Sunday 24 December 2017

Roti tisu jadi pilihan

Roti tisu jadi hidangan istimewa di kebanyakan kedai mamak, selain roti canai. Mengapa dinamakan roti tisu? Cuba tengok bentuknya. Ada bentuk macam tisu atau kain diletakkan di atas pinggan di majlis makan di hotel.

Satu lagi kenapa dipanggil roti tisu kerana ianya hanya nipis aje. Rapuh dan rangup. Jadi jangan fikir bila tengok besar sangat macam mana nak habis makan. 

Adunan untuk membuat roti tisu lebih kurang sama banyak untuk membuat sebiji roti canai. Bentuk sahaja besar, tetapi di tengahnya kosong. 

Roti tisu dimakan dengan susu pekat atau air gula yang memang telah tersedia disapu padanya atau diletakkan berasingan. Ada juga menggunakan kuah roti canai. Ataupun, roti tisu dihidangkan bersama dengan icecream. 

Sebenarnya anda boleh memilih apa-apa bentuk manisan, perisa atau kuah yang digemari. Yang penting, makan roti tisu memberi kepuasan yang berbeza berbanding roti canai.

Friday 22 December 2017

Lelaki zakar panjang disahkan sebagai OKU

Adakah memiliki zakar berukuran luar biasa satu kebanggan atau beban? Kepada lelaki yang berusaha untuk memanjangkan zakar perlu berhati-hati agar tidak menerima nasib seperti lelaki ini.

Seorang lelaki warga Mexico yang dipercayai mempunyai zakar terpanjang di dunia disahkan oleh pihak berkuasa sebagai orang kelainan upaya (OKU) kerana tidak mampu menjalani kehidupan seperti orang normal.

Lelaki itu memiliki zakar sepanjang 48.26 sentimeter (19 inci) selepas dia secara sengaja memanjangkan alat sulit itu dengan mengikatnya kepada bebanan berat.

Dia yang menerima bantuan kewangan kerajaan Mexico dikatakan enggan menjalani pembedahan untuk mengecilkan zakar selepas dinasihatkan doktor.

Keadaan organ luar biasa lelaki yang masih bujang itu termasuk sukar bekerja menyebabkan kesukaran seperti tidak boleh berjalan pantas dan sukar memakai pakaian yang sesuai menyebabkan dia memohon kepada kerajaan untuk diiktiraf sebagai seorang OKU. 

Thursday 21 December 2017

Sejarah nama nasi tumpang

Satu menu nasi yang cukup sinonim dengan masyarakat negeri Kelanatan ialah nasi tumpang atau dalam dialek Kelantan disebut 'tupe' atau 'tupae'. Dipercayai  nasi tumpang telah dipasarkan di sekitar Kota Bharu terutamanya di Pasar Kubang Pasu sejak berpuluh tahun yang lalu.

Nasi tumpang menarik perhatian kerana rasa unik dan cara dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon. Daun pisang yang digunakan perlu disalai atau dilayurkan untuk mengelak ia mudah carik dan memudahkan kerja pembungkusan.

Sekarang ini ada pembuat nasi tumpang menggunakan kertas pembungkus makanan untuk menggantikan daun pisang yang sukar diperoleh. Namun, penggunaan kertas pembungkus itu dianggap menghilang identiti nasi tumpang dan mengubah aroma rasa.

Nasi tumpang yang mana nasinya lembek, dibungkus di dalam daun pisang yang mana diisi secara berselang seli (layer) dengan lauknya. Kebiasaannya lauk terdiri daripada udang, ikan, sambal ikan, gulai dan telur dadar.

Setiap proses tersebut perlu dilakukan dengan cermat supaya nasi dan lauk berada dalam keadaan kemas, selain mengelak daun pisang koyak mengakibatkan nasi terkeluar.

Setelah siap, bungkusan nasi tumpang itu dikepilkan dengan lidi dan bahagian luar daun pisang disapu minyak supaya kelihatan segar dan menarik.

Lantaran berikutan banyak jenis lauk yang 'menumpang' dalam nasi itu, maka akhirnya ia dikenali sebagai nasi tumpang dan dikenali sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, asal usul nasi tumpang mula dihasilkan, tiada individu yang dapat menyatakannya secara tepat.

Keadaan nasi itu yang lembek dan dicampur pelbagai jenis lauk, menjadikannya menu cukup istimewa dan amat sesuai untuk kanak-kanak serta orang tua yang tidak boleh memamah makanan keras.

Tuesday 19 December 2017

Tukar pasangan pakej tukar isteri

Fenomena tukar pasangan boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini. Mengamalkan tukar pasangan dianggap lebih 'mulia' berbanding curang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

Tukar pasangan, kekadang dirujuk sebagai gaya hidup bertukar pasangan, ialah "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain". 

Apapun alasan diberikan, amalan tukar pasangan menyalahi norma kemanusiaan. Amalan ini wujud dalam dunia haiwan. Bahkan, ada spesis haiwan menetapkan pasangan masing-masing dan menghalang jantan lain mendekati pasangannya.

Tegas di sini, mereka melakukan tukar pasangan layak dikategorikan lebih hina berbanding haiwan.  

Manusia punya akal untuk menolak betapa amalan tukar pasanan ini amat jelek dan melepasi kewarasan fikiran yang normal.

Kebahagiaan rumahtangga boleh dicapai dengan rasa lebih menyangi antara satu sama lain.  Hormat hak dan beri layan terbaik kepada pasangan sama ada zahir mahupun batin.   

Perkahwinan amat dituntut oleh Islam.  Ia adalah ikatan halal yang membolehkan lelaki dan perempuan menjalani kehidupan mengikut keinginan dan keperluan mereka. 

Melalui perkahwinan lelaki dan perempuan akan mengecapi nikmat hidup yang lebih bermakna.  Secara tabie, lelaki dan perempuan saling memerlukan bagi melengkapkan kehidupan sosial dan seks.

Firman Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah ar-Rum ayat 21).

Monday 18 December 2017

Kopi cuba diharamkan ulama

Sejarah kopi dijadikan minuman agak unik. Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam.

Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar. Kopi kemudiannya menjadi kegilaan ramai.  

Penyebaran kopi selari dengan penyebaran Islam. Di mana Islam berkembang, maka di situ ada peminat kopi.

Namun, pada masa sama kesan minum kopi diperdebatkan oleh sarjana Islam. Ada yang mengatakan haram minum kopi kerana memberi kesan yang ‘luar biasa’ kepada kesihatan dan rasa ketagih.

Ada yang cuba mengaitkan kopi dengan kesan minum arak yang diharamkan dalam Islam. Namun pada masa sama, mereka tidak menemui kesan memabukkan akibat minum kopi. Sedangkan yang ditegah dalam Islam adalah perkara yang memabukkan.

Di kalangan penganut Kristian juga timbul persoalan hukum berkaitan minum kopi. Paus Celement VIII pernah mempertimbangkan menghukum amalan minum kopi sebagai bidaah atau tidak baik untuk penganut Kristian. 

Tokoh perubatan dan sains Islam, Ibnu Sina telah membuat penyelidikan mengenai kesan minum kopi, terutama dari segi kandungan kamia. Kajian itu ada yang pertama mengenai kopi dari segi perubatan dan kesihatan.   

Sekitar 1400M, penyebaran kopi dan pembinaan kedai kopi pesat di Semenajung Arab, terutama di Makkah dan Madinah.

Pada 1453M kopi diperkenalkan di Konstantinopel oleh bangsa Turki. Kedai kopi yang pertama kali tercatat di sana bernama Kiva Han.

Kini, kopi menjadi minuman masyarakat seluruh dunia, selain teh.

Sunday 17 December 2017

Restoran Masyhur Kota Bharu

Adik kakak saudara mara sahabat taulan yang mana suka makan makanan mamak.. mari ambo nak khabar. Kalau nak makanan sedap... murah... mari Restoran Masyhur terkenal dengan masakan mamak. Kedai makan mamak pilihan ramai di Kota Bharu.  

Di Restoran Masyhur macam-macam ada.. roti canai, tosei, roti puri, capati, roti tisu, roti pisng, murtabak, mi goreng mamak, pasembur, rojak, nasi alakandar, kari lauk ikan tenggiri, daging, ayam, ayam madu dan gulai kambing.

Di mana Restoran Masyhur? Mudah aje nak cari. Depan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Jalan Bayam. Kena masuk jalan yang sama depan dengan pintu Wisma Persekutuan Kota Bharu. Terus aje sampai hujung. Di sebelah kiri di situlah Restoran Masyhur. 

Punca gagal keluar hidup miskin

Masalah sikap dan cara hidup antara punca golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) gagal keluar dari kepompong kemiskinan selain faktor ekonomi.

Indikator kemiskinan merangkumi faktor ekonomi; masalah sikap; pengetahuan dan kemahiran; hubungan dengan masyarakat dan persekitaran.

Sebenarnya terdapat projek penjanaan ekonomi oleh beberapa pihak untuk membantu golongan ini tetapi terbantut sekerat jalan kerana masalah tertentu termasuk komitmen kurang daripada B40 menyebabkan mereka kekal dalam keadaan itu.

Sudah menjadi kebiasaan dalam rutin kunjungan kita ke rumah golongan miskin apabila sesetengahnya masih belum bangun tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi dengan alasan tidak ada kerja.

Malah kalau yang bekerja sendiri, mereka terlebih dahulu berada di kedai kopi sehingga berjam-jama sebelum memulakan pekerjaan.

Yang bekerja sebagai buruh kasar, pukul 11 pagi baru mula kerja. Masuk tengah hari, cuaca sudah panas dan mula hendak berehat dan makan. Sambung sebelah petang pukul tiga dan pukul empat sudah mahu pulang.

Sebelum balik ke rumah, sekali lagi singgah di kedai kopi atau warung. Sempat lagi duduk sejam dua sebelum masuk Maghrib.

Kononnya hendak rehat selepas penat kerja. Itu tidak lagi kira duduk kedai kopi pada waktu malam sehingga lewat malam.  

Kuantiti dan kualiti kerja tidak seberapa. Sukar untuk majikan memberi upah harian yang lebih.

Malah ada yang tidak datang kerja jika dapat gaji. Ada yang dibayar upah setiap minggu pada hari Khamis atau dua minggu sekali.

Mereka sepatutnya mempunyai halatuju dalam hidup. Tingkatkan kualiti dan kuantiti kerja. Kurangkan masa berada di kedai kopi berbual kosong. Balik kerja boleh usahakan tanah kosong di kawasan rumah. Elok jika dapat cari kerja tambahan lain seperti berniaga kecil-kecilan.

Nasib tidak akan berubah jika tidak berusaha untuk mengubahnya.

Saturday 16 December 2017

Mata wang dgital tidak diiktiraf BNM

Mata wang digital tidak diiktiraf sebagai mata wang sah, sekali gus tidak melindungi penggunanya jika berlaku sebarang pertikaian atau kerugian.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, mata wang itu tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan serta amalan pasaran yang terpakai pada institusi kewangan.

Justeru, orang ramai diingatkan bahawa mata wang digital tidak sah diperlakukan di Malaysia. Orang ramai perlu menilai dengan teliti risiko jika menjalankan urus niaga dalam mata wang digital.

Ini termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga ketara, ketiadaan pasaran yang dalam dan mudah terdedah terhadap serangan siber yang boleh menyebabkan kerugian ketara.

Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian jika berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian.

Sehubungan itu, BNM mengeluarkan draf cadangan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai penggunaan obligasi pelaporan untuk perniagaan pertukaran mata wang digital.

Menerusi cadangan itu, mata wang digital diletakkan sebagai institusi pelapor di bawah AMLA.

Cadangan ini bertujuan untuk memastikan langkah yang berkesan dilaksanakan bagi menangani risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia.

BNM berkata, cadangan itu termasuk obligasi ketelusan yang bertujuan memberi maklumat berkaitan, supaya orang ramai memahami dan menilai dengan lebih baik mengenai risiko berkaitan dengan penggunaan mata wang digital.

Sebagai institusi pelapor, penukar mata wang digital juga perlu mengisytiharkan maklumat terperinci kepada BNM.

Kegagalan mematuhi obligasi pelaporan membolehkan penukar mata wang digital dikenakan tindakan di bawah AMLA dan perkhidmatan ditamatkan atau tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

BNM tidak mengawal selia mata wang digital kerana ia tidak memberikan apa-apa konotasi bahawa BNM memberikan kebenaran, pelesenan, sokongan atau pengesahan kepada mana-mana entiti yang terbabit dengan penyediaan perkhidmatan mata wang digital.

Friday 15 December 2017

Gaya hidup punca masalah kewangan

Perubahan gaya hidup menjadi punca bebanan kewangan rakyat. Banyak perbelanjaan yang dahulunya tidak perlu, kini menjadi senarai perbelanjaan.

Dahulu tidak ada kos membayar bil internet dan telefon pintar, tetapi kini menjadi senarai penting. Masa tahun 80an tidak ada televisyen berbayar. Dahulu tidak ada restoran besar yang menyediakan berbagai jenis makanan dari Korea, Jepun dan Barat.

Dahulu, rakyat menggunakan air paip atau air telaga tanpa ditapis. Tetapi kini boleh dikatakan setiap rumah ada penapis air yang setengahnya harga mencecah RM5000.

Dahulu kalau sakit urat atau lengah badan, cari tukang urut atau makan majung. Namun, sekarang ada 'tukang urut' di rumah yang dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Semua itu perubahan gaya hidup yang memerlukan kos. Tidak salah untuk berubah asalkan mendapat keselesaan hidup. Namun, jika tidak mampu, hiduplah secara ikut kemampuan. Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Satu lagi peribahasa adalah, kalau kail sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Jangan buat sesuatu di luar kemampuan kita.

Kalau ingin menikmati kehidupan lebih baik, berusahalah lebih gigih. Rebut peluang yang ada walaupun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga. Utamakan kerja dan kurangkan berangan-angan. Cepat mengambil keputusan dan cepat bertindak. Jangan lepaskan peluang dengan alasan ada lagi peluang yang sama pada masa hadapan. Masa terus berjalan biarpun kita tidak menggunakannya. Inilah punca mengapa kita tidak berjaya.

Kelemahan dan kekurangan kita jangan disalahkan kepada orang lain. Sikap menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah keadaan menjadi lebih baik. Sebaliknya, terimalah kelamahan dan kekurangan dengan reda. Pada masa sama berusahalah untuk memperbaiki kelemahan itu. Betulkan apa yang salah. Tambah apa yang kurang. Dengan cara itu sahaja kita akan menjadi lebih baik.

Ketika rakyat bercakap tentang terpaksa berdepan masalah ekonomi, warga asing masih menjadikan Malaysia lubuk rezeki. Mereka sanggup menghabiskan banyak wang semata-mata ingin bekerja di Malaysia. Malah, mereka sanggup berdepan segala resiko, termasuk maut di perjalanan untuk sampai di Malaysia. Maka itu, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia dan hargai peluang yang ada.

Makan buah cupu rasa masam manis

Di Kelantan nama buah ini dipanggil buah cupu. Di Perak biasa disebut buah ceghopu, sementara di Negeri Sembilan dikenali buah kecupu. 

Di tempat lain ada mengenalinya dengan nama buah mencupu, buah cerapu, buah cekau dan buah cupak. Mungkin ada nama lain lagi kerana pokok kecupu cukup 'dekat' dengan kehidupan masyarakat dulu. 

Dalam bahasa Inggeris ianya disebut sebagai "button mangosteen" atau nama Latinnya ialah "garcinia prainiana".

Buahnya bewarna hijau tua semasa mudanya, berubah menjadi hijau muda bila beransur tua, sehingga menjadi kekuningan seperti warna pinang masak apabila ianya masak. 

Tidak diketahui khasiat buah kecupu, tetapi ia tetap menjadi pilihan orang dahulu. Mungkin rasa masam-masam manis menjadikan ramai terpikat kepada buah kecupu. 

Buah cupu muda biasanya dijadikan sebahagian sambal yang ditumbuk dengan ikan bakar dan sedikit kelapa parut. Hidangan menu sambal buah cupu memang terkenal di Kelantan. Namun, disebabkan sukar mendapat buah cupu, ia semakin tidak dikenali golongan muda.

Jika sudah masak, buah cupu rasanya masam manis. Buah cupu mempunyai getah yang lekit, boleh melekatkan bibir atas dan bibir bawah kita, tetapi tidak sukar untuk dibuang.

Thursday 14 December 2017

Pembedahan pertama terhadap manusia dilakukan sarjana Islam

Tamadun Islam yang bermula di Damsyik, kemudian berpindah ke Cardova sebelum membina kegemilangan di Baghdad telah memberi sumbangan besar kepada dunia dalam pelbagai bidang. Namun, perkara itu dinafikan oleh Barat yang mengaku penemuan dalam banyak bidang bermula di Barat.

Hakikatnya, ilmu dari sarjana Islam telah dicedok dan diperkembangkan di Barat sebelum mengaku itu hasil penemuan atau ciptaan awal mereka. Contohnya ilmu kedoktoran berkaitan pembedahan. 

Sekitar tahun 1000M, seorang doktor Al-Zahrawi menerbitkan 1,500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. 

Di antaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.

Sir John Bagot Clubb (16 April 1897-17 Mac 1986) menulis: "Sekolah-sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad setibanya zaman Mamun. 

Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan. 

Hospital pertama di Mesir dibuka pada tahun 872 M dan selepas itu hospital-hospital awam dibuka di seluruh empayar Islam, dari Al-Andalus dan Maghribi hinggalah ke wilayah Parsi."

Iindividu pertama cipta sabun

Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Islam telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. 

Menurut Ahmad Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi pusat industri sabun.

Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam. Sabun yang terbuat dari minyak sayuran seperti minyak zaitun serta minyak aroma.

Salah seorang sarjana Islam yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan berasal dari Persia. Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah.

Sabun yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.

Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut.

Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).


Dakwah cara berdakwah

Melakukan tugas dakwah perlu berhemah, bijaksana dan bersabar. Cara ini akan memudahkan usaha mengajak orang lain melakukan kebaikan. 

Firman Allah bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka dengan baik.” (Surah an-Nahl, ayat 125)

Menggunakan perkataan baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang didakwah adalah satu pendekatan yang baik. Sampaikan dakwah itu dengan kata-kata yang lembut dan menyenangkan hati. 

Firman Allah dalam surah Fushshilat ayat 33 memberi panduan bagi mereka yang ingin melakukan kerja-kerja dakwah yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah serta berbaik-baik dan mengaku ‘aku seorang Muslim.”

Justeru, amatlah bersalahan dengan apa yang disuruh oleh Allah apabila golongan yang menolak dakwah dipulau dan dipisahkan daripada masyarakat.   

Seseorang yang diseru melakukan kebaikan, tetapi masih enggan menerimanya bukan menjadi ‘beban’ pendakwah. Tugas menyampaikan risalah Allah telah dilakukan, tinggal lagi tidak berjaya seperti diharapkan.

Allah telah menjelaskan bahawa urusan memberi hidayah kepada seseorang bukan di tangan manusia. Rasulullah SAW sendiri berdepan dengan kesukaran ketika berdakwah di Makkah. Tidak banyak yang menerima Islam sebagai cara hidup biarpun Rasulullah SAW telah melakukan pelbagai usaha.

Seseorang pendakwah tidak boleh mudah putus asa. Sekeras-keras hati manusia akan tiba masanya menjadi lembut dan menerima apa yang didakwahkan kepadanya.

Rasulullah SAW memberi ingatan agar pendakwah sentiasa berhati-hati dalam menyentuh maruah, perasaan dan kepentingan orang yang ingin disampaikan risalah Allah. Kehadiran pendakwah jangan sampai dianggap musuh oleh orang yang didakwah. 

Siapa boleh laku tugas dakwah

Sesiapa saja boleh melakukan tugas dakwah, asalkan apa yang diberitahu dan disurah itu satu kebaikan yang patut turut dilakukan oleh orang lain. Untuk menjadi pendakwah tidak memerlukan satu kedudukan yang tinggi, kekayaan, pangkat atau keturunan mulia baru boleh melayakkan diri untuk berdakwah kepada orang lain. 

Rasulullah SAW mengarahkan agar tugas berdakwah dilakukan biarpun sekadar menyampaikan satu ayat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat”  (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi).

Setiap perkara yang didakwah mestilah perkara yang benar, mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan. Jika kita menyuruh atau melakukan perbuatan memunggut sampah yang dibuang merata-rata juga sebahagian daripada dakwah yang mana semua orang sepatutnya melakukan amalan mulia itu.

Menegur seseorang agar tidak melakukan perbuatan ditegah juga adalah dakwah, biarpun sekadar berkata ‘jangan’ kepada sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang itu.

Tugas dakwah penting dilakukan sepanjang masa memandangkan manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sesuatu dakwah mungkin perlu dilakukan berulang-ulang kali kepada orang yang sama. 

Sifat manusia mudah lupa dan tergoda melakukan perbuatan yang mendatangkan keseronakan, tetapi itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri dan orang lain. Jadi, tugas dakwah tidak hanya terhenti apabila telah menyatakan sekali kepada sasaran yang didakwah itu. 

Sebab itu juga, kita memerlukan lebih banyak orang yang bersedia menjadi pendakwah dan bukannya yang perlu didakwah. Amalan nasihat dan menasihat perlu dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat untuk mengelak kerugian. 

Firman Allah SWT bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapkan kesabaran” (Surah al-Ashr 103: 1-3).

Kita memang perlu mengambil berat tentang apa yang berlaku di sekitar kita kerana ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kita juga. Ini bukan soal menjaga tepi kain atau menjadi kaki sibuk, tetapi satu keperluan untuk kebaikan semua.

Yang menjadi pendakwah mesti melakukan secara jujur atas niat mebuat kebaikan, bukan sekadar ingin mencari kesalahan orang lain. Manakala yang didakwah pula hendaklah menerimanya dengan hati dan fikiran yang terbuka. 

Setiap orang perlu menerima teguran dengan seadanya. Jika benar telah lakukan kesalahan, perbetulkan segera dan berterima kasihlah kepada mereka yang menegur itu. 

Sebaliknya, jika apa yang dicuba diperbetulkan itu sebenarnya tidak ada apa yang harus diperbetulkan kerana ia sememangnya telah baik atau tidak mendatangkan keburukan, anggaplah ia salah faham.

Kesalahan dilakukan seseorang jika tidak diperbetulkan akan turut memberi kesan kepada orang lain. Sebab itu ia tidak boleh dianggap urusan individu semata-mata.  Sebaliknya ia adalah permasalah seluruh anggota masyarakat yang perlu ditangani sebaik mungkin. 

Setiap kemungkaran yang berlaku perlu dicegah segera biarpun nampak kecil  Sebenarnya yang kecil perlu diberi keutamaan untuk dicegah kerana lebih mudah. 

Oleh itu, dalam menjalankan dakwah, kesabaran hendaklah diutamakan untuk menjamin kelangsungan walaupun diejek, ditentang dan diancam, tetap saja menyampaikan risalah Allah SWT kepada manusia tanpa rasa marah atau kecewa.

Pendakwah seharusnya mengerti bahawa tugasnya hanya menyampaikan, selebihnya adalah kuasa Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah Allah) saja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.” (Surah al-Maidah 5:99).

Kerja dakwah seru buat baik cegah lakukan keburukan

Kedudukan umat Islam semakin goyang disebabkan serangan bertalu-talu pihak musuh dan kegagalan umat Islam mengendalikan urusan peribadi, masyarakat dan negara.  

Kedudukan ini jika tidak diperbetulkan akan membawa umat Islam kepada malapetaka besar apabila kejahatan dan keburukan mengatasi kebaikan yang dikehendaki agama.

Sesungguhnya, masyarakat yang terbaik sentiasa mementingkan amalan menyeru melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Amalan itu dapat melahirkan satu masyarakat yang sentiasa mengambil berat soal keselesaan, keselamatan, keharmonian dan kebaikan bersama.  

Konsep ini dipanggil dakwah iaitu menggalakkan manusia berbuat kebaikan dan mengikut peraturan hidup, menyeru membuat kebajikan dan melarang daripada membuat perkara yang mendatangkan kesan buruk. Dakwah adalah usaha membawa orang lain kepada Islam, mengikut petunjuk agama dan melaksanakan ketetapan Allah.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: 

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Terdapat tiga pendekatan melaksanakan dakwah, iaitu pertamanya melalui tauladan. Orang yang menyeru kepada kebaikan menunjukkan contoh baik agar diikuti oleh orang lain.  

Dakwah secara itu lebih berkesan kerana dapat dilihat dan lahir perasaan orang lain untuk sama-sama melakukan perkara baik itu.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fusssilat 41:33)

Kaedah kedua ialah dengan cara lisan, menyatakan apa yang perlu dilakukan dan menjauhkan apa dilarang. Cara itu dapat menjelaskan banyak perkara lebih mudah.    

Cara ketiga pula ialah melalui pengantaraan tulisan di mana apa-apa yang hendak dijelaskan diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan gambar. Cara ini nampak seperti pasif tetapi lebih meluas dan boleh dimanfaat secara berterusan. 

Hasil tulisan boleh terus dimanfaatkan biarpun masa telah lama berlalu dan diulang cetak. Hasil penulisan masih boleh dimanfaatkan biarpun penulisnya telah meninggal dunia. 

Sekarang ini, fungsi media dan dan kemudahan telekomunikasi semakin berkembang yang boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan dakwah tanpa batasan. Kegunaan internet boleh dijadikan saluran melaksanakan dakwah tanpa sempadan.       

Tugas dakwah penting dilakukan setiap orang memandangkan ia tonggak kejayaan hidup bermasyarakat.  

Sesiapa tidak menjalankan tugas dakwah boleh dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan hidup dalam kelompok tertentu saja tanpa memikirkan mengenai masyarakat sekeliling.

Tanggungjawab penting ini harus digerakkan sepanjang masa dengan ikhlas, bersungguh-sungguh kerana ia amanah Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Nahl 16:125)

Elak cara bodoh tarik pelanggan

Kejayaan usahawan banyak bergantung bagaimana pemasaran produk dibuat. Pemasaran yang berjaya akan memperkenalkan produk ke pasaran dan seterusnya menjadi pilihan pengguna.

Pengukuhan jenama dan kualiti produk yang menepati kehendak pengguna juga amat penting untuk menyokong kebolehpasaran sesuatu produk kekal di pasaran.

Usahawan muda tidak perlu meniru cara segelintir pihak menarik perhatian pengguna melalui iklan yang memperbodohkan diri sendiri.

Strategi memasarkan produk dengan cara memfokuskan kepada kemewahan dan gaya hidup pengusaha adalah sangat mengelirukan dan merupakan contoh yang buruk kepada usahawan baharu.

Usahawan sepatutnya memberi pendidikan serta maklumat tentang kebaikan produk dan bukannya menjuruskan tumpuan kepada diri sendiri.

Kalau usahawan membodohkan diri untuk lariskan produk mungkin orang suka beli tetapi sekejap saja kerana apabila daya tarikan itu sudah tiada maka perniagaan akan merundum.

Orang ramai tidak berterusan dalam tempoh masa lama suka apa yang dilakukan itu.

Usahawan sepatutnya mendidik pengguna tentang kebaikan produk yang dikeluarkan dan bukannya mencari ‘spotlight’ untuk diri sendiri.

Apabila masyarakat mempunyai informasi yang baik mengenai produk, ia akan kekal mendapat permintaan biarpun aktiviti iklan telah dikurangkan.

Wednesday 13 December 2017

Bukti taat kepada Allah

Syariat Islam dibina di atas akidah yang benar kepada Allah, serta menjadi teras kepada pengabadian kepada Allah. 

Sesiapa mematuhi atau mengikut apa yang ditetap dalam syariat, maka bersaksilah bahawa dia adalah seorang Muslim sejati.  

Mereka itu layak menerima pembalasan syurga dan kekal selama-lamanya. Sebaliknya sesiapa yang tidak mengendahkan apa yang dinyatakan syariah, maka hidupnya sesat tanpa panduan.  

Apa yang dilakukan di dunia ini adalah berdasarkan kepada kehendak nafsu semata-mata. Kehidupan di akhirat nanti akan berakhir di neraka dan menerima azab pedih yang tidak terhingga.

Sesungguhnya pengertian iman adalah pengakuan dengan lidah, membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkan dengan anggota. Justeru itu, apa yang diucap hendak menyamai dengan apa yang dilakukan.  

Amatlah besar dosa mereka yang hanya mengaku beriman di mulut, sedangkan apa yang dilakukan menyamai tindakan mereka yang tidak beriman.  

Mereka itu mempersenda-sendakan hukum agama dan menjual agama demi kenikmatan hidup di dunia.

Untuk menyempurnakan keimanan, maka perlulah dibuktikan dengan perlaksanaan seperti yang ditetapkan oleh syariah. Iman bukan sekadar ilusi, tetapi sebenarnya merupkan realiti. Apa yang dikata mesti dibuktikan. 

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan syariat dalam memandu kehidupan yang sempurna. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh manusia.  

Syariah Islam lengkap sepenuhnya untuk dijadikan panduan kepada manusia sepanjang zaman hingga ke hari kiamat.

Sesuai dengan kedudukan syariah sebagai panduan hidup, maka sudah pasti ia mampu untuk menyelesaikan permasalahan sosial masyarakat.  

Sebenarnya masalah sosial yang dihadapi manusia sekarang adalah berpunca daripada tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syariah. 

Manusia tidak mampu untuk menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi, melainkan memerlukan panduan dan peraturan yang ditetapkan sendiri oleh Allah.  

Syariah yang ditetapkan sepertimana terkandung dalam al-Quran, hadis, ijmak dan kias adalah penduan sempurna yang mampu menyelesaikan segala permasalahan manusia.

Harapnya kita tidak terpengaruh dengan gerakan dilakukan pihak orientalis yang merendah-rendahkan kedudukan syariah Islam yang menuduh kemunduran umat Islam adalah berpunca syariah yang didakwa ketinggalan dan tidak releven untuk diamalkan pada masa kini.

Sesungguhnya, penganut Islam tidak lekang daripada menghadapi fitnah dan serangan yang dilakukan oleh pihak yang berkepentingan.

Perang nafsu pengaruhi akal

Keistimewaan manusia berbanding ciptaan lain ialah dikurniakan akal dan nafsu. Akal membolehkan manusia memilih atau menentukan apa yang baik dan buruk. Sedangkan nafsu adalah satu perasaan yang mendorong untuk melakukan sesuatu. 

Nafsu ada dua sifat iaitu membawa kebaikan (mahmudah) dan mendorong melakukan keburukan (mazmumah). Kedua-dua jenis nafsu ini saling menguasai diri seseorang. 

Jika mahmudah yang lebih kuat, maka kebaikan yang lebih banyak dilakukan. Sedangkan jika mazmumah yang lebih berkuasa, maka terjelmalah keburukan dan durhaka lebih banyak dilakukan.               

Sifat mahmudah dan mazmumah dalam diri manusia lahir dari kebiasan yang diamalkan. Ia berkait rapat dengan tahap keimanan.  

Mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah akan menjauhkan segala sifat tercela, kerana mereka sedar apa yang dilakukan di dunia ini akan menerima pembalasan di akhirat kelak.

Sesunguhnya manusia berdepan dengan musuh yang akan sentiasa mengajak melakukan keburukan dan penderhakaan terhadap Allah. Musuh yang dimaksudkan ialah syaitan. 

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu. Maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka." (surah Fathir, ayat 6).

Demi cita-cita menyesatkan manusia, syaitan akan menyusup dan menyelinap dalam semua aktiviti kehidupan manusia.  

Semua golongan tidak kira beriman atau tidak, kaya atau miskin, cedik atau bodoh, kuat atau lemah, alim atau jahil dan tua atau muda tidak terkecuali didampingi oleh syaitan.

Perlu ditegaskan, syaitan yang wajib dijauhi bukan saja berupa dalam bentuk kejadian asalnya yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia biasa. 

Malah, syaitan juga datang dalam bentuk manusia biasa yang hidup di alam nyata, yakni manusia yang telah terpengaruh dengan tipu daya syaitan menjalankan tugas-tugas syaitan. Syaitan menguasai golongan ini menjadi agen untuk menyesatkan manusia. 
                                                                  
Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “(Aku berlindung kepada Allah) daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan (menghembuskan) bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada jin dan manusia.” (Surah an-Nas, ayat 4-6)

Tuesday 12 December 2017

Hasil laut segar di Pasr Gok Kapor

Nama Pasar Gok Kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.

Perkataan 'gok' adalah dapur atau relau untuk memanaskan kulit kerang yag dijadikan bahan asas untuk membuat kapur.

Pasar Gok Kapor terletak 2 km dari bandar Kota Bharu. Keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana menjual hasil laut segar dengan harga berpatutan.

Sumber hasil laut seperti ikan, udang dan ketam diperoleh dari nelayan pantai di Kampung Kuala Besar dan Pantai Sabak.

Pasar ini beroperasi pada sebelah petang dari pukul 04.00 petang hingga 07.00 malam.

Selain hasil laut segar, di Pasar Gok Kapor juga terdapat jualan kuih, buah-buahan, keperluan dapur dan ikan kering dihasilkan pengusaha tempatan. 

Nombor telefon balai polis di Kelantan

KOTA BHARU
- Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bahru Tel: 09-7485522
- Balai Polis Badang Tel: 09-7742622
- Balai Polis Binjai Tel: 09-7652222
- Balai Polis Ketereh Tel: 09-7886014
- Balai Polis Kok Lanas Tel: 09-7888322
- Balai Polis Kota Bahru Tel: 09-7485522
- Balai Polis Kubang Kerian Tel: 09-7652480
- Balai Polis Melor Tel: 09-7834222
- Balai Polis Nilam Puri Tel: 09-7126722
- Balai Polis Pengkalan Chepa Tel: 09-7738222
- Pondok Polis Kuala Besar Tel: 09-7711222
- Pondok Polis Pantai Cahaya Bulan Tel: 09-7732188
- Pondok Polis Penambang Tel: 09-7483530
- Pondok Polis Pasir Tumboh Tel: 09-7657652
- Pondok Polis Peringat Tel: 09-7127222
- Pondok Polis Salor Tel: 09-7011522

MACHANG
- Ibu Pejabat Polis Daerah Machang Tel: 09-9751222
- Balai Polis Banggol Judah Tel: 09-9754640
- Balai Polis Machang Tel: 09-9751222
- Balai Polis Pulai Condong Tel: 09-7878222

KUALA KRAI
- Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai Tel: 09-9660675
- Balai Polis Dabong Tel: 09-9607889
- Balai Polis Kuala Krai Tel: 09-9666222
- Balai Polis Laloh Tel: 09-9669331
- Balai Polis Manik Urai Tel: 09-9660675
- Pondok Polis Mengkebang Tel: 09-9668453
- Pondok Polis Pahi Tel: 09-9663413
- Pondok Polis Telekong Tel: 09-9755222

GUA MUSANG
- Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang Tel: 09-912 1222/1223/2214
- Balai Polis Bertam Tel: 09-9125428
- Balai Polis Gua Musang Tel: 09-912 1222
- Balai Polis Paloh II Tel: 09-9281090

TUMPAT
- Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat Tel: 09-7257222, 7257223
- Balai Polis Chabang Empat Tel: 09-7258422
- Balai Polis Kuala Jambu Tel: 09-721195
- Balai Polis Palekbang Tel: 09-7196322
- Balai Polis Pengkalan Kubur Tel: 09-7212122
- Balai Polis Simpangan Tel: 09-7211409
- Balai Polis Tumpat Tel: 09-7257222
- Balai Polis Wakaf Baru Tel: 09-7196222
- Pondok Polis Bunohan Tel: 09-7211722
- Pondok Polis Padang Mandol Tel: 09-7907834
- Pondok Polis Kok Keli Tel: 09-7256001

PASIR PUTEH
- Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh Tel: 09-7867222
- Balai Polis Bukit Yong Tel: 09-7866222
- Balai Polis Cherang Ruku Tel: 09-6910322
- Balai Polis Pasir Puteh Tel: 09-7867222
- Balai Polis Selising Tel: 09-7891222
- Pondok Polis Gaal Tel: 09-7867622
- Pondok Polis Telosan Tel: 09-9754222

BACHOK
- Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok Tel: 09-7788222
- Balai Polis Bachok Tel: 09-7788222
- Balai Polis Gunong Tel: 09-835722
- Balai Polis Tawang Tel: 09-7767121
- Pondok Polis Bekelam Tel: 09-7788620
- Pondok Polis Jelawat Tel: 09-7789422
- Pondok Polis Melawi Tel: 09-7789412
- Pondok Polis Beris Kubor Besar Tel: 09-7788422

TANAH MERAH
- Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah Tel: 09-9556222
- Balai Polis Batang Merbau Tel: 09-9581662
- Balai Polis Batu Gajah Tel: 09-9581122
- Balai Polis Bukit Bunga Tel: 09-9468155
- Balai Polis Bukit Panau Tel: 09-9557232
- Balai Polis Gual Ipoh Tel: 09-9552157
- Balai Polis Lalang Pepuyu Tel: 09-7951222
- Balai Polis Nibong Tel: 09-9468022
- Balai Polis Tanah Merah Tel: 09-9556222
- Pondok Polis Kusial Tel: 09-9557233

JELI
- Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli Tel: 09-9440204
- Balai Polis Ayer Lanas Tel: 09-9468222
- Balai Polis Batu Melintang Tel: 09-9440577
- Balai Polis Jeli Tel: 09-9440204
- Balai Polis Kuala Balah Tel: 09-9361222

PASIR MAS / RANTAU PANJANG
- Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas Tel: 09-7908222
- Balai Polis Bakong Tel: 09-7967022
- Balai Polis Bunut Susu Tel: 09-7963597
- Balai Polis Jeram Perdah Tel: 09-7975422
- Balai Polis Lubok Setor Tel: 09-7963594
- Balai Polis Meranti Tel: 09-7976028
- Balai Polis Tok Uban Tel: 09-7942122
- Balai Polis Rantau Panjang Tel: 09-7950222
- Balai Polis Pasir Mas Tel: 09-7908222
- Pondok Polis Pohon Tanjung Tel: 09-7976022
- Pondok Polis Tendong Tel: 09-77183722
- Pondok Polis Gelang Mas Tel: 09-7976161