Jeram
Mak Nenek atau kini telah dikenali sebagai Jeram Mengaji mula dibangunkan
sebagai pusat rekriasi dan perkelahan pada tahun 2005.
Jeram Mengaji terletak
lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Selising. Jarak dari bandar Pasir Puteh 22
kilometer manakala dari Kota Bharu sejauh 38 kilometer.
Jeram
Mengaji terletak agak jauh dari jalam utama berbanding Jeram Pasu dan Jeram
Linang. Namun, perjalanan menuju ke Jeram Mengaji tidak sukar kerana dihubungi
jalan yang elok.
Pengunjung berpeluang menikmati pemandangan kampung kawasan
pertanian dan penternakan sepanjuang perjalanan menuju lokasi Jeram Mengaji.
Pada
awalnya, kawasan berhampiran Jeram Mengaji dibangunkan oleh seorang individu secara
persendirian dan kemudian diambilalih oleh satu yayasan amanah.
Pembangunan di kawasan
itu pesat dilakukan dan kini dikenali Jeram Mengaji Agro Resort.
Jeram
Mengaji Agro Resort menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa seperti hotel bajet,
asrama dan tapak perkemahan.
Selain
mandi manda di kawasan jeram, pengunjung berpeluang untuk melakukan rentas hutan
di kawasan bukit berhampiran.
No comments:
Post a Comment