Monday, 16 January 2017

KHASIAT SUSU KAMBING



Khasiat, kebaikan dan manfaat susu kambing. Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, anti arthritis serta antibarah.

Susu kambing mengandungi anti bodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.

Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein % beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu.

Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf.

Amat penting dalam pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi-bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh serta membina protein dan enzim (otot, sendi, organ & pundi yang diperbuat daripada protein).

Gabungan kalsium dan fosforus suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan kalsium dan fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

No comments:

Post a Comment