Friday 31 March 2017

Islam dituduh pengganas

Banyak cara serangan pemikiran dilakukan puak kafir untuk menghilangkan jatidiri orang Islam. Antara cara jahat yagn dilakukan adalah menuduh Islam dan penganutnya sebagai pengganas. Pakar orentalis seringkali mengaitkan Islam dengan keganasan dan peperangan.  Mereka menuduh Islam disebarkan melalui peperangan dengan mengambil sejarah sebagai bukti, kononnya Nabi Muhammad SAW telah memimpin banyak peperangan untuk tujuan melebarkan pengaruh Islam. 

Dakwaan ini memang mudah diterima oleh mereka yang cetak pemikiran kerana memang sejarah telah mencatatkan Rasulullah SAW telah mengepalai 27 peperangan.  Namun, perlu dinyatakan bahawa peperangan ini bukan atas kehendak Rasulullah SAW sebaliknya atas dasar mempertahankan diri, membantu rakan yang mempunyai perjanjian bersama dan kumpulan yang ingkar kepada perjanjian damai yang dimetrai, selain disebabkan tidak dibenarkan untuk menyebarkan Islam di kawasan tertentu.

Atas alasan itu, pihak orentalis pula menuduh sikap pihak tertentu dalam Islam yang melakukan perbuatan ekstrem bahawa itu adalah ajaran Islam.  Tuduhan itu tidak berasas kerana Islam lebih pentingkan keamanan dan kesejahteraan. Islam tidak menyokong sebarang bentuk kekerasan.  

Islam lebih mementingkan gerakan kesederhanaan atau wasattiyah.

Barat tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan oleh kumpulan ekstrem itu sebenarnya berpunca sikap sesetengah pihak yang menindas dan memusuhi Islam.  Pun begitu, walaupun apa alasanya, Islam tidak membenarkan keganasan dilakukan terutama melibatkan golongan kanak-kanak, perempuan dan mereka yang tidak berdaya. 

Label sebagai pengganas telah menyebabkan umat Islam dipandang seorang.  Apa saja tindakan umat Islam dicurigai oleh rakyat dan negara bukan Islam.  Macam-macam sekatan dan ancaman dilakukan terhadap orang Islam.  Perbuatan itu sebenarnya salah satu tindakan terancam untuk terus mengenakan tekanan kepada orang Islam yang dilihat semakin mengancam kedudukan mereka. 

Keadaan itu sekaligus memberi tekanan besar kepada umat Islam dan sekaligus memusnahkan potensi umat Islam untuk terus mendapat hak di negara bukan Islam.  Semakin teruk apabila terdapat individu Islam yang bertindak di luar batasan undang-undang disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang diterima itu dengan melakukan perkara yang nyata salahnya. 

Tindakan seumpama itu dijadikan bukti oleh bukan Islam bahawa benarlah orang Islam layak dipanggil sebagai ekstrem.  Inilah situasi yang berlaku apabila umat Islam bangkit membantah ketidakadilan layanan yang diterima oleh mereka di beberapa buah negara Eropah.

Senarai parti serpihan PAS

Sejarah penubuhan atau lahirnya Pas adalah dari rasa kecewa Ahmad Fuad merebut jawatan Yang Dipertua (Presiden) UMNO apabila kalah kepada Tunku Abdul Rahman.

Maka tidak hairan jika sikap dan pembawaan pemimpin dan penyokong Pas juga begitu yang telah melahirkan beberapa parti baru.

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) diasaskan oleh Datuk Muhamed Nasir pada tahun 1977 apabila beliau dipecat oleh Pas.

Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti Barisan Nasional. Ketika itu, Pas adalah sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional. Akhirnya Pas menarik diri daripada Barisan Nasional dan hilang penguasaan negeri Kelantan. 

BERJASA membentuk kerajaan gabungan dengan UMNO selepas pilihan raya negeri tahun 1978. BERJASA lalu menyertai Barisan Nasional, namun sokongan bagi BERJASA hilang dalam pilihan raya seterusnya.

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) telah dilancarkan penubuhannya oleh Pengerusi penaja HAMIM, Datuk Asri Muda, pada 24 Mac 1983.

Tan Sri Asri Muda dan Datuk Muhamed Nasir, kedua-duanya adalah bekas Menteri Besar Kelantan. Asri menjadi Menteri Besar dari 1964 hingga 1973, manakala Muhamed pula untuk tempoh 1973 hingga 1978.

Pada 1989, kedua-dua parti itu menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di bawah pimpinan Tengku Razaleigh yang ketika itu memimpin Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46). APU turut disertai Pas.

Satu lagi parti serpihan Pas ialah Islah yang lahir akibat rasa tidak puashati sebilangan pemimpin tehadap keputusan Muktamar.  

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang kemudianya dikenali Parti KITA ditubuhkan Hanafi Hamat sekitar tahun 1985 juga serpihan dari Pas. 

Berlainan dengan HAMIM dan BERJASA yang mendapat sokongan sebahagian besar ahli Pas menyertainya, penubuhan Islah dan AKIM tidak mendapat sokongan ramai.

Parti Amanah Negara memberi tamparan hebat kepada Pas kerana ia mempunyai kekuatan dan pengaruh tersendiri kerana ia digerakkan oleh sebilangan besar pemimpin Pas yang dikenali sebagai barisan pemimpin progresif yang kalah dalam pemilihan pada Muktamar tahun 2015, diketuai Mohamed Sabu.

Setiap pemimpin mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing. Mereka ini mempunyai banyak pengaruh terutamanya terhadap golongan profesional dalam Pas, anak-anak muda serta pengundi atas pagar yang selama ini menyokong Pas.

Akta 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah

Akta 355 adalah suatu akta untuk memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

Akta ini mula-mula dikanunkan pada tahun 1965 dan waktu itu, ia dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Hukuman yang tersenarai dalam akta ini ialah denda RM1,000 dan penjara 6 bulan.

Pada tahun 1984 dibuat pindaan dan dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984. Pindaan itu meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.

Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak dan dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989.

Pada tahun 1997 sekali dipinda tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.

Bermula dikanunkan dan kesemua pindaan diusulkan oleh pihak kerajaan. Malah, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan sudah mula membincangkan berkaitan untuk membuat pindaan sejak beberapa tahun lalu.

Namun, tiba-tiba pada tahun 2016, Pas melalui ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang telah membawa secara usul persendirian untuk membuat pindaan terhadap Akta 355.

Sejak itu RUU 355 mula menjadi polimik melibatkan pemimpin politik, NGO dan rakyat.  Banyak pihak melihat RUU 355 sebagai jalan belakang kepada pelaksanaan hudud, terutama di kalangan bukan Islam yang menjadikan mengapa mereka menentang.

Ketakutan itu berasas kerana di kalangan pemimpin Pas sebelum itu mendakwa ingin melaksanakan hudud.  Jadi, sebarang bentuk usul yang diusahakan oleh Pas dilihat sebagai usaha ke arah melaksanakan hudud.

Sama ada ke arah hudud atau tidak, hakikatnya ia adalah hanya terpakai terhadap orang Islam.  Mengapa bukan Islam perlu gusar dan takut mengenainya. Lebih pelik lagi apabila turut melibatkan ahli parlimen beragama Islam yang sebelum itu beriya-iya ingin memperjuangkan hudud ketika bersama-sama Pas.

Bagi ahli akademik dan perundangan, isu RUU 355 perlu diteliti dengan bijaksana. Ia bukan isu untuk kepentingan politik, sama ada menyokong atau menentang.  RUU 355 adalah syiar Islam dan untuk kebaikan umat Islam serta masyarakat seluruhnya.

Jadi, ia perlu dirancang dan bincang secara mendalam. Hakikatnya, ia hanyalah sebuah cadangan perubahan aturan undang-undang yang sangat bersifat prosedural yang melibatkan mahkamah bawah bidang kuasa persekutuan.

Maka, setiap Muslim boleh memilih untuk menyokong ataupun menolak perubahan aturan ini, tetapi biarlah munasabah dan tidak dipengaruhi fahaman politik.

Namun, perkara ini sukar untuk diterima di kalangan ahli politik Malaysia. Mereka lebih mementingkan politik.  Sebab itu, banyak perkara yang dahulunya diperjuangkan, bertukar menentang apabila bertukar blok politik.

Asal saja perkara itu diusulkan oleh bukan blok politik mereka, maka perkara itu perlu ditentang. Sedangkan yang sepatutnya ialah sama-sama berbincang untuk mencari sesuatu yang lebih baik.

Sebelum cadangan dibawa ke parlimen, perlunya rundingan dan perbincangan dengan banyak pihak, antaranya pihak berkepentingan dalam isu ini, seperti bidang penguatkuasaan, pendakwaan, hakim Mahkamah Syariah, peguam syarie, dan jabatan-jabatan agama untuk memastikan kelancaran proses pindaan akta ini.

RUU 355 ini bagus kerana ia bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Tetapi yang menjadi kebimbangan adalah dari sudut pelaksanaan, kecukupan fasiliti dan sejauh mana kemampuan sistem undang-undang di peringkat negeri bersedia untuk menjalankan hukuman tersebut.

Contohnya institusi penjara, pemakaian kaedah pembuktian Mahkamah Syariah yang lebih menyeluruh, memastikan semua daerah mempunyai jumlah hakim syarie yang mencukupi, dan mempersiapkan pelatihan profesional kepada pihak-pihak yang akan terlibat sebagai contoh bahagian pendakwaan, guaman, kehakiman dan pengurusan Mahkamah Syariah.

Jangan disebabkan ketidaksempurnaan melaksanakan hukum Islam, Islam difitnah.
Apabila pindaan ini diluluskan dalam keadaan persediaan yang tidak rapi dan sempurna, ia akan membuka jalan kepada keburukan yang lebih besar.

Nama baik Islam akan tercalar dek kerana sistem keadilan syariah yang tidak teratur dan tidak adil.

Seterusnya, wujud persepsi dari segi ketidakmampuan sistem undang-undang negeri untuk menjalankan hukuman tersebut, terutamanya pada bahagian pendakwaan dan perlaksanaan hukuman,yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

Di samping itu, ketidaksempurnaan perlaksanaan hukum Islam juga akan mencemari nama baik negara Islam itu sendiri.

Sebagai contoh,perlaksanaan syariah di Pakistan telah menyebabkan mangsa rogol dibicara bawah hukuman zina sehingga mangsa rogol juga dimasukkan ke dalam penjara.

Di negara Sudan, kes terkenal Mahmud Mohd Taha (yang dibunuh kerana pandangan politik yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan syariah).

Ia menggambarkan bukan sahaja kurang kesempurnaan dalam perlaksanaan hukum Islam, tetapi salah guna institusi agama untuk menindas orang yang mereka tidak suka atau menyingkirkan individu tertentu kerana kepentingan politik.

Jadi, jelas bahawa ketidaksempurnaan pelaksanaan hukum Islam akan memberi kesan yang besar.

Pindaan ini matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memberi ruang kepada profesion kehakiman syariah. Hentikan isu ini dijadikan bahan untuk kepentingan politik.

Semakin lama polimik ini berterusan, ia menampakan tiada kerjasama di kalangan ahli parlimen Islam dan membawa perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Thursday 30 March 2017

Khasiat durian selat

Durian selat atau durian belanda kini jadi rebutan. Disebabkan ramai ingin mendapatkan durian belanda, bekalan tidak mampu memenuhi permintaan. Harga durian belanda meningkat tinggi berbanding sebelum ini yang kurang mendapat permintaan. 

Fenomina ini disebabkan khasiat durian selat yang hebat untuk merawat barah. Manfat dan faedah yang ditemui dalam durian selat menjadikan buah itu amat berharga untuk tujuan kesihatan. 

Memang betul sekarang ini durian belanda mendapat permintaan tinggi. Semuanya gara-gara khasiat durian belanda yang tular di media sosial dan media massa. Sekarang ini, kalau tidak berpeluang makan buah durian belanda, pencari durian belanda akan menggunakan duan.

Daun durian selat boleh dirubus untuk diminum airnya bagi tujuan perubatan. Ada juga yang mengeringkannya dan dibuat teh daun durian belanda.

Fenomina ini satu yang pelik juga. Dulu buah durian selat macam tiada harga. Tetapi, kini daunpun sudah ada nilai. Orang ghairah dan berahi kepada durian selat. Benih durian selat dicari merata untuk ditanam di laman rumah.   

Fenomina ini berpunca heboh diperkatakan mengenai khasiat durian selat. Paling besar khasiatnya ialah untuk melawan kanser.

Apa tidaknya, memang orang akan berlumba-lumba mendapatnya jika ada yang mengatakan khasiat buah durian selat ini 10,000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Biar betul?

Durian selat atau atau Soursop, dari keluarga Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib. Itu hasil kajian di negara maju.

Durian selat buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat buah durian selat ini memberikan kesan anti tumor yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. 

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang  kurang baik.

Keyakinan terhadap kemujaraban durian selat itulah yang menjadikan permintaan terhadapnya amat tinggi. Harganya mencecah hingga RM20 satu kilo. Kalau dapat RM15 sekilo itu dah kira baik. Malah, timbul masalah untuk mendapat bekalan. Permintaan mengatasi penawaran. Sebab itu harganya naik mendadah,

Jika bekalan buah durian selat terus tidak mampu memenuhi permintaan, ada kemungkinan orang akan sanggup membeli daun durian selat. Kira macam pepatah, kalau tidak ada rotan, akar pun berguna. Tambahan pula khasiat dari daun dan buah dikatakan sama-sama hebat.

Hebat sekali godaan buah durian selat. Nak tunggu buahnya memang lambat mendatangkan hasil. Jual daun pun boleh untung.

Cara bina Melayu jadi kuat

Melayu mesti kuat untuk hadapi cabaran masa kini. Kuat Melayu bermakna Islam hebat di Malaysia. Sesiapa berusaha bina Melayu kuat, itu juga cara berjuang untuk Islam. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mengenai takrif Melayu adalah beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Maka, jika seorang Melayu meninggalkan Islam, bermakna dia tidak lagi dianggap Melayu.

Dengan kata lain, jika memperjuangkan Melayu, bermakna memperjuangkan Islam. Akar Melayu itu Islam. Banyak Melayu di Malaysia asalnya bukan Tanah Melayu, hingga ada dari benua India. Mereka jadi Melayu melalui Perkara 160 (2) yang kata akarnya adalah Islam. 

Umat Melayu sama ada kepemimpinan mahupun pengikutnya harus bersedia memperkasa diri dengan penghayatan Islam. Usaha membina keteguhan nilai yang mampu mencernakan amanah, keadilan, kejujuran dan keikhlasan perlu dijadikan teras perjuangan.

Pemimpin Melayu tidak wajar berdolak dalih dan menghalalkan perjuangan sedangkan apa yang dilakukan itu bersifat perpecahan dan permusuhan sesama Melayu. Islam tidak membenarkan perpecahan semata-mata untuk mencapai kemenangan. 

Akibat buruk perpecahan tidak berbaloi dengan kemenangan yang dicapai. Ini kerana kemenangan itu pula akan dicabar oleh pihak yang kalah. Akibatnya, perpecahan terus berlaku dan mendatangkan kerugian berpanjangan kepada bangsa dan agama.

Rakyat Malaysia bukan berbangsa Melayu dan bukan Islam tidak patut bimbang dengan hak keistimewaan yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada bangsa Melayu.  

Perkara 153 meletakkan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera, tetapi pada masa sama turut menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Perkara 3 pula meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Perkara 153 bukan untuk Melayu saja, tetapi juga kaum bumiputera serta kaum-kaum lain. Sedangkan Perkara 3 dengan jelas membenarkan agama-agama lain diamalkan dengan aman dan damai. 

Jikalau Melayu tamak kuasa dan menzalimi kaum lain, sudah tentu kaum-kaum lain tidak akan diterima secara automatik sebagai warganegara berdasarkan kepada prinsip jus soli yang memberi taraf kewarganegaraan berdasarkan kepada tempat dilahirkan. 

Kaum Cina dan India diterima sebagai warganegara dalam proses negara mencapai kemerdekaan melalui jus soli.  

Perkara ini tidak berlaku di negara-negara lain yang mana kaum asal menerima kaum pendatang untuk berkongsi kuasa dan kekayaan negara. Melayu telah melakukan pengorbanan besar dan tidak perlu diragui keikhlasan menerima kehadiran kaum lain demi mendapat kemerdekaan. 

Hari ini, untuk berjaya Melayu mesti menyelesaikan kemelut perpecahan sesama sendiri. Melayu perlu kembali kepada tuntutan Islam yang pentingkan perpaduan dan persaudaraan. Setelah perkara ini dapat diselesaikan, tidak ada lagi penghalang untuk Melayu mencipta kejayaan dan kegemilangan.

Kemajmukan tidak harus menjadi suatu realiti menakutkan. Integrasi boleh berlaku jika hubungan minda diperteguhkan, hubungan hati diperkukuh supaya setiap warga Malaysia berasa selesa dan yakin terhadap hala tuju kepimpinan negara.  

Harus wujud suasana kebebasan memberikan pandangan membina supaya setiap pihak berasa selesa dengan kritikan membina untuk kebaikan semua.

Melayu tidak harus leka, Melayu perlu terus melangkah maju dan berdikari. Melayu perlu berusaha menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka;

Melayu perlu memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

Seandainya bangsa Melayu mengekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan mereka dan berusaha ke arah memajukan bangsa, tiada apa yang tidak mampu dikecapi bersama.

Generasi muda Melayu harus mengenali dan memahami akar budaya bangsa demi memperkukuh jati diri tidak kira di mana jua mereka berada.

Pemahaman terhadap nilai yang terkandung dalam budaya Melayu secara tidak langsung dapat menghubungkan bangsa itu tanpa mengira sempadan negara.

Bangsa Melayu itu bertebaran di merata-merata. Dari negeri-negeri di Nusantara hinggalah ke Cape, Afrika Selatan. Melayu datang dari akar dan ideologi yang sama.

Bangsa Melayu harus menghargai persamaan dan berlapang dada dalam berkongsi adat resam terutama seni dan budaya tanpa menuding jari dan mempersoalkan siapa yang lebih berhak mewarisinya.

Orang Melayu ini bukan sekadar jadi tukang pancing atau bertani. Mereka berdagang, merantau dan membawa bersama budaya mereka keseluruh dunia. Hebatnya Melayu.

Matlamat Maqasid Syariah

Maqasid syariah menetapkan matlamat yang antara lain untuk mendapat kebaikan, menghilangkan keburukan, memilih yang kurang buruk dan mengutamakan kepentingan orang ramai berbanding individu. Maqasid syariah memberi panduan yang jelas untuk mencapai matlamat itu berdasarkan al-Quran dan sunah. 

Mendapat Kebaikan

Kebaikan adalah matlamat hidup. Tidak ada manusia yang ingin kepada keburukan atau menolak kebaikan.  Namun, dalam mencari kebaikan atau keuntungan diri, orang Islam perlu terikat dengan hukum dan peraturan. Dalam hal ini penetapan hukum melalui maqasid syariah adalah penting dilakukan di kalangan ulama untuk dijadikan panduan masyarakat umum. 

Antara yang perlu diberi perhatian untuk membangunkan umat Islam ialah melalui jihad ekonomi. Umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. 

Di Malaysia, antara yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan bidang ekonomi orang Islam dengan mewujudkan amanah saham yang dilihat dapat memberi pulangan yang baik, selain kemungkinan rugi lebih rendah berbanding melabur di bursa saham.

Namun, terdapat pendapat yang mengatakan saham amanah yang dikendalikan oleh Perbadanan Nasional Berhad tidak memanuhi tuntutan syariat atau haram. Dalam hal ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pelaburan dalam amanah saham seperti Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan skim amanah saham lain yang dikendalikan oleh Perbadanan Nasional Berhad adalah harus, yang antara lain hujahnya adalah untuk mendapatkan kebaikan.

Menghilangkan keburukan.

Antara matlamat maqasid syariah ialah menghilangkan keburukan. Tidak ada orang ingankan keburukan terjadi kepada diri, keluarga dan sesiapa saja yang disayangi. Bahkan, sebagai umat Islam, seluruh orang beragama Islam adalah dianggap sebagai bersaudara. 

Kita tahu semua orang ingin cepat sampai ke tempat dituju. Jadi, apabila memandu, mereka akan memandu laju. Banyak orang sanggup mengubah suai kenderaan masing-masing untuk meningkatkan kelajuan kenderaan masing-masing biarpun melibatkan kos yang mahal. Begitu juga, orang membeli kereta berkuasa tinggi yang harganya berkaliganda lebih mahal semata-mata untuk kelajuan. 

Namun, kerajaan menetapkan peraturan had laju.  Siapa memandu melebihi had laju ditetapkan, mereka akan dikenakan denda. Peraturan itu bertujuan untuk menghilangkan keburukan yang timbul akibat memandu laju. 

Mengikut statistik dikeluarkan JPJ dan Polis, antara faktor terbesar menyumbangkan kepada berlaku kemalangan ialah memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Kadar kemalangan jalan raya di negara kita antara yang tertinggi di dunia. Purata 15 kematian setiap hari akibat kemalangan. 

Negara kehilangan modal insan dan kerugian ekonomi yang besar setiap tahun.  Amat malang sekali, majoriti yang menjadi mangsa korban adalah orang Islam. Justeru, pemahaman mengapa kerajaan menetapkan had kelajuan adalah untuk menghilang atau mengurangkan kadar kemalangan. Dalam konters maqasid syariah ia bertujuan untuk menghilangkan keburukan.

Memilih Yang Kurang Buruk.

Dalam kehidupan seharian kita tidak lepas berdepan dengan dua atau lebih pilihan.  Maka dalam hal ini, maqasid syariah menetapkan kita perlu memilih apa yang lebih baik dan ke arah lebih baik.

Hal ini dapat kita lihat dalam kes pemberian jarum suntikan percuma kepada penagih dadah dan meterdom untuk mengatasi masalah ketagihan dadah.  Banyak pihak yang mendakwa tindakan kerajaan itu akan lebih menggalakkan penagih melakukan suntikan. Kemungkinan itu ada, tetapi itu akan dapat mengelak mereka berkongsi jarum. Maka, itu dapat mengurangkan kadar jangkitan AIDS di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan ketika mengambil dadah.

Laporan Kementerian Kesihatan mendapatan kadar kejayaan program itu memberangsangkan, biarpun tidak mencapai sasaran. Dengan kata lain, program itu berjaya mengurangkan kesan buruk, biarpun keburukan masih tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Justeru, program itu perlu diteruskan dan diusahakan kaedah lebih baik untuk mencapai kejayaan.    

Utamakan Kepentingan Orang Ramai Berbanding Individu.

Konflik kepentingan memang sering berlaku dalam kehidupan seharian.  Masing-masing mendakwa hak dan kepentingan masing-masing. Dalam hal ini maqasid syariah menentukan apa yang sepatutnya dilakukan.

Contohnya, seorang peniaga berniaga di bahu jalan kerana jualannya laku dan memberi keuntungan yang besar, berbanding jika dia berniaga di tempat yang dikhaskan untuk peniaga. Malang sekali perbuatan itu menyebabkan menghalang dan mengganggu lalu lintas, bahkan mendatang bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Usaha peniaga itu mencari rezeki memang tepat dan dipuji. Kita perlu mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Namun, perbuatan itu boleh mendatangkan masalah dan kemudaratan kepada orang ramai. Tambah lagi, kecelakaan yang mungkin terjadi lebih besar daripada manfaat yang diperoleh. 

Maka, berdasarkan kepada maqasid syariah, tindakan perniaga itu adalah salah dan wajar pihak berkuasa mengenakan tindakan menghalangnya daripada terus berniaga di situ. Tetapi tindakan kerajaan sering disalahanggap sebagai zalim dan menyusahkan rakyat.  Perkara ini dapat diatasi jika mereka memahami maqasid syariah. 

Ketepatan hadis berkaitan sains

Hadis Nabi SAW berkaitan sains adalah benar dan tepat dengan apa yang dikaji oleh ulama kemudian dan ahli sains moden hari ini. Menariknya, hadis yang berkaitan sains itu bukan saja menepati pada masa zaman hayat baginda, bahkan melepasi jangkaan masa lebih seribu tahun. 

Dengan kata lain, hadis berkaitan sains bukan saja dapat dimanfaatkan pada masa itu, bahkan menjadi asas kajian kepada pengkaji terkemudian. Paling menarik, apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW hanya dapat dibuktikan lebih 1400 tahun kemudian, contohnya dalam hal wanita turut mengeluarkan air mani. 

Kebenaran hadis Rasulullah SAW tentu sekali mengejutkan para pengkaji. Mereka terpaksa melakukan kajian yang panjang, menggunakan perlbagai kelekapan moden, serta melibatkan banyak pakar, baru mampu mendapat keputusan kajian. Sedangkan Rasulullah SAW menyatakan sesuatu perkara tanpa melibatkan kajian.

Ternyata, bahawa kata-kata Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan biasa manusia, tetapi merupakan wahyu daripada Allah SWT.  Allah Maha Pencipta dan mengetahui apa saja mengenai kehidupan ini.  

Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajar berbangga dan menerima hadis tanpa ragu-ragu. Sesungguhnya, kebenaran pada hadis tidak dapat disangkal lagi.

Sekiranya bukan Islam menunjukkan minat untuk mengkaji dan mendalami apa yang terdapat dalam hadis,mengapa pula kita sebagai umatnya menolak atau memandang rendah kepada kebenaran hadis.

Sebenarnya banyak lagi hadis berkaitan sains yang menjadi sumber asas rujukan kepada para sainstis untuk membuat kajian lanjut dan mereka menemui kebenarannya. 

Contohnya hadis yang berkaitan dengan darah, kejadian atau pembentukan janin dalam rahim ibu, keberkesanan tanah sebagai alat menyuci, kebaikan melakukan aktiviti riadah dan banyak lagi. 

Sesungguhnya, alangkah eloknya jika kajian-kajian ini turut dilakukan oleh sainstis Islam dan dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk meneroka alam sains dengan lebih mendalam lagi.  Umat Islam mampu bangkit jika lebih peka kepada kajian sains dan teknologi serta hal berkaitan komunikasi moden hari ini. 

Namun, satu perkara yang perlu diingatkan, kebenaran hadis diharapkan tidak ada tokok tambah oleh pihak yang mengambil kepentingan berkaitan maksud hadis tersebut. Sekarang ini terlalu banyak pihak yang menggunakan hadis, terutama berkaitan khasiat sesuatu makanan sehingga melebih-lebihkan untuk menarik orng ramai membelinya.  

Contohnya berkaitan khasiat habbatussauda yang ‘dilebihkan’ hingga dianggap mampu menyembuhkan semua penyakit. Mereka menggunakan maksud hadis : “Dalam habbatussauda terdapat ubat dari segala penyakit kecuali mati.” (Hadis riwayat Muslim). 

Atas alasan itu, mereka mendakwa habbatussauda mampu menyembuhkan semua jenis penyakit. Hakikatnya, jika kita rujuk syarah hadis menjelaskan sebaliknya. Ini adalah salah satu bentuk penyalahgunaan hadis secara penipuan untuk kepentingan peribadi. 


Wednesday 29 March 2017

Nilai harga belangkas mahal di pasaran

Belangkas kini mendapat permintaan tinggi penggemar makanan eskotik. Tengok pada bentuk badan, ramai tidak menyangka isi dan telur belangkas boleh dimakan. Belangkas sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae.

Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Daging dan telur belangkas dikopek dari cengkerangnya sebelum dimasak. Biasanya dibuat gulai asam pedas dan masak lemak.

Namun, diingatkan kepada mereka yang tidak biasa mengopek atau mengeluarkan isi dagang dan telur belangkas, mereka perlu mempelajari atau mengetahui bahagian-bahagian tertentu badan belangkas. Tidak semua bahagian badan belangkas boleh dimakan. Ini kerana terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan seperti rasa pening.  

Belangkas semakin diminati sebagai makanan eskotik. Kini terdapat banyak restoran menyediakan hidangan belangkas yang mendapat permintaan ramai. 

Belangkas yang pada masa lalu tidak laku dan tidak diminati kini telah menjadi hasil dagangan ekspot. Terdapat pengusaha yang mengeksport belangkas ke luar negara.

Memandangkan permintaan belangkas semakin tinggi dan menyebabkan populasinya berkurangan, kerajaan melalui kerjasama pusat pengajian tinggi dan agensi penyelidikan berkaitan sumber air menjalankan kajian terperinci mengenai belangkas, terutama berkaitan pembiakan serta habitatnya.

Jika penangkapan belangkas dilakukan dalam skala yang banyak ia berdepan masalah kepupusan. Ini kerana proses pembiakan mengambil masa agak lama. Belangkas mengambil masa lama untuk matang seperti bertelur saja, prosesnya selepas mencecah usia 10 tahun.

Dalam tempoh sembilan tahun, belangkas akan salin kulit. Tahun kesepuluh pula ia baru mencari pasangan untuk mengawan.

Belangkas mempunyai nilai perubatan tinggi. Selain daging, telur dan darah, kulit (karapas) belangkas yang selama ini menjadi bahan terbuang tapi kini mempunyai nilai tinggi.

Kulitnya didapati mempunyai nilai kerana mengandungi kitin (bahan mentah menghasilkan kitosan dan berguna sebagai makanan untuk diet atau mengurangkan berat badan) yang tinggi berbanding biasa ditemui pada udang atau cangkerang ketam.

Kitosan dalam dunia perubatan digunakan untuk menyerap lemak dalam badan yang dijual dalam bentuk kapsul.

Memandangkan permintaan tinggi terhadap belangkas, kini terdapat usaha pemeliharaan belangkas di dalam sangkar.

Darah belangkas bernilai tinggi dapat sambutan

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Belangkas boleh dimakan sama ada telur atau isinya. Bagaimanapun, hanya belangkas betina yang sesuai dimakan kerana mempunyai banyak isi. Belangkas hidup berpasangan setiap masa. Sebab itu ada pepatah mengatakan seperti belangkas yang bermaksud pasangan yang sukar untuk dipisahkan. 

Selain belangkas boleh dimakan, kini belangkas mendapat permintaan tinggi kerana bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Barat  sejak 1988.

Sebab itu, belangkas kini mempunyai nilai komersal yang tinggi, terutama darahnya. Uniknya darah belangkas berwarna biru mempunyai nilai di pasaran yang tinggi di Barat. Fakta tahun 2013 mencatatkan harga bagi setiap liter darah belangkas boleh mencecah kira-kira RM18,000 di Amerika Syarikat.

Secara puratanya, untuk mendapat satu liter darah biru belangkas memerlukan kira-kira 100 ekor belangkas yang bersaiz kecil atau yang lazim terdapat di Semenanjung Malaysia. Namun, jika bersaiz besar yang biasa terdapat di Sabah, ia hanya memerlukan kira-kira 50 ekor sahaja.

Menariknya, darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Hanya kira-kira 10 peratus dari darah belangkas saja yang disedut dan kemudian dilepaskan semula ke habitat asal. Ia tidak ubah seperti proses menderma darah yang dilakukan oleh manusia. Jadi, ia boleh disedut berkali-kali dalam tempoh masa tertentu apabila ditangkap kembali.

Untuk memastikan bekalan mencukupi dan tidak putus, belangkas kini telah diternak secara khusus. Kawasan yang sesuai dipilih untuk dijadikan 'ladang' belangkas. Penternakan belangkas kini dianggap satu usaha yang amat menguntungkan. 

Maksud pepatah macam belangkas

Datuk nenek kita amat peka kepada pemerhatian alam seperti kehidupan haiwan, pokok, angin, siang, malam dan sebagainya. Mereka menterjemahkan pemerhatian itu dalam kehidupan seharian seperti seni ukir, pergerakan, cara hidup dan peribahasa.

Kita tentu pernah dengar pepatah 'macam belangkas' atau 'berkepit macam belangkas'. Perumpamaan itu tidak saja merujuk kepada pasangan kekasih, tetapi juga mana-mana individu yang mempunyai hubungan sukar berpisah dengan pasangan atau kawan masing-masing.

Mengapa belangkas dijadikan perumpamaan untuk menjelaskan perbuatan mereka yang berkepit atau sentiasa berada bersama-sama di mana saja seperti tidak dapat dipisahkan. Itulah tabiat belangkas sentiasa bersama pasangan sepanjang masa.

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropodlaut yang bentuk badannya mirip kepada topi besi tentera, tetapi lebih leper dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). 
 
Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Barat sejak 1988. 
 
Darah belangkas kini mendapat permintaan tinggi. Untuk memenuhi permintaan terhadap belangkas yang tinggi sama ada untuk mendapat isi atau darah, belangkas kini telah diternak secara komersal yang memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya.

Islam galak melancong

Melancong atau ziarah antara aktiviti digalakkan dalam Islam. Ini kerana melancong boleh dijadikan cara untuk pengukuhan iman dan takwa. Sesungguhnya, banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatian semasa melancong di tempat lain. 

Ini amat bertepatan dengan ajaran Islam yang amat mementingkan elemen mendengar, melihat dan berfikir dalam mencari kebenaran.

Firman Allah bermaksud: “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga yang dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Peri pentingnya melancong dan mengembara, maka Islam memberi bebeberapa kelonggaran dalam melaksanakan ibadat. Contohnya orang bermusafir dibenarkan berbuka atau tidak berpuasa Ramadan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Maka sesiapa yang di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang tidak berpuasa) itu pada hari-hari lain.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Islam datang bagi memperbetulkan persepsi manusia terhadap kehidupan kerana di sebalik pelaksanaan syariat Islam di dalam segenap aspek kehidupan pastinya akan membawa kebaikan kepada manusia. Begitulah juga dengan aktiviti melancong dan industri pelancongan itu sendiri.

Sesungguhnya Islam menyediakan cara hidup terbaik kepada manusia. Maka, kitalah sebagai orang Islam mempromosikan nilai-nilai murni itu kepada bukan Islam. Apa saja yang dilakukan yang memberi kebaikan adalah satu ibadah.

Antara manfaat yang diperoleh melalui kegiatan melancong jika dilakukan berdasarkan apa yang disarankan oleh agama ialah dapat memberi kekuatan jati diri dari segi ketakwaan, ketenangan jiwa, pengalaman, kesejahteraan, memulihkan semangat, penghayatan alam dan hubungan sosial.

Jelas sekali tujuan melancong yang dianjurkan Islam ialah supaya digerakkan mata hati untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran sepanjang pengembaraan. 

Justeru, walaupun melancong lebih bersifat santai, tetapi tidaklah sampai tidak memikirkan apa-apa. Dalam bersantai, minda masih perlu digerakkan secara positif supaya mendapat kebaikan ketika melancong.

Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa agar Allah memberi hidayah dan kebaikan daripada aktiviti melancong itu. Mereka mengumpul pengalaman dan pengamatan sepanjang mengembara untuk dijadikan sesuatu yang berharga apabila pulang ke tempat asal.

Melancong bermaksud melawat dan melihat tempat lain. Melancong tidak semestikan melawat tempat di luar negara saja. Melawat atau ziarah sanak saudara di dalam negara juga termasuk dalam erti melancong.

Sebenarnya aktiviti melancong bukan perkara baru yang dicipta dan diamalkan oleh masyarakat Barat seperti yang dianggap sesetengah pihak memandangkan ia menjadi satu budaya mereka.

Islam sebenarnya telah lama memperkatakan tentang aktiviti melancong dan menggalakkan agar umat Islam melakukan aktiviti itu untuk mendapat banyak kebaikan daripadanya. Dalam al-Quran terdapat kalimah seperti sihu, yasiru, siru dan al-rihlah yang mempunyai maksud berkaitan dengan mengembara dan melancong.

Islam menggalakkan melancong bukan sekadar mengunjungi sesuatu tempat dan bergembira, sebaliknya apa yang lebih penting ialah meneroka dan memperoleh kebaikan setiap perkara yang dilakukan. 

Setiap destinasi pelancongan mempunyai tarikan tersendiri yang menuntut agar kita berfikir tentang kekuasaan Allah menjadikan muka bumi ini dengan pelbagai perbezaan dan mempunyai kelebihan masing-masing untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Hukum segera urus jenazah

Apabila berlaku kematian, hendaklah disegerakan urus jenazah, iaitu memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan kemudian menghantar dan mengkebumikan.

Islam melarang jenazah lambat diuruskan. Keluarga atau pihak yang sepatutnya menguruskan jenazah perlu bertindak segera mengikut kesesuaian. 

Dibolehkan penangguhan jika wujud kesukaran. Contohnya, tidak harus mengebumikan jenazah pada sebelah malam jika keadaan gelap dan boleh mendatangkan bahaya.  

Satu lagi perkara perlu diberi perhatian atau diambil kira apabila berlaku kematian ialah berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Ini terutamanya berkaitan dengan hutang si mati.  

Perkara ini perlu dilakukan oleh waris si mati, terutama mereka yang menguruskan harta si mari.

Isu tidak membayar hutang si mati bukan perkara kecil. Justeru, soal hutang si mati perlu diutamakan dalam pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Roh orang beriman tergantung (terhalang dari mendapat nikmat) kerana hutangnya sehingga di tunaikan ke atasnya." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Perlu disedari bahawa harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya terikat dengan urutan di bawah ini dari segi penggunannya, bukan terus difaridkan.

Urutan seperti berikut.
- Digunakan untuk membayar kos pengembumian.
- Membayar hutang.
- Menunaikan wasiat.
- Difaraidkan kepada ahli waris.

Semoga waris dapat melaksanakan tugas ini sebaik mungkin.

Lirik lagu Gemuruh Faizal Tahir

Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

https://youtu.be/M4YdsWqUhiY