bahagian Merbok.

Alhamdullilah.. Pada malam ini telah tertubuhnya Bersatu Cawaangan Ambangan Height

Pembukaan dan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Ambangan Heights telah diadakan pada:

Tarikh -17 Jan 2021 (Ahad)

Masa - 9.30 malam

Tempat - Restoran Jeti Semeling, Sg Petani

Tahniah Untuk Ketua Cawangan Tuan Zawawi dan barisan kepimpinan Ambangan Height .

Wednesday 6 January 2021

KEBAIKAN KHASIAT BUAH BELIMBING BESI

 
Pokok belimbing besi antara jenis buah-buahan yang ditanam di negara kita. Namun, terdapat buah belimbing besi atau juga dipanggil belimbing manis diimport dari luar negara untuk memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan penggemar belimbing di negara kita. 
 
Buah belimbing besi kaya pelbagai khasiat dan banyak kebaikan. Rasa belimbing besi manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang membangkitkan selera. 
 
Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan setelah tua atau matang. 
 
Jenis belimbing besi terbaik bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar. 
 
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Belimbing besi dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. 
 
Kebiasaannya, buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. 
 
Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. 
 
Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya. 
 
Buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus. 
 
Belimbing besi juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi. Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. 
 
Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing besi setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas. 
 
Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan. Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.  
 
Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat, jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya. 
 
Di India buah belimbing besi yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. 
 
Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata. 
 
Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Selain itu ia elok untuk penderita ekzema. 
 
Rebusan buah dan daun belimbing besi elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. 
 
Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan kurap.