Sunday 31 March 2019

BEZA KURA-KURA DAN LABI-LABI

Kura-kura dan labi-labi adalah dua jenis haiwan yang berbeza, walaupun banyak orang beranggapan kedua-duanya jenis yang sama, hanya berbeza pada panggilan. Kura-kura dan labi-labi nampak seperti sama, tetapi mempunyai perbezaan yang nyata antara kedua-duanya.

Ciri labi-labi: (gambar atas)
- Lebih banyak menghabiskan masa di air.
- Mempunyai cangkang atau karapaks di bahagian atas yang lebih lembut.
- Karapaks lebih ringan.
- Memiliki selaput renang pada kaki.
- Leher lebih panjang.
- Hidung lebih panjang.
- Menyimpan udara di karapaks untuk membantu berenang.  

Ciri kura-kura: (gambar bawah)
- Lebih banyak menghabiskan masa di darat.
- Mempunyai cangkang atau karapaks keras di bahagian atas.
- Karapaks lebih berat.
- Tidak memiliki selaput renang pada kaki.
- Leher lebih pendek.
- Hidung lebih pendek.


KELAPA RENEK BERBUAH CEPAT

Ada lirik lagu 'setinggi-tinggi pokok kelapa' yang menggambarkan antara pokok yang tinggi ialah pokok kelapa. Dalam cerita Mat Jenin digambarkan Mat Jenin memanjat pokok kelapa yang tinggi sehingga dia sempat berangan-angan.

Gambaran pokok kelapa yang tinggi kini semakin hilang. Pokok kelapa yang tinggi kini hanya tinggal saki baki jenis yang lama ditanaman berpuluh tahun lalu. Kini baka atau varieti pokok rendah atau renek semakin mendapat pilihan.

Selain pokok yang rendah memudahkan memetik buah, varieti pokok rendah telah melalui proses kacukan yang mengeluarkan hasil buah yang lebih cepat, lebat, berkualiti dari segi air dan isi serta berukuran lebih besar.  

Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa. 

Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia dengan keluasan tanaman mencecah 3.8 juta hektar, kemudian diikuti Filipina yang mana keluasan tanaman kelapa di negara tersebut kira-kira 3.6 juta hektar. Berbanding Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014).

Sebenarnya, tanaman kelapa boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu kelapa tinggi (Tallvariety), kelepa renek (Dwarf variety) dan kelapa hibrik (Hybrid variety).

Kelapa jenis tinggi memang paling banyak terdapat di negara kita kerana itu adalah varieti asal. Antara Nama kelapa jenis tinggi adalah seperti Malayan, Rennel dan juga Samoan yang lazimnya tumbuh tinggi sehingga melebihi 70 kaki dengan batang yang besar ditapak bawahnya (tapak gajah), lambat berhasil (7 tahun baru berhasil) dan tahan lasak.

Akarnya kuat mencengkam tanah sehingga ia tahan dan tidak tumbang jika ditiup angin kencang. Kelapa ini menguasai 70% daripada varieti kelapa yang ditanam di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Buahnya besar dengan sabut tebal dan matang dalam 12-13 bulan sebelum gugur diatas tanah untuk dikutip.

Ada teknik memetik kelapa tinggi ini dengan menggunakan beruk, mengait dengan galah dan sebagainya.

Kelapa jenis renek, Ia mempunyai saiz batang yang kecil, pokok tidak tinggi dan membolehkan buah dituai dengan mudah. Pokok varieti tacunan adalah jenis renek yang mana pelepah daunnya masih mencecah tanah dan pokok sudah berbuah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. Kelapa tacunan mampu menghasilkan sebanyak 94 biji/pokok sepokok setahun.

Kelapa bibrid adalah kelapa hasil kacukan antara kelapa tinggi dan kelapa renek untuk mendapatkan ciri pokok rendah, buah besar, cepat berbuah dan tahan penyakit. Ia dibangunkan dengan kaedah kacukan silang yang bersistem untuk mempastikan hanya hibrid yang terpilih sahaja akan dijadikan benih untuk ditanam.

Di Malaysia antara kelapa hibrid yang popular adalah seperti kelapa matag (Matag Hijau - CN13, Matag Orange - CN14 dan Matag Gold -CN15).

Kelap hibrid lain yang pernah popular di tanam di Malaysia adalah varieti kelapa MAWA.

KELAPA TACUNAN JADI PILIHAN

Kelapa tacunan (Cocos nucifera) merupakan varieti kelapa yang popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. 

Kelapa tacunan adalah varieti kelapa yang cepat berbuah di mana tandan pertama lazimnya mencecah tanah. Ia boleh berhasil dalam masa kurang 2 tahun jika kawasan sesuai dan dijaga baik. 
 
Kelapa varieti tacunan ini merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa.

Ia sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk dari produk berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula dari kelapa.

Kelapa tacunan disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).

Selain itu, tacunan menjadi pilihan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya.

Kelapa tacunan merupakan varieti yang popular ditanam di negara Indonesia dan Filipina, dua negara pengeluar utama kelapa di Asia Tenggara kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.

Kajian mengenai jumlah isipadu air dalam kelapa tacunan adalah purata sebanyak 238 ml sebiji. Ini amat sesuai untuk dijadikan industri air kelapa dan cconut shake (boleh dapat 2-3 gelas!).

Apa yang istimewa mengenai kelapa tacunan ini juga mengenai kandungan dan tahap kemanisan airnya dengan bacaan 8.9%TSS (Total soluble sugar) iaitu agak manis.

Berat tempurung yang dikira sebanyak 212 gram sebiji dan memberikan berat isi segar sebiji kelapa memberikan purata 460 gram. Kajian sterusnya mendapati ketebalan isi kelapa adalah sekitar 10.7mm.

Analisa dilakukan terhadap kelapa tacunan mendapati berat kopra yang dihasilkan sebanyak 247 gram sebiji dengan hasilkan kandungan minyak sebanyak 53ml. Purata berat buah kelapa muda untuk kegunaan air minuman pula adalah sekitar 3,837gram yang mana ia mempunyai air dan sabut basah yang besar.

Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.  

Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia, diikuti Filipina dan tempat ketika Malaysia.

NEGARA PENGELUAR UTAMA KELAPA


Kelapa dikenali pokok serba guna. Seluruh bahagian pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Dari akar sehingga pucuknya ada kegunaannya. Justeru, pokok kelapa ditanam di seluruh kawasan di negara kita. Namun begitu, Malaysia bukan negara pengeluar utama kelapa.  

Di Asia Tenggara, mendahulu carta pengeluar kelapa ialah Indonesia dengan keluasan tanaman mencecah 3.8 juta hektar, kemudian diikuti Filipina yang mana keluasan tanaman kelapa di negara tersebut kira-kira 3.6 juta hektar. Berbanding Malaysia kini hanya mempunyai sekitar 95,000 hektar keluasan tanaman kelapa (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian MAlaysia 2014).

Penanaman kelapa dinegara yang berpulau seperti Filipina dan Indonesia merupakan pilihan terbaik untuk menjadi sumber ekonomi penduduknya.

Philippine Coconut Authority (PCA) telah mengenalpasti dua varieti kelapa renek di negara mereka untuk dikomersilkan iaitu varieti galas hijau dan varieti tacunan.

Kedua-dua varieti ini telah lulus untuk disyorkan penanamannya kerana ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya (firmness).

Dari segi fizikal, kelapa galas hijau mempunyai bentuk seragam yang membulat dengan purata buah bersaiz besar, sabut yang tebal dan juga tahap keseimbangan pokok dipucuknya.  

Ia juga mempunyai batang yang kukuh di pangkalnya dengan batang bawah lurus, pertumbuhan yang lambat meninggi dengan warna mayang (peduncle) kekuningan atau kehijauan.

Pada para penanam kelapa dan pengguna, ramai memilih kelapa galas hijau dan tacunan kerana kualiti airnya dan juga khasiat kesihatan yang ada padanya.

Kelapa tacunan dan galas hijau ini merupakan varieti yang popular ditanam di negara tersebut kerana ia memberikan nilai ekonomi kepada petani.

Saturday 30 March 2019

MEMBANTU SESAMA MAKHLUK


Tahukah anda apa yang dilakukan oleh lelaki di dalam gambar ini? Atau, apakah agaknya yang dilakukan oleh lelaki tersebut? Tentu ramai menyangka dia membuat teduhan untuk pokok yang daunnya semakin menjadi coklat dan akan gugur. Usaha itu untuk menyelamatkan pokok itu daripada mati.

Cerita sebenar di sebalik gambar tersebut ialah tindakan atau usaha lelaki tersebut untuk menyelamatkan atau memberi keselesaan kepada ibu burung ketitir yang sedang ramkan telurnya.

Burung ketitir itu mula membuat sarang di pokok tersebut ketika daun pokok masih hijau, Namun, pokok itu mati disebabkan musim panas dan ditambah pula baru sahaja dipindahkan ke tempat tersebut.

Akar-akar pokok itu belum dapat berfungsi sepenuhnya untuk menyerap air bagi meneruskan kelangsungan hidup di tempat baru.

Menyedari burung ketitir yang bertelur di situ memerlukan suasana yang lebih nyaman dan terlindung, maka lelaki tersebut yang juga bekas seorang guru, kini mengusahakan ladang buah-buahan, membuat teduhan untuk burung ketitir.

Semoga burung ketitir itu dapat menyempurnakan tugas mengramkan telur dan menetas melahirkan generasi baru yang bakal melengkapkan ekosistem di kebun buah-buahan.

Semoga usaha murni lelaki itu bakal diganjari pahala kebunnya mengeluarkan buah yang banyak pada masakan akan datang. Amin.

Gambar Lt Adnan sebelum perang meletus

Gambar pada 1937. Sebelum perang dunia kedua meletus. Ketika ini Lt Adnan (kanan) berpangkat CQMS (Company Quartermaster Sergeant). Sebelah beliau merupakan Bintara Muda Mohamed Bin Yunos, Navy British berpangkalan di Singapura. 

Mereka merupakan insan istimewa yang terpilih untuk menghadiri majlis pertabalan  King George VI di England di mana sekarang merupakan ayahanda kepada Queen Elizabeths.

Pada petang hening, 14 Februari 1942 sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda balas dendam dan marah kerana anak muda berpangkat leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani. 
 
Hanya maut yang membuatkan mereka berhenti daripada mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar dan isi perutnya terburai dimamah bayonet tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Terima kasih atas jasa kalian berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir. Semoga roh para pejuang ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Kisah pertempuran di Pasir Panjang

SEKSYEN 8 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954

Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menyatakan menjamu sesiapa sahaja dengan makanan, minuman, bekalan, wang, tiket atau apa saja kaedah lain bertujuan mempengaruhi seseorang secara rasuah untuk mengundi pada pilihan raya adalah satu kesalahan.

Seksyen 8 dan seksyen lain dalam akta sama seperti pengembangan perasaan jahat, permusuhan, pengaruh tidak wajar dan rasuah dimulakan dengan frasa sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tidak boleh dilakukan.

Bagaimanapun, ketika ini ialah tiadanya definisi dalam undang-undang tersebut dalam menentukan bilakah waktu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun jika kita lihat Mahkamah Pilihan Raya di United Kingdom, mereka telah menyatakan bahawa sebelum itu adalah apabila kita sudah tahu akan adanya pilihan raya.

Jadi, jika kes berkaitan dibawah ke mahkamah, ini sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

Apa yang penting semua parti politik dan calon-calon akan faham dan mematuhi bahawa tidak harus hanya melihat undang-undang itu tetapi juga mengangkat semangat undang-undang itu sendiri. Ini adalah satu isu yang sangat serius. 

Friday 29 March 2019

MSR STEAMBOAT PANTAI SENOK


Pengunjung ke Pantai Senok, Bachok yang kini lebih dikenali Pantai Pulau Nami disebabkan keindahan barisan pokok rhu yang seakan-akan di Pulau Nami, Korea Selatan, jangan lepas peluang untuk singgah di MSR Steamboat.

MSR Steamboat menawarkan pelbagai jenis makanan laut segar dengan kadar harga berpatutan.

Kawasan tepi pantai yang nyaman dan damai amat sesuai untuk menjamu selera.

KELEBIHAN KAIN FURSAN, JUBAH JADI SELESA, SEJUK

Salah satu metarial istimewa untuk membuat jubah perempuan atau abaya ialah kain fursan. Kebanyakan jubah dari Arab Saudi diperbuat daripada kain fursan.

Kain fursan menjadi pilihan kerana ia selesa dan sejuk di kulit apabila dipakai dalam cuaca panas. Pada masa sama ia menjadi penebat haba semasa musim sejuk. Sebab itu wanita di Arab Saudi boleh memakai abaya berwarna hitam di negara mereka yang panas pada siang hari dan sejuk pada waktu malam.

Selain itu, kain fursan agak 'berat' dan sedikit tebal. Ciri ini menjadikan apabila dipakai abaya tersebut jatuh dengan elok ke bawah. Jadi ia tidak menggerbang bila ditiup angin. Selain itu ia dapat melindungi aurat kerana ketebalannya.

Selain itu, kain fursan senang digosok, tapi lebih selesa jika digosok secara terbalik yakni gosok bahagian dalam abaya kerana tekstur bahagian belakang kain fursan sedikit kesat berbanding bahagian luar atau depan. Apabila diletakkan di atas papan menggosok ia tidak mudah lurut ke bawah.

Satu lagi keistimewaan kain fursan ialah tidak melekap di badan. Insya-Allah tidak menampakkan lekuk badan, melainkan pakaian itu memang dijahit mengikut potongan badan dan sendat.

BUNGA CEMPAKA PUTERI SAADONG

Mereka yang berkunjung atau mendaki Bukit Marak, bukit lagenda yang dikaitkan dengan Puteri Saadong, berpeluang menjumpai bunga cempaka yang gugur di kawasan puncak.

Bunga cempaka itu berwarna kuning. Penemuan bunga cempaka kuning itu bagi setengah orang dikaitkan dengan Puteri Saadong.

Bunga cempaka memang terkenal dalam mesyarakat Malayu. Kecantikan dan bau yang harum menjadikan ia lambang kepada kecantikan. Sebab itu, cempaka sering dijadikan nama bagi wanita pada masa dahulu.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Cempaka (atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba), warna kuning dan warna merah (michelia champaca). Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.

Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. 

Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.

Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan methulaethulazijnzuur.  

Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

CARA MUDAH PROSES MEMBUAT GARAM

Garam merupakan bahan yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Garam daripada pelbagai sumber telah digunakan sejak zaman awal kehidupan manusia.

Hidup tanpa garam menjadikan selera terbantut, proses pengawetan tidak dapat dilakukan dan sebagainya. Sebab itu, perdagangan garam telah berlaku rentas benua sejak zaman manusia mula berniaga dalam jarak jauh.

Jadi, industri penghasilan garam amat penting biarpun tidak mendatangkan pulangan dalam skala besar.

Penghasilan garam menggunakan air laut atau batu bukit mineral. Paling banyak tentu sekali menggunakan air laut yang sumbernya tidak terbatas.

Proses pembuatan garam daripada air laut dilakukan dengan cara menyejat atau menguapkan air sehingga tertinggal sisa garam.

Untuk penghasilan garam yang banyak atau sebagai satu kerjaya mahupun industri, air laut akan dialirkan masuk kedalam petak-petak 'sawah' atau 'bendang' garam.

Air laut itu akan mengalami proses penguapan di bawah sinar matahari. Jangkamasa sehingga semua air kering bergantung kepada kadar kepanasan sinar matahari, sekitar lima hingga 10 hari. Sebab itu, kerja-karja ini biasa dibuat pada masa musim kemarau.

Garam yang terbentuk kemudiannya akan 'dituai' dengan dikumpul sebelum dibawa untuk dibungkus.

Satu lagi cara menghasilkan garam daripada air laut ialah dengan memanasnya sehingga kesemua airnya kering meninggalkan sisa garam. Garam dihasilkan cara ini lebih halus berbanding garam dihasilkan secara penguapan yang lebih kasar bentuk kristalnya.

AV8 GEMPITA LEBIH DIYAKINI

DefTech AV8 Gempita ialah kenderaan berperisai pelbagai fungsi amfibia yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Malaysia DefTech dengan bantuan syarikat pertahanan Turki FNSS.

Gempita menyerupai reka bentuk dan teknologi Turki FNSS Pars. Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan menara, senjata, sensor, dan sistem komunikasi yang berbeza pada kenderaan yang sama.

Kenderaan ini mempunyai 12 varian termasuk pengangkut kakitangan berperisai, kenderaan tempur infantri, pemusnah tangki, kenderaan perisikan isyarat dan kenderaan pemulihan. Ia dihasilkan oleh DefTech di Pekan, Pahang.

Penggunaan Gempita menggantikan kereta perisai lama milik Tentera Darat iaitu Condor dan Sibmas. Kenderaan perisai ini ditempatkan di pasukan Infantri Mekanise dan Armor.

Gempita mempunyai ketebalan perisai sehingga ke tahap 4. Ini bermakna ia mampu menangkis tembakan dari peluru perobek armor (AP Rounds) 7.62mm dan 14.5mm.

Direka untuk membawa sehingga 11 orang anggota Trup Serang/Infantri, mampu menjangkau jarak operasi sehingga 700km dengan kelajuan maksimum 100km/j.

Kenderaan tempur ini dilengkapi sistem pengurusan tempur berkomputer yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

AV8 Gempita memberikan kelebihan mobiliti dan atur gerak tentera infantri ke medan dalam keadaan terlindung dari tembakan senjata ringan dan ledakan ketika memasuki medan tempur, selain memberikan sokongan tembakan kepada tentera infantri yang sedang bertempur dari ancaman kenderaan armor musuh dan tentera infantri musuh.

Thursday 28 March 2019

UMAR 1001 RAHSIA UNTUK LELAKI


Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki . Khasiatnya telah diperakui mujarab dalam memperbaikki sistem dalaman badan serta memperbaiki sistem pengedaran darah dalam badan kita.

Herba-herba serta bahan-bahan yang digunakan adalah yang terpilih serta terbaik masakini. Banyak testimoni terkini menunjukkan Umar dapat menambahkan seri kulit, memperbaikki sendi-sendi dan urat saraf, menambahkan tenaga dalaman untuk lelaki serta pelbagai penyakit dalaman dan luaran.

Yang paling penting, kesihatan kita akan semakin baik dan terjamin jika menggunakan Umar secara konsisten serta mengikut cara-cara yang betul.

Bagi yang sudah berkahwin, tanggungjawab sebagai suami akan dapat ditunaikan dengan dengan lebih baik samada lahiriah atau batiniah, insyaallah.

Kandungan utama Umar ialah Saw Palmetto, Tongkat Ali, Macca, Tribulus Terrestris, Mulra Puama, Ashwaganda (ginseng india), Biji Labu, Epimedium, serbuk madu, Garcinia Cambogia, Tamarind , Payllium Husk dan perasa Lemon.

KHASIAT UMAR 1001 RAHSIA LELAKI:
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menambah seri kulit.
- Meningkat tenaga kelakian.
- Memekatkan air mani dan menyuburkanya.
- Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi).
- Menambah tenaga batin.
- Menguruskan badan dan menghilangkan perut buncit.
- Membuang toksin dalam badan.
- Membuang angin.
- Menegang dan mencantik kulit.
- Senang tidur.
- Melawas buang air besar.
- Membantu sistem penghadaman.
- Mengelak penyakit kencing manis.
- Mengawal darah tinggi.
- Mengatasi masalah prostat.
- Mengatasi masalah kencingl tak lawas.

CARA PENGGUNAANNYA:
- Bancuh dengan air suam, kacau dan terus diminum.
- 1 sachet sehari selepas sarapan pagi.
- Boleh juga diambil sebelum sarapan.
- Bagi yang mengidap penyakit kencing manis/darah tinggi – ambil 1/2 sachet sehari untuk permulaan.
- Hendaklah diminum 2 jam selepas ambil ubat hospital.
- Ambil selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang terbaik.

Wednesday 27 March 2019

JAMBATAN SUNGAI NENGGIRI PULAU SETELU

Jambatan konkrit bernilai RM36.7 juta merentasi Sungai Nenggiri menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli, di Kampung Pulau Setelu memberi banyak kemudahan kepada peduduk.

Pembinaan jambatan konkrit yang bermula Januari 2017 itu bagi menggantikan jambatan asal di lokasi itu runtuh pada Disember 2014 lalu ketika banjir besar melanda Kelantan yang menyebabkan jambatan sementara terpaksa dibina untuk memudahkan perhubungan penduduk.

Bah Kuning pada 2014 yang melanda Kelantan telah meranapkan Jambatan Pulau Setelu, Gua Musang apabila ratusan tan kayu balak yang dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri merempuh jambatan yang dibina pada pertengahan 1980an itu. 

Jambatan sepanjang 230 meter yang menjadi laluan utama penduduk dari Gua Musang ke Jeli itu lenyap sama sekali dan hanya tinggil dua batang 'tunggul' di tebing sungai tersebut. 

Kejadian itu bukan sahaja meruntuhkan Jambatan Pulau Setelu, bahkan kayu balak menyumbat bawah jambatan tersebut bertukar menjadi empangan, melimpahkan air Sungai Nenggiri dan menenggelamkan Pulau Stelu, sebelum ia runtuh pada kira-kira jam 2.30 petang, 23 Disember 2014.

Usai tragedi Jambatan Pulau Setelu runtuh, menyedari kegunaan amat penting kepada penduduk, pihak Angkatan Tentera Malaysia telah menggerakkan tentera untuk membina jambatan belly menggantikan jambatan baharu dibina.

Memandangkan jambatan belly itu dibina di atas paras air, setiap kali hujan lebat di hulu sungai yang merangkumi kawasan Banjaran Titiwangsa, jambatan itu akan tenggelam dan penggunaannya ditutup sementara.

Namun, segala igauan buruk dan pengalaman menempuh perjalanan bahaya di jambatan belly itu berakhir apabila Jambatan Baru Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu boleh digunakan. 

Jambatan itu lebih tinggi dan bebas banjir itu dibina oleh kontraktor ISCORP SDN BHD.

DAUN HERBA OREGANO


Pokok Oregano (Origanum Vulgare) merupakan pokok yang tumbuh di negara-negara Eropah dan kawasan Asia. Pokok oregano yang biasa dilihat seperti di Malaysia adalah jenis Cuban Oregano.

Pokok ini tergolong keluarga daun pudina. Oregano dapat dibiakkan melalui biji benih, cucuk keratan batang dan pecahan anak. Ketinggiannya boleh mencecah 1 meter.

Daunnya agak tebal dan agak berbulu. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan terhadap cahaya matahari setiap hari untuk tumbuh subur dan sihat.

Daunnya mempunyai minyak pati yang dipanggil minyak oregano. Daunnya sedap dijadikan rempah atau dimakan sebagai ulam seperti daun basil juga.

Perubatan Greek purba telah lama menggunakan oregano sebagai penawar untuk penyakit seperti masalah pencernaan, sakit kepala, batuk dan menghilangkan bengkak dan lebam.

Daun oregano mempunyai aroma bau yang wangi serta dapat menambahkan selera makan. Pokok oregano merupakan antara penawar yang digunakan bagi penyakit seperti masalah pencernaan, batuk sakit kepala dan merawat bengkak dan lebam.

Selain itu, oregano dikatakan mampu melegakan sakit tekak dan sakit kerongkong dengan menjadikannya seperti teh untuk diminum.

Daun oregano boleh digunakkan dalam pelbagai masakan serta sangat baik untuk kesihatan jika mengamalkan makan daun oregano ini sebagai ulam.

Pokok oregano yang dijadikan rempah ada dua jenis iaitu origanum dictamnus dan origanum vulgare (disebut Vul-Gay). Daun kering yang biasa dijual di pasaraya sebagai rempah dan biasa dijumpai ialah origanum dictamnus (dipanggil juga dittany atau dictamnus)

Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pizza dan masakan lain yang menggunakan sos tomato kerana baunya yang kuat dan berbau pedas.

Herba ini banyak digunakan untuk memberikan aroma dan rasa kepada ikan dan daging. Oregano juga lebih dikenali sebagai herba pizza.

KAMPUNG TANAH MERAH PORT DICKSON

Jika disebut nama Tanah Merah, tentu ramai mengenalinya sebagai sebuah bandar di Kelantan yang juga nama bagi daerah (jajahan). Namun, tentu ramai tidak mengenali Kampung Tanah Merah.

Lihat gambar di atas. Tentu ramai menyangka papan tanda di Tanah Merah, Kelantan. Tetapi apabila diamati papan tanda itu ada tertulis 'MPPD'. MPPD adalah ringkasan untuk Majlis Perbandaran Port Dickson. Maknanya, papan tanda itu adalah untuk Kampung Tanah Merah di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kampung Tanah Merah adalah sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Lukut. Kampung ini banyak ditanam dengan kelapa sawit dan getah.

Namun, sekarang ini Kampung Tanah Merah sedang giat dibangunkan sebagai kawasan perindustrian, selari dengan permintaan tinggi kawasan perindustrian di Lembah Klang.

SEJARAH PANTAI DASAR SABAK

Kampung Pantai Dasar terletak kira-kira 11 kilometer dari Kota Bharu, dan hanya kira-kira 4 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail.

Pantai Dasar pada tahun 1960an hingga 1990an terkenal sebagai pantai peranginan yang seganding dengan pantai perangian lain di Kelantan seperti Pantai Cahaya Bulan (dahulunya Pantai Cinta Berahi), Pantai Irama dan Pantai Bisikan Bayu.  

Episod malang Pantai Dasar mengalami hakisan teruk bermula pada awal 1990. Saban tahun pada musim tengkujuh, Pantai Sabak mengalami hakisan turuk.

Pada tahun 60 an, jarak kampung itu dengan gigi pantai kira-kira 3 kilometer. Luas benar kawasan kampung ini. Penduduk kampung memang tidak dapat melihat laut. Memang jauh berjalan kaki bila hendak pergi ke tepi pantai.

Aantara tempat tinggal sekarang dengan gigi pantai ada terdapat banyak pokok kelapa dan juga bendang padi. Bendang padi itu memang luas. 

Bagi mereka yang kali pertama sampai ke kampung itu tentu sukar mempercayai bahawa tempat yang kini hanya beberapa meter dari gigi air laut sebenarnya pada tahun 60 an berada kira-kira tiga kilometer.

Proses hakisan pantai memang telah berlaku sejak dahulu lagi. Setiap musim tengkujuh ketika ombak besar, hakisan pantai akan berlaku. Seperti kata pepatah, sekali bah sekali pantai berubah. Benarlah pepatah orang-orang tua kita yang sentiasa memerhati alam sekitar untuk dijadikan perumpamaan. 

Bagaimanapun, kesan hakisan itu tidak teruk berbanding sekarang. Malah, hakisan itu bersifat ‘ulang alik’. Yakni, jika pada musim ini hakisan itu membawa pasir ke satu tempat, pada musim lain pula pasir itu akan dihakis dan dibawa ke tempat asal. 

Jadi, kesan hakisan tidak begitu ketara. Kadang-kadang kawasan berpasir di tepi pantai lebih luas berbanding sebelumnya. 

Hakisan teruk hanya berlaku bermula pada tahun 1986. Puncanya tidaklah pasti. Tetapi jika berpandukan kepada apabila yang berlaku, mungkin berkaitan dengan pembinaan benteng pemecah ombak yang dibina di muara Sungai Pengkalan Datu, yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ.

Sejak tahun itu hakisan tidak lagi bersifat ulang alik. Hakisan berlaku dengan hebat. Pasir yang dihakis terus dibawa ke laut. Tidak ada lagi pasir yang muncul kembali pada masa selepas itu. 

Kejadian hakisan berlaku setiap musim tengkujuh antara bulan Oktober hingga Januari, dan kadangkala berlanjutan akhir bulan Febuari. Ketika itu ombak bukan sahaja memukul gigi pantai, tetapi air boleh naik 50 hingga 100 meter ke darat.

Kini pihak kerajaan telah membina benteng batu untuk mengatasi masalah hakisan. Benteng yang dibuat agak tinggi dan sukar untuk dilepasi ombak, melainkan ombak besar sangat.

Sayangnya, benteng yang dibuat itu sekadar mampu menyelamatkan beberapa buah rumah yang masih bertahan. Pun begitu, benteng batu itu amat bererti kerana ini bermakna saki baki nama Kampung Dasar akan terus kekal. Jika tidak ada benteng batu, Kampung Dasar telah hilang terus.

Sekarang masih ada pengunjung ke Pantai Dasar. Di pantai itu masih tersisa itu wujud kedai atau gerai makan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera, terutama pada sebelah petang.

UBI KELING MENGELUARKAN BAU HARUM

Ubi keling atau juga dikenali sebagai ubi kemili, merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Ia merupakan jenis ubi yang boleh dimakan.

Di kalangan orang Jawa ia juga dikenali sebagai kentang Jawa, kentang jembut atau kentang ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.

Tanaman ini adalah sama famili dengan pokok bunga ati-ati yang banyak ditanam di kawasan rumah. Pokok ini dipercayai natif dan tumbuh secar liar di kawasan hutan dan kebun terutama di kawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah gambut.

Tanaman ubi kemili adalah sejenis pokok menjalar di atas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu.

Batangnya berwarna hijau muda dan lembut. Buah ubi kemili berada di bahagian akar pokok yang terbentuk dari akar yang membengkak. Saiz buah berbeza-beza dari ukurlilit 3 - 6 cm dan mempunyai kulit yang lembut berwarna hitam.

Isinya berwarna putih jernih dan apabila dimasak akan menjadi putih. Ubi keling mengeluarkan bau yang harum dan enak apabila di masak atau direbus.

KEBAIKAN TONER NATASYA EKSTRAK ALOE VERA


Toner Natasya dirumus menggunakan ekstrak Aloe Vera dan bunga Witch Hazel serta diperkaya dengan kebaikan vitamin C khusus untuk menyegarkan kulit di samping membantu mengecilkan liang pori agar kulit wajah.

Ia turut berperanan untuk mengekalkan kelembapan kulit seterusnya membantu mengatasi masalah kulit kering dan tidak bermaya.

KEBAIKAN TONER NATASYA:
- Menyaman dan menyegarkan kulit.
- Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata.
- Meningkatkan kecerahan kulit.
- Memelihara keanjalan dan ketegangan kulit.
- Menyingkirkan minyak dan kotoran pada kulit wajah.
- Mengecilkan liang pori.
- Memelihara kelembapan kulit.
- Mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat.
- Memudarkan kesan parut.
- Membuatkan kulit anda lebih sihat dan bersinar

KANDUNGAN TONER NATASYA:

Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengatasi masalah kegatalan di samping membantu menyegarkan lagi kulit anda.

Witch Hazel: Ekstrak bunga Witch Hazel atau Winterbloom ini bersifat antioksidan dan astringen yang berupaya membantu mencegah kerosakan sel dan membantu mencegah proses penuaan kulit. Ia juga mampu mengatasi masalah kulit yang kering serta berjerawat, memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C turut berupaya mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya di samping membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.

Dermawhite: Sebatian organik yang terhasil daripada ramuan semulajadi ini bukan sahaja mampu meningkatkan kecerahan kulit, malah ia diyakini berkesan untuk memudarkan kesan bintik-bintik hitam, menyingkirkan sel kulit mati, serta melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran cahaya matahari.

Strawberi: Strawberi kaya dengan khasiat dari sumber vitamin C dan asid elagik yang berperanan meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan pada kulit di samping kandungan asid salisilik yang berupaya membuang sel kulit mati dan mengecilkan pori-pori sekaligus menghaluskan lagi kulit. Di samping itu juga, strawberi turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghapuskan cela pada wajah, merawat kesan alahan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV) yang mempercepatkan proses penuaan.


CARA PENGGUNAAN TONER NATASYA:
- Cuci wajah sehingga bersih.
- Semburkan Toner Natasya pada keseluruhan muka dan ratakan dengan jari.
- Gunakan setiap pagi dan malam sebelum menggunakan krim pelembap.


Tuesday 26 March 2019

Susu kambing Hiraq Platinum

Susu Kambing Hiraq Platinum dihasilkan dari susu kambing asli yang kaya dengan protein, fosforus, riboflavin (vitamin B2) dan potassium.

Selain rasanya lazat, susu kambing Hiraq telah dinyah bau. Susu Kambing Hiraq sangat sesuai untuk semua golongan usia termasuk wanita hamil.

Susu Kambing Hiraq didatangkan dalam bentuk sachet mudah dibawa ke mana-mana.

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING HIRAQ PLATINUM:
- Disyorkan untuk golongan yang alah pada susu lembu.
- Tinggi kalsium untuk pembentukan dan menguatkan tulang dan gigi.
- Kaya protein, enzim dan vitamin A untuk kesihatan.
- Mencantikkan kulit dan merawat penyakit kulit.
- Menguatkan sistem imunisasi paru-paru.
- Bersifat anti-athritis.
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.

SUSU KAMBING HIRAQ MEMBANTU MEREDAKAN:
- Gastrik.
- Ulser perut.
- Penyakit kuning.
- Lelah.
- Insomnia (susah tidur).
- Hepatitis A.
- Migraine.
- Gout.
- Buah pinggang.
- Kencing manis.
- Membantu mencegah kanser.