Wednesday 31 July 2019

KENANGAN MEMBAKAR BIJI GAJUS


Masa kanak-kanak ada macam-macam pengalaman atau perkara dilakukan yang menjadi kenangan. Sebahagian amalan dilakukan kanak-kanak dahulu tidak lagi dilakukan kanak-kanak masa sekarang atau sebahagian sahaja dapat mengalaminya.

Satu pengalaman masa kanak-kanak ialah mencari biji atau butir ketereh yang disebut tere. Musim buah tere atau buah gajus memang mengujakan. Bukan kerana ingin makan buah tere, tetapi nak dapatkan butirnya.

Biji gajus berada di luar. Jadi, bila hendak mengambilnya hanya perlu 'dipulas' untuk mengasingkan daripada buahnya. Sedangkan buahnya dibiarkan terus berada di tangkai.

Perbuatan itu dikatakan pulas kepala atau pancung kepala. Sebab itu, masuk musim buah gajus masak dikatakan musim pancung kepala. Ngeri juga bunyinya.

Perbuatan hanya mengambil biji ketereh sahaja memang dimarah oleh ibu bapa atau pemilik pokok. Namun, disebabkan bukan buah yang diingini, jadi yang 'dicuri' hanya bijinya.

Biji ketereh yang baru diambil perlu dijemur terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada di dalam kulitnya.

Getah itu jika terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal dan kudis yang dipanggil birat.

Disebabkan tidak sabar nak makan isi biji ketereh atau dipanggil juga biji kacang gajus, biji itu tidak dijemur, sebaliknya terus dibakar.

Kalau dibakar tanpa dijemur, ia akan mengeluarkan getah 'berbuih' yang menyebabkan api menjadi lebih marak membakar butir itu.

Untuk mengelak butir menjadi hangus, biasanya perlu dibakar atau digoreng di dalam bekas yang dicampurkan dengan pasir.

Selepas butir tere 'masak' ia perlu dikatok atau dipukul menggunakan kayu atau benda keras untuk memecahkan kulitnya yang tebal.

Disebabkan sekali lagi tidak sabar nak makan biji itu, apabila dipukul dan keluar bijinya, terus dimasukkan ke dalam mulut. Akibat itu, mulut dan muka biasanya akan terkena arang kulit menjadi hitam.

Itulah memori indah untuk terus dikenang.

Budak-budak sekarang memang biasa maka biji gajus tetapi yang telah siap. Biji gajus menjadi snek yang banyak dijual di pasaran. Biji gajus di pasaran Malaysia banyak diimport dari Thailand dan Vietnam.

KHASIAT BIJI KACANG GAJUS

Biji gajus kaya khasiat. Biji buah gajus atau dikenali juga dengan nama janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, jambu terung dan ketereh.

Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat. Pengeluar utama biji gajus ialah India dan Vietnam.

Biji gajus juga dikenali kacang gajus biarpun ia bukan daripada pokok jenis kekacang. Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek.

Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit.

Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink. Malah, sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil.

Kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana.

Antara kebaikan dan manfaat makan biji kacang gajus ialah untuk kesihatan otot, tulang, tisu dan saraf.

Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.

Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.

Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.

Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Khasiat ulam pucuk ketereh

Salah satu jenis ulam digemari ialah pucuk gajus atau pucuk ketereh. Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang. Daun gajus yang telah bertukar menjadi hijau masih boleh dijadikan ulam selagi ia masih lembut dan sesuai untuk dimakan.

Rasa pucuk ketereh yang kelat masam menjadikan ia sebagai salah satu ulam popular di negara kita.

Pucuk muda gajus boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk, sambal atau pencicih lain.   

Pemilihan pucuk yang muda mudah ketika musim hujan tetapi agak berkurangan dalam musim kemarau.

Khasiat pucuk gajus dipercayai mengelakan penyekit kanser, membantu proses penghadaman serta baik untuk mereka yang ada masaalah tekanan darah tinggi.

Pucuk gajus muda selain dibuat ulam mentah juga boleh dicampur dengan ulam atau bahan lain untuk dijadikan kerabu.

Pucuk gajus muda juga dijadikan bahan rebusan untuk diminum airnya.

Pucuk gajus dipercayai boleh membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah manakala daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Amalan mengambil ulaman pucuk gajus boleh menyelesaikan masalah penghadaman, melawaskan kencing dan buang air besar. Malah, ianya membantu aliran darah menjadi sempurna, minda dan tubuh menjadi lebih sihat dan segar, sesuai untuk kulit dan mata.

Untung secupak rugi segantang

Pada April 2017, kerajaan BN dahulu bersetuju untuk membeli 4 kapal pesisir tentera laut yang canggih dari negara China dengan harga RM1.17 bilion.

Malaysia berunding dengan China dan semua pihak bersetuju bahawa 2 kapal akan dibina di negara China dan 2 lagi dibina di Malaysia oleh syarikat Boustead Naval Shipyard.

Tetapi, pada bulan Oktober 2018, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan persetujuan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah mengarahkan bahawa keempat-empat kapal itu akan dibina di China.

Dengan ini, Malaysia dikatakan dapat berjimat RM122 juta kerana kos kontrak baharu akan turun kepada RM1.048 bilion.

Kedua-dua mereka dikatakan pandai dan bijak apabila dapat menjimatkan RM122 juta wang rakyat.

Hakikatnya mereka berdua telah melakukan kesilapan besar. Syarikat Boustead ini milik siapa? Milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Jika dua kapal itu dibina di Malaysia, anak tempatan akan berpeluang mendapat kerja. Ada perpindahan teknologi. Malaysia boleh belajar.

Malaysia mampu membuat penyelenggaraan dan naik taraf kapal pada masa hadapan. Tidak perlu membayar begitu banyak kepada pihak asing pada masa akan datang. Tidak perlu semua bergantung kepada negara China.

Syarikat Boustead dapat keuntungan dan membayar dividen kepada LTAT. LTAT pula boleh bayar dividen kepada ahli-ahli.

Ada limpahan ekonomi dan ada kitaran wang dalam negara kita yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding RM122 juta yang kononnya dijimatkan itu.

Sekarang limpahan ekonomi dan kitaran wang semua berada di negara China. Malaysia hanya menjadi pengguna sahaja. Perlu bergantung penuh kepada negara lain.

Boustead kehilangan peluang. Bererti LTAT dan ahli-ahli mereka tidak berpeluang   mendapat keuntungan yang sepatutnya diperoleh.

Ini yang dimaksudnya peribahasa "penny wise, pound foolish". Untung secupak rugi segantang. Peribahasa tersebut bermaksud pemikiran yang sempit dan tidak berpandang jauh.

BATU TAWAS PUTIHKAN KETIAK DAN HILANG BAU BADAN

Tawas adalah batu semula jadi yang banyak kegunaan. Batu tawas dalam bentuk semula jadi adalah berketul seperti batu granit tetapi sifatnya lebih lembut. Untuk menghasilkan serbuk tawas ia perlu dimesin atau ditumbuk.
 
Tawas memang banyak kegunaan. Paling banyak digunakan adalah untuk tujuan menjernihkan air yang keruh dan berbau. Penggunaan tawas tidak mendatangkan bahaya, melainkan digunakan secara berlebih-lebihan dalam jangkamasa panjang. 
 
Selain itu, tawas juga banyak digunakan untuk tujuan menghilangkan bau badan, terutama di bawah ketiak. Penggunaan secara berterusan juga dapat memutihkan bahagian bawah ketiak dan menghilangkan kerak ketiak.

KEBAIKAN TAWAS:
- Antibakteria.
- Menghilangkan bau ketiak.
- Mencerah kembali warna hitam ketiak.
- Boleh juga digunakan pada bahagian badan lain.
- Membersih luka kecil atau calar (sedikit rasa pedih).
- Merawat masalah ruam dan kegatalan kulit.
- Menghilangkan rasa tidak selesa selepas bercukur.
- Bebas bahan kimia dan selamat dari kesan sampingan.
- Menghilangkan bau air yang tidak menyenangkan.
- Mengatasi masalah air keruh.
- Guna untuk campuran bahan pengawet makanan dan sayuran.
- Dimasukkan sedikit di dalam kuah untuk elak cepat basi. 

CARA PENGGUNAAN SERBUK TAWAS UNTUK BAHAGIAN BADAN:

1- Tanpa dicampur dengan air.
- Ambil sedikit serbuk tawas dan disapu terus di bahagian berkenaan.
 
2 - Dicampur dengan air.
- Ambil satu sudu kecil serbuk tawas. 
- Dicampurkan dengan sedikit air. 
- Gunakan air campuran itu untuk disapu tempat berkenaan. 
- Boleh digunakan berkali-kali sehingga habis. 
- Untuk lebih mudah, masukkan ke dalam penyembur air menggosok pakaian sebanyak 100 gram serbuk tawas. 
- Campur dengan air sehingga serbuk tawas larut semua. 
- Sembur pada bahagian badan yang berkenaan.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 


Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.



Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 



Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 



Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.